MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, May 30, 2012

Tanda Pangkat Dan Pakaian Seragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

PEMAKAIAN TANDA PANGKAT








PAKAIAN PEGAWAI BOMBA






Keterangan pakaian :
Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh semua pegawai bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat yang dipakai. Pakaian ini perlu dipakai semasa majlis-majlis seperti menyambut DYMM Yang Di Pertuan Agong, DYMM Sultan dan TYT Yang Di Pertua Negeri di mana-mana institusi jabatan semasa lawatan rasmi yang dilakukan oleh Baginda.

Pakaian No.2 (Pakaian Kerja Busjaket) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat dan perlu dipakai semasa menjalankan tugas-tugas rasmi harian.

Pakaian No.3 (Pakaian Kerja Sisip Dalam) - Dipakai oleh semua Pegawai Lain-lain pangkat dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini boleh dipakai semasa menjalankan tugasan harian dan jugak pada Pegawai Bomba yang mengambil bahagian dalam apa-apa perbarisan kehormat yang diadakan oleh Jabatan.

Pakaian No.4 (Pakaian Celoreng Bomba) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai dengan tanpa menggunakan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pakaian nie dikhususkan kepada Pegawai Bomba semasa menjalankan tugas khas, operasi penyelamat dan lain-lain operasi yang tak melibatkan pemadaman kebakaran. Selain itu, pakaian ini boleh dipakai semasa melakukan kerja harian di balai ataupun dalam perbarisan rasmi Jabatan jika ada arahan pemakaian.

Pakaian No.5 (Pakaian Operasi Menentang Kebakaran) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai tanpa menggunakan gorget, lencana kolar dan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pegawai Bomba perlu pakai pakaian ini apabila menghadiri operasi menentang kebakaran ataupun semasa menjalani latihan mahi yang berkaitan dengan operasi menentang kebakaran. Pakaian ini juga boleh dipakai dalam perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan.

Pakaian No.6 (Pakaian Mes) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa majlis rasmi jamuan makan malam Pegawai-Pegawai Kanan terutamanya jika ada tetamu kehormat yang diundang bersama atau mana-mana upacara keraian yang dikehendaki dipakai pakaian berkenaan oleh Ketua Pengarah.

Pakaian No.7 (Pakaian Kebangsaan) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan perlu dipakai semasa menghadiri majlis agama ataupun perkara yang berkaitan dengan kebudayaan yang memerlukan pemakaian baju kebangsaan. 

Pakaian No.8 (Pakaian Khidmat) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa menghadiri majlis-majlis seperti majlis tamat latihan rekrut, lawatan rasmi oleh orang kenamaan, lawatan ke institusi bomba luar negara dan upacara yang dikehendaki untuk memakainya. Pakaian ini juga boleh dipakai untuk tujuan tugas harian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia