MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Saturday, April 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu Bulan April

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan April 2011

  • Bil. Pengunjung              = 299 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 36 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 42 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 85 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 10 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 12 orang

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, April 28, 2011

Peribahasa Bulan April


1. Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari
Maksud : Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan

2. Naik basuh kaki sahaja.
Maksud : Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah

3. Naik melompat, turun terjun
Maksud : Hendak memperolehi kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

4. Air beriak tanda tidak dalam
Maksud : Banyak bercakap tanda tiada berilmu

5. Belum duduk berlunjur dulu
Maksud : Belum memperolehi sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati terlebih dahulu

6. Pukul anak sindir menantu
Maksud : Melakukan sesuatu dengan niat untuk menyindir orang lain

7. Menarik rambut di dalam tepung
Maksud : Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah

8. Tepuk dada tanya selera
Maksud : Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri

9. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali. 
Maksud : Jika hendak membuat pekerjaan yang baik,janganlah berlebih-lebihan hingga tidak kena pada tempatnya, pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

10. Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam
Maksud : Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, April 20, 2011

Pengemaskinian Maklumat Keahlian Perpustakaan

Makluman kepada semua kakitangan JBPM yang telah berdaftar sebagai ahli Pepustakaan Anjung Ilmu, anda dikehendaki membuat pengemaskinian maklumat keahlian anda dengan KADAR SEGERA. Ini memudahkan pihak kami membuat urusan pentadbiran dan urusan kerja. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, April 8, 2011

JOM KITA KE PESTA BUKU 2011 DI PWTC !!!




KINI PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 KEMBALI LAGI!!! Mari kita beramai-ramai datang ke PWTC untuk memeriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa....Pesta yang terbesar di Asia Tenggara ini akan diadakan pada 22 April hingga 1 Mei 2011 dengan menyediakan pelbagai buku dari semua penerbit di Malaysia....Jadi ayuh! Datanglah beramai-ramai dan jangan anda melepaskan peluang untuk membeli buku-buku yang menarik dengan harga yang berpatutan....Datang jangan tak datang yea!!

Tarikh : 22 April hingga 1 Mei 2011 
Masa : Isnin - Khamis (10.00 pagi hingga 8.00 malam)
          Jumaat - Ahad (10.00 pagi hingga 9.00 malam)
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)



Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, April 5, 2011

Amalan 5S Di JBPM

PENGENALAN AMALAN 5S :-
~Amalan 5S mula diperkenalkan di negara Jepun pada awal tahun 1980-an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
~Kejayaan pelaksanaan program 5S di negara itu telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini.
~Di Malaysia, amalan itu mula diperkenal pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta dan kerajaan.
~Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mempraktikkan  amalan 5S.

APAKAH ITU 5S :-
Berasal daripada perkataan Jepun iaitu Seiri(Sisih), Seiton(Susun), Seiso(Sapu), Seiketsu(Seragam) dan Shitsuke(Sentiasa Amal). 

DEFINISI 5S :-

1) Seiri (Sisih) - Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kesan Laksana Sisih
~Kuantitif (Penjimatan ruang, kawalan stok & produktif yang cekap, masa pencarian yang pantas)
~Kualitatif (Tempat kerja lebih selamat, suasana kerja lebih selesa, mudah mengesan bahan/alat/bahan rosak lebih awal)

2) Seiton (Susun) - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
Kesan Laksana Susu
~Kuantitif (Kawalan stok & produk yang cekap, masa pencarian yang pantas, proses kerja lebih pantas, mengelak kesilapan & kesalahan, kadar kehilangan peralatan rendah)
~Kualitatif (Suasana kerja lebih selesa, mendidik displin pekerja positif, pekerja terus menjana idea kreatif, moral pekerja tinggi, selamat ditempat kerja, mengamalkan FIFO)

3) Seiso (Sapu) - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Kesan Laksana Sapu
~Kuantitif (Sistem kawalan stok & produk lebih murah dan menjimatkan, kos kerosakan peralatan rendah, proses kerja pantas dan tidak berulang "right the first time", kualiti produk bertambah, masa membersih lebih pantas)
~Kualitatif (Suasana kerja lebih selesa dan ceria, pekerja terus menjana idea kreatif, moral pekerja tinggi, selamat di tempat kerja)
 Bagaimana Sapu
Mungkin tempat/peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (setiap jam, setiap hari, sekali seminggu, sekali sebulan, tiga bulan sekali, enam bulan sekali, setahun sekali.)

4) Seiketsu (Seragam) - Seragam dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa dan mengamalkan sistem sisih-susun-sapu dengan berkesan. 
 Kesan Laksana Seragam
~Kuantitatif (Kos selenggara rendah, kos overhead rendah, kecekapan proses meningkat, kuantiti pengeluaran meningkat, rungutan pelanggan rendah, produktiviti pekerja meningkat)
~Kualitatif (Mendidik displin pekerja positif, pekerja terus menjana idea kreatif, kemahiran pekerja meningkat, pekerja setia kepada organisasi, imej organisasi meningkat)
Bagaimana Seragam
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya "Standard Operation Procedure" (SOP), "Work Instruction" (WI), "Guidebook",  "Cartalir - Process Flow", "Gambar Atau Contoh Fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.



5) Shitsuke (Sentiasa Amal) - Berdisplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Kesan Laksana Sentiasa Amal
~Kuantitatif (Kos pengeluaran rendah, produktiviti pekerja meningkat, kualiti produk/perkhidmatan meningkat, memperolehi sijil 5S, kemalangan sifar di tempat kerja.
~Kualitatif (Displin pekerja positif dan inovatif, kemahiran pekerja meningkat, kesihatan pekerja bertambah baik, pekerja setia kepada organisasi, budaya kerja berpasukan yang tinggi)
Bagaimana Sentiasa Amal
Mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.



CONTOH GAMBAR-GAMBAR AMALAN 5S 


1) Meja Kerja
SEBELUM









SELEPAS


















2) Alatulis
SEBELUM














   









SELEPAS


















3) Wayar peralatan elektrik
SEBELUM



















SELEPAS
 

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia