Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. | ||
Tip Mengurangkan Tekanan | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar
misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah
bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai
bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi
Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum
waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,
Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang
bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada
Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan
terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu
adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita
juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan
yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar
yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan
menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga
pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan
tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.
Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah
jantung, darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri
merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan
permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu
cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang
dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh
melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah
yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan
diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini,
kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih
dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap
lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman.
|
||
Kesimpulan | ||
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. |
JUDUL BUKU TERKINI
Thursday, June 28, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Sakit belakang merupakan masalah yang kerap dialami oleh ramai orang. Terdapat banyak penyakit sakit belakang. Di antaranya :
* Postur atau kedudukan badan yang tidak betul;
* Otot yang tidak kuat dan mudah mendapat tekanan apabila melakukan pergerakan secara berlebihan;
* Terdapat masalah pada tulang belakang seperti rapuh atau 'osteoporosis';
* Bagi wanita, kadang kala disebabkan oleh datang haid;
* Berat badan yang berlebihan;
* Duduk atau berdiri dalam satu posisi terlalu lama;
* Mengangkat barang yang terlalu berat.
* Postur atau kedudukan badan yang tidak betul;
* Otot yang tidak kuat dan mudah mendapat tekanan apabila melakukan pergerakan secara berlebihan;
* Terdapat masalah pada tulang belakang seperti rapuh atau 'osteoporosis';
* Bagi wanita, kadang kala disebabkan oleh datang haid;
* Berat badan yang berlebihan;
* Duduk atau berdiri dalam satu posisi terlalu lama;
* Mengangkat barang yang terlalu berat.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
Untuk menghindari sakit belakang, anda dinasihatkan supaya :
* Memastikan postur atau kedudukan badan yang betul;
* Elakkan dari berdiri terlalu lama. Apabila berdiri, pastikan belakang anda lurus;
* Duduk dengan bahagian belakang yang lurus. Jika perlu, letakkan bantal kecil di bahagian belakang jika kerusi anda tidak mempunyai tempat sandaran yang elok.
Melibatkan diri dengan bersenam
* Senaman boleh menguatkan otot bahagian belakang. Anda boleh berenang, berbasikal atau berjalan kaki;
* Senaman yang menguatkan otot perut seperti 'sit ups' atau 'crunches' juga boleh membantu menguatkan bahagian belakang anda;
*Selalu lakukan senaman yang ringan yang tidak terlalu menegangkan otot seperti berjalan kaki, berenang dan sebagainya.
Mengelakkan dari melakukan pergerakan yang menyebabkan sakit pada bahagian belakang:
* Jika anda perlu berdiri atau duduk untuk masa yang agak lama, tukar posisi anda sekali sekala;
* Angkat barang dengan cara yang betul. Jangan membongkok apabila hendak mengambil barang dari atas lantai. Sebaik-baiknya, duduk mencangkung dan pastikan belakang awda berkeadaan betul.
Kurangkan rasa sakit pada bahagian belakang dengan:
* Berehat. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada otot yang tercedera untuk sembuh;
* Letakkan tuala yang sederhana panas pada bahagian yang sakit selama 15 ke 30 minit;
* Makanlah ubat seperti 'paracetamol' untuk mengurangkan rasa sakit.
Bilakah awda perlu berjumpa doktor?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
* Sakit belakang yang disebabkan oleh terjatuh atau akibat pukulan pada bahagian belakang anda;
* Sakit belakang yang diikuti dengan lemah otot kaki dan hilang kawalan buang air kecil atau air besar;
* Sakit belakang yang berpanjangan untuk masa yang lama;
* Sakit belakang yang diikuti dengan tanda-tanda lain seperti air kencing berdarah.
Sukacita dimaklumkan, YB Menteri Kewangan II
telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku baucar BR1M sehingga
31 Julai 2012 (Selasa). Persetujuan ini diputuskan dengan mengambil kira
masih ramai individu belum lagi menerima baucar dan memastikan semua
penerima BR1M dapat menunaikan baucar dalam tempoh masa tersebut.
Tuntutan baucar BR1M (mulai 16 Jun sehingga 31 Julai 2012) hanya sah dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Tuesday, June 19, 2012
BOSAN tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja. Itu adalah jawapan "jujur" yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara.
Tidak sekadar itu, mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak-kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu. Bagi komuniti ini, perpustakaan hanyalah sebuah institusi pencarian atau rujukan terbaik dalam proses melengkapkan kajian atau bidang penyelidikan. Walhal, objektif perpustakaan adalah luas termasuk meningkatkan budaya membaca masyarakat.
Namun, untuk melabelkan golongan ini tidak membaca mungkin bukan satu percaturan yang tepat. Ini kerana, kewujudan pelbagai aplikasi teknologi hebat seperti iPhone, iPad, Blackberry membolehkan pembacaan berlaku di mana sahaja tanpa memerlukan mereka ke perpustakaan.
Akan begitu, senario sebaliknya pula meruangi kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya, Borders dengan pesta buku seperti jualan berkonsepkan gudang "pay less books." Jumlah pengunjung lebih ramai daripada perpustakaan, itu yang dapat diperkatakan. Ini sekali gus, menafikan dakwaan kewujudan teknologi mematikan minat mereka terhadap ilmu berbentuk konvensional, buku. Namun, apa yang menghairankan ialah mereka lebih sanggup "membeli" buku di kedai-kedai buku berkenaan berbanding pembacaan secara "percuma" yang ditawarkan oleh perpustakaan negara ini. Mengapa?
Bukan satu malah sudah terdapat pelbagai kajian dilakukan berkaitan dengan kepentingan kemudahan, persekitaran yang menarik dalam meningkatkan atau mewujudkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara, hobi dan seumpamanya. Malah, dari sudut motivasi itu juga menekankan kepentingan "persekitaran" dalam kehidupan seharian manusia. Selain dapat meningkatkan semangat bekerja, ia juga dapat menarik minat serta membentuk diri seseorang untuk menjadi pencinta perpustakaan.
"Maaf cakaplah, perpustakaan kita saiz sahaja besar tetapi hambar, malap, langsung tidak ceria dan terlalu skema. Kempen pelbagai pun tetapi kalau fizikal bangunan tidak menarik akan membuatkan orang tidak minat ke perpustakaan. Sebab itulah, saya rasa sudah tiba masanya perpustakaan berubah sekiranya mahu menarik lebih ramai yang datang," kata Mohd. Yunus Ismail.
Beliau yang juga pensyarah Fakulti Tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut berpandangan pengurusan perpustakaan yang agak "tidak mesra pengguna" seperti perlu mematuhi pelbagai peraturan menyebabkan orang ramai lebih cenderung ke kedai buku. Bukan sahaja suasananya yang lebih santai, malah susunan buku, perabot, penataan cahaya lampu secukupnya, seni bina yang lebih moden, kontemporari, pemilihan warna, sekali gus menarik minat orang ramai untuk memilih kedai buku berbanding perpustakaan.
Apatah lagi, pengurusan kedai buku yang membenarkan pengunjung membaca tanpa adanya paksaan membeli, menjadi faktor penting mengapa kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya sentiasa dibanjiri orang ramai.
Ketinggalan
Faktor "suasana" bukanlah satu-satunya perkara yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung ke kedai buku berbanding perpustakaan. Harus diingat, koleksi genre yang ada di sesuatu perpustakaan itu juga memainkan peranan penting, yakni sebagai faktor tarikan ke gedung ilmu itu. Dalam satu laporan artikel oleh Library Journal, Profesor yang juga merangkap Pustakawan Rujukan di Brooklyn College, Renee Feinberg menyedari bahawa kebanyakan pelajar kolej lebih gemar menggunakan kedai buku Barnes & Noble sebagai perpustakaan mereka.
Ini berdasarkan hasil temuramah dengan 20 pelajar kolej. Dalam temuramah itu, mereka ditanya mengapa menggunakan kedai buku seolah-olah seperti perpustakaan dan respon yang diberikan ialah buku lebih up-to-date, lebih khusus, koleksi banyak dan mencukupi. Selain itu, kedai buku yang beroperasi sehingga malam berbanding perpustakaan menyebabkan mereka selesa menjadikannya sebagai perpustakaan untuk proses pembelajaran dan kajian.
Pandangan itu turut diakui oleh koreografer dan penari terkenal, Dr. Joseph Gonzales dalam satu tembual bersama Bernama baru-baru ini.
"Buku yang saya suka mungkin tidak dapat dicari di perpustakaan. Ini kerana, buku dalam bidang yang saya minat ini (seni) tidak banyak dan susah hendak cari. Disebabkan itulah, saya lebih suka pergi MPH, Borders ataupun beli melalui online di amazon.com," katanya.
Mungkin tidak salah sekiranya menyatakan bahawa perpustakaan negara kita agak ketinggalan dalam faktor ini, penyediaan ruang kafe di gedung ilmu itu. Tidak bermaksud membuat spekulasi bahawa perpustakaan negara ini tidak dilengkapi dengan kemudahan kafe, namun selalunya ia berada di lokasi tidak bersesuaian, iaitu pemisahan antaran himpunan buku dan tempat menjamu selera. Berbanding kedai buku, kafenya berada berdekatan dengan rak-rak buku sekali gus memudahkan pengunjung untuk menjamu selera.
Selain itu, pengunjung juga dibenarkan untuk membawa buku ke kafe sekali gus adalah alasan terbaik mengapa mereka memilih kedai buku! Kalau dilihat di negara barat, kebanyakan kafe berada dalam perpustakaan itu sendiri seperti The Farminton Library (Connecticut), The Hartford Public Library (Connecticut), Brooklyn Main Library (New York) dan Burlington County (New Jersey). Bukan sahaja kafe, malah keterbukaan pengurusan perpustakaan di sana yang membenarkan mereka membawa kopi, muffin ke ruang pembacaan, sememangnya memberi keselesaan kepada pengunjung. Keterbukaan ini sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke perpustakaan. Ini berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh Multnomah County Library di Portland Oregon.
Bukan sahaja mempunyai kafe dalam perpustakaan malah strategi mereka menempatkan Starbucks telah berjaya meningkatkan jumlah pinjaman sebanyak lapan juta buku setahun.
"Saya pernah pergi perpustakaan di Esplanade, Singapura. Di sana, saya boleh bawa kopi ke meja pembacaan dan ia sangat mesra pengguna asalkan jaga tatasusila," kata Mohd. Yunus.
Bagaimanapun, ujar Mohd. Yunus suasana sedemikian tidak berlaku di perpustakaan negara ini. Mengulas lanjut: "Mungkin disebabkan faktor takut air minuman tumpah sekali gus merosakkan buku menyebabkan perpustakaan kita tidak membenarkan wujudnya senario sedemikian."
— Bernama ( 2 Mac 2012)
Antara
kesalahan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang bersukan
ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu
sebelum melakukan aktiviti tersebut.
1. Mengelakkan Kecederaan
Rata-rata
dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan
kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan.
Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum
ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga
dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan
mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
2. Meningkatkan Prestasi
Mengikut
kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan
didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding
mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang
melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak
kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan
untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Seperti
yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah
mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa
nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan
kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan
otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan
sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung
Memanaskan
badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan
melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar
lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia
tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.
5. Mengurangkan Kadar Keskitan Selepas Bersukan
Kadangkala
apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan
kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan
merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia
merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan
memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan
selepas bersukan.
6. Membantu Anda Untuk Tahan Lebih Lama
Apabila
kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik.
Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan
membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan
dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan
menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau
bersenam.
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Secara
psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita
dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti
menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih
fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan
menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat
membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.
Anda sememangnya menjaga penampilan anda di tempat kerja tapi adakah sikap atau perilaku anda sebaik imej yang anda tampilkan? Boleh jadi anda sendiri tidak menyedari bahawa anda kerap melakukan perilaku buruk di pejabat malah membuatkan suasana di tempat kerja itu kurang selesa kerana sikap anda itu. Cuba semak 12 sikap buruk yang TIDAK PATUT anda lakukan ketika di tempat kerja agar suasana jadi menyenangkan dan bebas dari konflik.
- Bercakap di telefon dengan suara yang kuat dan tertawa terbahak-bahak.
- Lambat datang ketika ada mesyuarat.
- Melihat komputer rakan kerja tanpa izin.
- Menggunakan wangian terlalu banyak.
- Mengambil barang atau benda milik rakan kerja anda tanpa pengetahuannya,
- Meminta rakan sekerja berbohong untuk anda.
- Membicarakan tentang keburukan rakan sekerja yang lain.
- Bersikap sombong dan merendahkan orang lain.
- Meminta bantuan namun dengan cara yang kasar dan tanpa ucapan terima kasih.
- Menuduh rakan sekerja melakukan kesalahan tanpa bukti.
- Bersikap talam dua muka untuk 'membodek' pihak atasan.
- Kedekut untuk berkongsi ilmu.
Monday, June 18, 2012
Dab an essential oil of jasmine or peppermint on your arm and sniff. Scent researcher Alan Hirsch of the Chicago-based Smell And Taste Treatment Research Foundation says Jasmine increases the beta waves in the frontal lobes of your brain, enabling you to focus better and see things more acutely. Both scents stimulate the limbic systems in your brain, which in turn stimulates the rods in your eyes that help you see in dim light.
Take a bilberry supplement every morning. The berries contain compounds called anthocyanosides, which can help protect the retina against macular degeneration. Bilberry supplements are sold at most pharmacies.
Wear a large hat or cap along with your sunglasses. A wide-brimmed hat will block roughly 50% of UV radiation and reduce the UV rays that may enter your eyes from above or around the shades.
Always wear eye protection when swimming or doing carpentry. A properly fitting pair of swimming goggles will protect your eyes from chlorine, while safety glasses will prevent debris from causing corneal abrasions.
Aim your car vents down at your feet, not at your eyes. Air-conditioned air, which is dry, sucks moisture out of the eyes like a sponge, so direct the airflow away from your face. Serious dryness can lead to corneal abrasions and even blindness.
Eat fish twice a week. Fish are a rich source of omega-3 fatty acids-proven to reduce the risk of dry-eye syndrome. If you can't stand fish, try fish-oil supplements.
Cook with red onions, not yellow. Red onions contain more quercetin, an antioxidant that is thought to protect against cataracts.
Put on sunglasses whenever you leave the house. Not only will they block out the harsh glare of the sun, but they'll also protect your eyes from the drying effects of wind.
Have sweet potatoes for dinner tonight. Rich in vitamin A, these spuds are especially good at improving your night vision.
Remove eye makeup every night. This prevents small pieces of the makeup from winding up in your eye, which could possibly scratch your cornea.
Have spinach twice a week. It could be steamed, sauteed in some olive oil with garlic or perhaps in a quiche. It doesn't matter how you get it, just be sure to have it regularly. Studies have shown that lutein, a nutrient abundant in spinach, may prevent age-related macular degeneration and cataracts.
Use herbs and spices instead of salt. Studies have found that high-salt diets increase your risk of certain types of cataracts, so stay away from the salty stuff. And while you're desalinating your diet, don't forget the salt in processed foods. Check labels for "not salt", "no sodium", "low salt" or "low sodium" tags when buying canned and other prepared foods.
Use a fresh towel every time you wipe your face. Sharing towels with others is a guaranteed way to get conjunctivitis (pink eye) -a highly contagious eye infection- if it's going around.
Check your blood pressure every month. You can do this at home with a do-it-yourself monitor cuff. High blood pressure in unchecked, can damage vessels in the eyes.
Walk at least four times a week. Some evidence suggests regular exercise can reduce the intraocular pressure, or IOP, in people with glaucoma. In one study, glaucoma patients who walked briskly four times a week for 40 minutes lowered their IOP enough so they could stop taking medication for their conditions. It's also possible although there's no proof yet, that walking could also reduce your overall risk of developing glaucoma.
Turn down the heat in your house. Heat dries out of the air, which in turn dries out your eyes. You might also try adding some moisture with a humidifier, or even bunching a lot of plants together in the room where you spend the most time.
When you are working or reading, set your alarm to beep every 30 minutes. Use this as a reminder to look up and away to some distant point for 30 seconds. This helps prevent eye fatigue and eye strain.
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk Dan Mikraj kepada semua umat Islam.. Sama-samalah kita menghayati peristiwa di sebalik Israk Dan Mikraj..
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Pelbagai peristiwa dilihat
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Bantahan orang Quraisy
Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.
Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
- Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
- Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
- Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
- Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
- Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
- Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
- Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
- Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
- Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
- Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
- Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
Sunday, June 17, 2012
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa dan bakal bapa di seluruh dunia... Kasih sayang seorang bapa tiada tandingan dan tanpa kasih sayang bapa, siapalah kami....
Thursday, June 7, 2012
Sebenarnya
membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau
perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang
mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah,
sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun,
barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima
bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu.
Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Anak
yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul
bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa.
Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak
lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa
disayangi?
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak
perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya
mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila
berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada
saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya
untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan
wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya.
Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat.
Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa
selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang
dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan
mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan
anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara
baik yang mereka lakukan.
Anak-anak
akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan
perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa.
Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan
jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab
Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak
Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok
tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila
anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah
perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya
dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap.
Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu
cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa
yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris
ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda
mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan
mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta
membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di
atas kesejahteraannya.
Anak
anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi
saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti
ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini
berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu
kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah.
Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya,
pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia
perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia
telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan
kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak
mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak
kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi
mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah
apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh
orang lain.
Apa
yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk
projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau
membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat
dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang
anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam
nanti.
Apa
pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya
dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh
dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya.
Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga
dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan
bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda
berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak
gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai
contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan
dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana
satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua
lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang
ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas.
Warnanya pun lebih terang."
Elakkan
daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja
kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak
belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan
berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun
sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang
ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul
tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan
membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan
tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan
seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada
ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang
sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan
berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu
dan akan berasa gembira.
Marah
merupakan emosi yang tidak asing lagi yang berlaku kepada setiap
manusia sekalipun mereka normal dan sihat. Tetapi apabila perasaan marah
ini tidak dapat dikawal dan menguasai dii sendiri, emosi ini akan
mengundang masalah di tempat kerja, dalam rumah tangga mahupun dalam
keseluruhan kehidupan anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan
menyebabkan punca utama pergaduhan,pertelingkahan dan perceraian,
malahan juga akan menyebabkan stres dan gangguan mental dalam kehidupan
seseorang.
Rasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi jika anda ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat,anda seharusnya mengawal kemarahan anda.
Bertenang
Rasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi jika anda ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat,anda seharusnya mengawal kemarahan anda.
Bertenang
Tarik
nafas dalam-dalam ,tahan beberapa saat dan kosongkan fikiran. Ini
mungkin dapat membantu anda menenangkan diri. Jika perlu, dapatkan
pertolongan profesional atau belilah buku-buku yang berkaitan dengan
cara menenangkan fikiran.
Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.
Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.
Susun semula pemikiran
Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.
Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.
Selesaikan masalah
Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.
Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.
Susun semula pemikiran
Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.
Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.
Selesaikan masalah
Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
- Rangka perancangan anda.
- Jangan lupa semak perkembangannya.
- Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
- Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.
Komunikasi yang baik
Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.
Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.
Bertukar angin
Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
Mencari alternatif
Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.
Marahlah secara sihat
Ingatlah bahawa kemarahan merupakan emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang baik penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang sepatutnya dan terkawal tanpa menggunakan kekerasan atau kata-kata kesat. Tetapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itudari segi mental baik fizikal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(1998)
- ► September 2024 (1)
- ► August 2024 (3)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
▼
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
-
▼
June 2012
(27)
- Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam
- Mengatasi sakit belakang
- Pelanjutan Tempoh Sah Laku Baucar BR1M Sehingga 31...
- Senarai Yang di-Pertuan Agong Sejak 1957
- Suasana di Perpustakaan Perlukan Perubahan
- 7 Sebab Mengapa Anda Perlu 'Warm Up' Sebelum Bersukan
- 12 Sikap Buruk Di Tempat Kerja
- Simple Tips For Better Vision
- Selamat Menyambut Israk & Mikraj
- Selamat Hari Bapa
- Cara Mudah Untuk Membuat Anak Anda Disayangi
- Cara Mengawal Kemarahan
- TRANSIT ZUHRAH - Rabu, 6 Jun 2012
- Sipnosis buku : Yakjuj & Makjuj : Bencana Di Seba...
- Sipnosis Buku : Natrah (1937 - 2009) Nadra@Huberd...
- Awas Pengguna Facebook! JANGAN MUDAH TERTIPU!!!
- Penyakit Gusi
- Cara Memilih Dan Membeli Sofa
- Penjagaan Tilam Dengan Betul
- Rahsia Jantung Yang Sentiasa Berdegup
- Khasiat Tumbuhan Liar
- Sudut Kesihatan - 8 Kebaikan Bawang Putih
- 10 Tips Penjagaan Mata Bagi Pengguna Komputer
- Koleksi Mutiara Kata
- Ketahui Rahsia Penyakit Melalui Jari
- 4 Cara Hilangkan Rasa Gugup
- Selamat Hari Gawai
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1976 - KETAHANAN RAKYAT Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita...
-
PEMAKAIAN TANDA PANGKAT PAKAIAN PEGAWAI BOMBA Keterangan pakaian : Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh s...
-
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytihar...