
JUDUL BUKU TERKINI
Wednesday, June 26, 2013
Monday, June 24, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Minat membeli dan menjual gajet terpakai di laman web seperti lelong, mudah dan e-bay boleh jadi agenda menarik yang mesti dilakukan oleh seorang peminat gajet terpakai atau ramai yang menyebutnya sebagai gajet second hand. Keseronokkan ini boleh ditingkatkan lagi dengan mengetahui beberapa tip membeli gajet terpakai yang perlu kita ambil tahu. Jangan fikir nak murah sahaja, kualiti pun mesti dijaga, barulah berbaloi.
1. Status waranti
Kebanyakan alat elektronik dilindungi oleh tempoh waranti tertentu. Boleh jadi gajet second hand yang anda beli masih mempunyai tempoh waranti dan ada juga yang sudah tidak sah tempoh jaminannya. Jika anda dapat yang masih mempunyai waranti, anda bernasib baik. Oleh demikian, periksa dengan pengeluar akan dasar-dasar waranti gajet yang anda ingin beli, meskipun ia second hand.
2. Keadaan
Perhatikan kondisi atau keadaan gajet. Bahagian-bahagian gajet yang kerap digunakan seperti butang, alat kawalan & skrin. Berkemungkinan butang menjadi mudah tanggal & kurang sensitif manakala skrin berkemungkinan retak, kabur dan calar. Buat apa beli benda rosak meskipun murah. Alatan elektronik adalah sensitif. Jika hendak beli, tengok betul-betul.
3. Aksesori tulen
Berlaku juga kes di mana gajet atau alat elektronik yang dijual second hand tidak didatangkan dengan aksesori. Alat penting seperti adapter, USB atau kabel data, pengecas atau software tertentu perlu diambil kira. Takut-takut nanti aksesori gajet yang anda beli itu sudah tidak terdapat di pasaran.
4. Test dulu
Sepertimana anda membeli gajet baru, begitu juga gajet second hand. Uji terlebih dahulu untuk melihat sebarang kemungkinan masalah. Jika penjual menyatakan hendak beli murah tidak boleh 'test'. Maka jawapan mudah adalah tidak payah beli langsung dari dia.
5. Harga
Buat perbandingan harga. Lazimnya gajet second hand boleh jadi murah sehingga 50 peratus daripada harga gajet baru. Ada juga penjual yang menjual gajet second hand lebih mahal sedikit kerana disertakan dengan tawaran waranti, kotak, aksesori penuh dan sebagainya. Nama pun kita nak beli second hand, jadi harganya kalau boleh tawar yang paling rendah pada kualiti yang paling tinggi.
Seronok beli gajet second hand ini. Bagi mereka yang gila gajet, ini mungkin cara terbaik untuk merasa memiliki gajet-gajet idaman meskipun dalam bajet yang ketat.
Monday, June 3, 2013
Bagaimanapun perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum
merancang percutian adalah wang. Selain peruntukan masa, peruntukan
kewangan menjadi perkara utama.
Bukan sedikit wang yang bakal dikorbankan untuk sebuah percutian
terutama melibatkan ahli keluarga. Jadi, jika terfikir untuk bercuti,
mulalah mengumpul dan merancang dari sekarang. Tentu tidak membebankan
apabila tiba saatnya nanti.
Jom pelajari cara unik kumpul duit untuk percutian. Mana tahu ia boleh
dijadikan panduan berguna seterusnya merealisasikan impian percutian
anda dan keluarga.
1. Simpanan bulanan
Setelah mendapat jumlah yang diperlukan untuk percutian anda nanti,
cuba bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah bulan yang tinggal. Jumlah
yang anda dapat itulah jumlah sebenar wang yang perlu disimpan setiap
bulan. Untuk memastikan anda dan keluarga berjaya merealisasikan impian
tersebut, ketepikan jumlah wang yang sepatutnya tanpa culas.
2. Asal barang jadi duit
Untuk membolehkan anda dan keluarga berbelanja sedikit mewah semasa
percutian, apa kata jika anda semua cari duit tambahan. Perhatikan
sekeliling anda. Pasti ada benda yang boleh anda gunakan untuk menjana
duit. Misalnya, kertas-kertas terpakai seperti surat khabar lama. Kumpul
surat khabar lama, majalah, buku ataupun kotak yang sudah tidak
digunakan dan kemudian jual. Wang yang diperoleh itu simpanlah dalam
dana percutian. Selain kertas, anda boleh menjual botol-botol plastik
atau pun tin-tin minuman yang sudah tidak digunakan. Mudah bukan?
3. Jimatkan perbelanjaan harian
Demi untuk percutian yang sangat menyeronokkan, tak salah rasanya jika
anda berjimat. Jangan terlalu boros berbelanja. Beli hanya apa yang
patut. Jangan membazir. Bayangkanlah jika anda dapat berjimat RM3
sehari. Ini bermakna dalam sebulan anda dapat berjimat sebanyak RM90.
Kalau sepuluh bulan, maknanya anda dapat berjimat sebanyak RM900. Wow,
banyaknya!
4. Sertai pertandingan
Apa kata anda mencuba nasib dengan menyertai pertandingan yang
menawarkan hadiah wang tunai atau percutian. Tetapi jangan sertai
pertandingan yang memerlukan anda membayar yuran pertandingan yang
tinggi atau melabur modal agak besar seperti pertandingan melalui sistem
pesanan ringkas.
5. Jana duit daripada bakat dan minat
Jika anda berbakat dalam satu-satu bidang, janalah wang daripadanya.
Misalnya, sekiranya anda pandai memasak, belajarlah menjual makanan
kepada saudara-mara, rakan sepejabat atau jiran-jiran. Jika pandai
menjahit, terimalah tempahan daripada yang berminat, atau jika berbakat
menulis, tulislah novel atau artikel.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
RAKAN BLOG
TANYALAH PUSTAKAWAN
LABEL
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2023
(847)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
▼
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PEMAKAIAN TANDA PANGKAT PAKAIAN PEGAWAI BOMBA Keterangan pakaian : Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh s...
-
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan T...
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...