Komunikasi
Masalah pertelingkahan mahupun permusuhan
dalam diam yang dialami rata-ratanya disebabkan masalah komunikasi.
Kegagalan berkomunikasi dengan baik membuatkan anda tidak dapat
meluahkan apa yang dirasai dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, anda
perlu belajar untuk berkomunikasi dengan baik.
Teman anda barangkali tidak sedar bahawa
dirinya diperhatikan dan menjadi musuh anda dalam diam. Baginya, apa
yang dilakukan itu adalah yang terbaik dan betul untuk dirinya tanpa
mengetahui bahawa perkara itu mengundang kebencian di hati anda.
Justeru, berkomunikasilah dengan tepat, tegur dirinya dengan penuh
hati-hati agar dia tidak merajuk dan menjauhi anda. Anda berdua
adalah rakan serumah andai berlaku pertelingkahan pasti keharmonian
tidak lagi wujud.
Teguran
berhemah
Bukan semua orang mempunyai kebolehan
untuk menegur secara berhemah. Paling penting, lapangkan dada dan
banyakkan bersabar serta berfikirlah secara terbuka. Setiap orang
mempunyai kelemahan dan kelebihan. Pastikan juga anda mengetahui
apakah kelebihan teman serumah anda. Dahulukan ucapan teguran itu
dengan memujinya terlebih dahulu. Kemudian barulah anda menegur
bentuk kesilapan yang telah dilakukan sepanjang dia menjadi teman
serumah anda.
Jangan pula anda senaraikan kesalahannya
sekali gus. Tetapi terangkan satu persatu tanpa disedarinya. Misalnya
semasa anda dan dia berada di dapur atau menonton televisyen.
Sampaikanlah teguran itu dalam bentuk gurauan. Semoga teman anda
memahami gurauan yang membawa maksud teguran itu.
Belajar
menerima kekurangan teman
Bukan sahaja teman serumah, ada ketikanya
anda juga ada kekurangan di pandangan mata teman. Sebaik-baiknya anda
saling bertukar pandangan dan emosi mengenai apa yang anda dan teman
anda lalui. Cara itu, hubungan menjadi lebih akrab. Anda belajar dan
memahami kesukaran yang dihadapi dan pastinya teman anda juga akan
berusaha untuk memahami anda.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...