Senario pada masa sekarang ramai ibu bapa
mendedahkan komputer tablet kepada anak seawal usia sedangkan
pendedahan pada usia terlalu awal iaitu dua tahun ke bawah akan
mempengaruhi kesihatan dan psikologi kanak-kanak.
Cara pendidikan terbaik adalah dengan
membabitkan interaksi antara orang dewasa dan kanak-kanak lain, aktif
secara fizikal, meneroka persekitaran dengan menggunakan semua deria
dan belajar untuk berkomunikasi. Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa
telefon bimbit adalah satu 'kemahuan', tetapi bagi remaja ia adalah
satu 'keperluan'. Ibu bapa perlu sedar dengan tekanan ini dan cuba
berdiplomasi dengan anak-anak. Mungkin anda boleh mencuba beberapa
tip dan panduan di bawah bagi kebaikan bersama :
- Jangan memberi akses terhadap sebarang gajet kepada anak-anak yang masih berumur dua tahun dan ke bawah.
- Wujudkan satu strategi media untuk keluarga dan sesuaikan dengan umur anak anda.
- Cuba hadkan masa menghadap semua jenis skrin kepada hanya dua jam sahaja dalam sehari.
- Pastikan telefon pintar dan tablet tidak berada dalam bilik tidur kanak-kanak.
- Fahami bahawa anak-anak anda memerlukan telefon bagi tujuan anda sendiri untuk menjejaki mereka. Tetapi dengan syarat sentiasa pantau penggunaannya.
- Letakkan semua alat anda dalam mode 'senyap', 30 minit sebelum masuk waktu tidur.
- Pastikan semua skrin gajet seperti televisyen, telefon pintar dan juga iPad ditutup semasa waktu makan.
- Pilih rancangan TV yang mesra kanak-kanak. Pada masa yang sama, sentiasa pantau rutin anak-anak dan hadkan masa menonton televisyen untuk dua jam sahaja.
- Tonton televisyen atau bermain permainan video bersama-sama dengan anak-anak.
- Pastikan anak-anak anda benar-benar sudah cukup umur sebelum membenarkan mereka melayari Facebook mahupun media sosial yang lain.
- Jangan berikan anak-anak anda yang masih kecil dengan telefon jika anda sentiasa bersama mereka.
Teknologi akan sentiasa menjadi sesuatu
yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kanak-kanak pada masa
kini. Walaupun kanak-kanak suka untuk mendapatkan serta memiliki
gajet untuk diri sendiri, ia masih terpulang kepada ibu bapa sama ada
mahu atau tidak untuk membeli permainan video, telefon bimbit,
komputer atau sebarang alat elektronik bagi kebaikan anak-anak
mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...