MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, June 4, 2012

4 Cara Hilangkan Rasa Gugup


 


Sentiasa bersedia
Jika anda mempunyai mesyuarat yang penting, seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika mesyuarat yang akan dimulakan esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai mesyuarat tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menghadiri mesyuarat adakah disertai dengan pihak atasan yang lain. Ini ada membuatkan anda lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.

Bertenang 30 minit sebelum berlangsung
Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan ataupun sebarang mesyuarat dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.

Menggambarkan dengan cara yang positif
Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan negatif berbanding positif. Jadi ubah imiganisai anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.

Memberi lebih tumpuan
Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai. Contohnya sedang memikirkan mesyuarat yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan
pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula. Ini dapat meghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia