Assalamualaikum wbt...
Dukacita dimaklumkan, pesawat AirAsia QZ8501 telah disahkan
terhempas sejak dilaporkan hilang dari radar 6 hari yang lalu... Kami turut berasa sedih di atas kehilangan pada mereka yang
terkorban, apatah lagi dengan penerimaan waris yang terkorban... Salam
takziah daripada kami...
Marilah
kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam dan
berdoa agar semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat...
Amin Ya Rabbal A'lamin...
JUDUL BUKU TERKINI
Tuesday, December 30, 2014
Monday, December 29, 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAPENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda
negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur
Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah
sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada
dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut
ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
http://www.moe.gov.my/v/kenyataan-media-view?page=1&id=4552

Friday, December 26, 2014
Senarai Tabung Bantuan Kecemasan Bencana Banjir Malaysia 2014. Artikel ini disharing dari Blog # Projek 2 Ribu
untuk senarai tabung bantuan kecemasan bencana banjir yang melanda
Malayia kini pada bulan Disember 2014. Diharap rakyat Malaysia yang
pemurah dan berbesar hati untuk menyumbang kepada mangsa banjir tak kira
wang ringgit atau barangan ke saluran yang dinyatakan di bawah ini.
MAKLUMAT TERKINI BANJIR BOLEH RUJUK DI SINI
KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG
Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :
1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana
tak dapat sumbang sbarkan di group masing2 insyaAllah
MERCY MALAYSIA EAST COAST FLOOD RELIEF
Does MERCY Malaysia accept cash donations?
Yes. You can pay cash directly to our office at the following address:
Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia),
No.4, Jalan Langgak Golf,
off Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
You can also bank-in your cash at the following accounts:
For cash donations or direct transfer into our account, please fax or email us your remittance slip and include your personal details (name, address, phone number) should you wish to claim tax-exempt receipts.
Continue Reading

Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Account Name:MERCY Humanitarian FundABA Swift Code:MBBEMYKL Account No:5621 7950 4126 Address: MAYBANK BERHAD 20G-28G, Jalan Wawasan 4/5, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia |
CIMB BANK
Account Name:MERCY Malaysia ABA Swift Code:CIBBMYKL Account No:8000 7929 08 Address: CIMB BANK Lot 112, 1st Floor, Podium Block, Citypoint, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia |
For cash donations or direct transfer into our account, please fax or email us your remittance slip and include your personal details (name, address, phone number) should you wish to claim tax-exempt receipts.
Wednesday, December 17, 2014
Pasti ramai menjadikan membaca sebagai hobi. Tidak kiralah buku, majalah, jurnal atau apa saja bahan bacaan sekalipun, selagi mendatangkan ilmu maka ia adalah sesuatu yang bermanfaat malah baik untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa kebaikan yang boleh didapati dari membaca buku.
Melatih otak
Membaca mampu meransang sel-sel otak yang tidak diperoleh melalui aktiviti menonton televisyen atau mendengar muzik. Melalui pembacaan, anda kemudiannya akan berimaginasi. Justeru, sekiranya ingin menguatkan sel-sel otak maka jadikan budaya membaca sebagai amalan.
Mengurangkan tekanan
Membaca adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan tekanan. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa membaca boleh merendahkan paras kartisol, denyutan jantung serta ketegangan otot di tubuh.
Ubat tidur
Pernahkah anda berasa letih walaupun hanya membaca sebuah buku? Situasi ini terjadi kerana ketika itu anda berada dalam keadaan yang tenang. Tidak mustahil selepas itu anda akan tertidur disebabkan kepenatan.
Menguatkan daya ingatan
Sewaktu membaca, otak sebenarnya sedang bekerja untuk memahami jalan cerita sekali gus berusaha untuk mengingatinya. Situasi ini bolehlah disamakan dengan senaman otak yang mampu meningkatkan kemampuan untuk mengingat.
Awet muda
Kajian mendapati individu yang rajin membaca atau gemar melatih otak untuk berfikir akan mengalami penurunan kognitif yang lebih lambat berbanding individu yang tidak melakukannya. Bukan setakat itu saja, membaca secara teratur juga boleh menghindarkan diri dari terkena penyakit Dementia atau Alzheimer.
Merehatkan diri
Membaca merupakan satu aktiviti yang mudah dan baik diamalkan. Apabila dilakukan ketika santai, ia sebenarnya memberi terapi ketenangan. Beberapa kajian mendapati individu yang suka membaca buku keagamaan, sebenarnya mereka sedang merawat diri sendiri untuk menurunkan tekanan darah, meningkatkan mood seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami.
Meningkatkan kemampuan menulis
Selain meningkatkan kosa kata, membaca juga dapat menambah tatabahasa sekali gus menjadikan otak untuk berfikir dengan luar biasa. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung mengasah kemampuan anda untuk menulis secara lebih kreatif lagi.
Friday, December 12, 2014
Written by Norkumala binti Awang.
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1
dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah
zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan
tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah
zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut
bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama
dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.
Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun
sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada
kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Sumber artikel : http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7717-buah-zaitun-khasiat-dan-keistimewaannya
Thursday, December 11, 2014
Peningkatan beban hutang isi rumah di negara ini adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan. Keperluan hidup yang semakin mendesak di samping kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa masyarakat memilih untuk berhutang. Hutang isi rumah merupakan hutang yang dibuat oleh isi rumah melalui pinjaman daripada institusi kewangan bagi tujuan tertentu. Hutang ini merupakan satu liabiliti atau tanggungan yang perlu dibayar balik pada masa akan datang.
Hutang isi rumah negara pada tahun 2013 mencatatkan nisbah hutang isirumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada paras tertinggi berbanding negara-negara membangun di Asia iaitu sebanyak 83%. Bagi komposisi hutang isi rumah untuk empat tahun berturut-turut (2010-2013) mengikut pengelasan peratusannya menunjukkan bahawa pinjaman perumahan merupakan kategori pinjaman yang paling tinggi diikuti dengan pinjaman kenderaan, peribadi dan kad kredit. Persoalannyaa apakah punca utama kepada tren peningkatan hutang isi rumah hari ini?
Selain daripada berhutang untuk memenuhi keperluan dan kehendak, tidak dapat dinafikan peningkatan hutang isi rumah ini juga timbul natijah daripada sistem ekonomi semasa yang turut menggalakkan perkembangan industri hutang. Sistem ekonomi yang bersandarkan industri hutang dilihat turut merancakkan masyarakat terus berhutang. Ini bermakna selagi sistem ini terus diamalkan, maka tren peningkatan hutang sama ada di sektor isi rumah, sektor kerajaan mahupun di sektor swasta akan terus meningkat dengan implikasinya yang akan memporak-perandakan kehidupan kita dan generasi akan datang. Malah dengan kemunculan produk-produk perbankan pengguna yang semakin inovatif dan mudah diakses seperti pinjaman peribadi, “over draf” dan kad kredit, turut dilihat bertambahnya peningkatan kes-kes muflis dalam kalangan umat Islam. Rentetan daripada isu itu mampukah masyarakat menolak sistem ekonomi yang ada sekarang? Dan apakah dengan menolak sistem tersebut dapat mengubah tren peningkatan statistik hutang isi rumah di negara ini?
Pun begitu, kegagalan mengurus dan merancang kewangan turut dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah berhutang dalam kehidupan. Statistik daripada Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendapati sebab utama kegagalan membayar hutang ini adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang lemah. Maka di sinilah amalan pengurusan kewangan berhemat perlu diterapkan sebagai budaya hidup. Ilmu pengurusan kewangan merupakan aset dan satu keperluan yang amat penting bagi setiap individu dan perlu dipupuk sedari kecil lagi.
Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran yang amat penting bagi setiap individu kerana ia turut membantu menjamin hayatan tayyibah (kehidupan yang baik), untuk membebaskan diri daripada belenggu hutang. Ia memerlukan satu kemahiran bersama semua pihak termasuk ibu bapa dan penerangan daripada agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu masyarakat sedar terhadap kepentingan pengurusan kewangan dan juga menabung. Tujuan menyimpan dan menabung secaranya amnya adalah untuk perbelanjaan di masa hadapan atau sekiranya berlaku kecemasan.
Dengan adanya simpanan, kita tidak perlu mencari sumber-sumber lain, contohnya dari sumber hutang atau terpaksa menjual harta-harta lain yang kita perlukan, semata-mata untuk memenuhi keperluan perbelanjaan yang mendesak atau kecemasan. Amalan menabung juga boleh membantu kita untuk membina kekayaan, yang mana, hasil tabungan boleh kita laburkan untuk memperoleh pendapatan pasif.
Dalam hal ini, Allah SWT telah menurunkan dua ayat yang cukup indah dan secocok dengan kehidupan manusia pada hari ini. Firman Allah SWT dalam ayat 47-48 Surah Yusuf: “Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).”
Menurut riwayat, kedatangan musim kemarau selama tujuh tahun, menjadikan bumi kering, tanaman tidak menjadi dan melanda beberapa buah Negara. Penduduk Mesir amat beruntung kerana Nabi Yusuf telah meramalkan tentang musim kemarau dan telah bersedia melengkapkan gudang-gudang makanan yang banyak sebagai persediaan musim kemarau. Berkat simpanan atau tabungan ini dapat juga dikongsi dan dinikmati oleh rakyat yang tinggal bersempadan dengan negeri Mesir. Ayat-ayat ini tersusun indah untuk menyeru manusia agar sentiasa mengamalkan tabiat menabung yang bukan sahaja untuk memenuhi keperluan di kala berlaku kecemasan, bahkan dapat membina kekayaan untuk masa hadapan.
Oleh yang demikian, masyarakat juga perlu mendisiplinkan diri dengan menabung. Sekurang-kurangnya menabung antara 5 hingga 10 peratus daripada pendapatan dan perlu dilakukan secara disiplin. Untuk memudahkan tujuan ini, potongan gaji bulanan boleh dilakukan seperti potongan ke Tabung Haji atau ke akaun simpanan tetap. Perlu diingat menabung bukan hak keistimewaan orang yang bergaji besar sahaja. Tidak salah untuk memulakan tabungan dengan jumlah yang kecil kerana usaha itu adalah lebih baik dan mulia daripada tidak memikirkan langsung tentang perlunya menabung.
Dari segi pelaburan, masyarakat yang ingin melabur dinasihatkan supaya memastikan kewangan mereka kukuh terlebih dahulu. Hal demikian kerana pelaburan adalah satu risiko yang perlu diambil oleh penghutang. Masyarakat harus tahu bahawa terdapat risiko dalam pelaburan ini kerana kadar dividen mungkin lebih rendah daripada kadar keuntungan pada masa hadapan. Ini kerana pulangan pada masa hadapan adalah tidak menentu. Justeru, dalam mengurus kewangan secara berhemat masyarakat perlu memikirkan jika terdapat lebihan dalam pendapatan baru mereka boleh membuat keputusan sama ada untuk melabur atau sebaliknya.
Selain itu, sebagai umat Islam panduan Maqasid Syariah amat berguna khususnya untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Contohnya, jika seseorang ingin membeli sebuah kereta, ciri-ciri kereta tersebut perlu dipadankan dengan bertanyakan soalan adakah ia untuk keperluan asas, kemudahan atau kemewahan? Maka dengan itu, keputusan akan dibuat berdasarkan kedudukan kemampuan kewangan kita dan apakah keperluan kita pada masa ini dan masa depan. Hasilnya kita akan membeli sesuatu yang terbaik untuk kita dan keluarga, mengikut kemampuan kewangan yang ada. Justeru, panduan Maqasid ini perlu kita terapkan dalam minda kita agar ia dapat menjadi satu panduan pada bila-bila masa sahaja apabila kita berdepan dengan cabaran untuk berbelanja atau membuat sebarang keputusan yang melibatkan soal kewangan.
Amalan pengurusan secara berhemat bukan sahaja dapat memupuk amalan berjimat cermat dan tidak membazir, bahkan kita dapat mengukur kewangan diri sebelum membuat keputusan untuk berbelanja. Berbelanjalah mengikut kedudukan kemampuan kewangan diri bukan mengikut rentak perbelanjaan orang lain. Ingatlah pepatah kita “ukur baju di badan sendiri”.
Sumber artikel : http://www.ikim.gov.my/index.php/en/berita-harian/9063-pengurusan-kewangan-berhemat-sebagai-budaya-hidup
Tuesday, December 9, 2014
Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin.
Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di
mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di
negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang
lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah
disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh
Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian pencemaran terutamanya
pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh
najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.
Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.
Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang, pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu, puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.
Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi malasah pencemaran alam sekitar kita pada hari ini?
Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan ‘tidak' kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.
Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak untuk katakan ‘tidak' ataupun ‘ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran yang bersih dan selesa.
Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.
Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar , dan 5% daripadanya berada pada tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang, Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap.
Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.
Misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di Johor pada tahun lepas telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu sebanyak RM1 bilion hanya untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan asas yang rosak akibat banjir tersebut. Ia jelas merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti untuk tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.
Bukan itu sahaja, malah kita juga memerlukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Ini kerana, pembalakan haram merupakan salah satu daripada kegiatan yang turut memusnah dan mencemar alam sekitar kita termasuk sungai dan juga laut. Daripada kerja pembalakan haram tersebut juga, ia akan turut membawa kepada musnahnya kebanyakkan habitat semulajadi ikan air tawar yang sedia ada.
Selain memusnahkan habitat semulajadi ikan air tawar, aktiviti pembalakan haram juga akan turut memusnahkan kebanyakan habitat hutan yang seterusnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti hakisan tanah, banjir, pemanasan sejagat dan sebagainya. Kita sepatutnya sedar bahawa habitat hutan sangat penting bukan sahaja kepada kita, malah juga kepada alam sekitar kita. Seperti yang kita sedia maklum, kewujudan tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting terhadap alam sekitar yang mana ia sangat diperlukan bagi membolehkan penggunaan karbon dioksida oleh tumbuh-tumbuhan dan pengembalian oksigen untuk tujuan pernafasan.
Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya.
Selain itu, kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita. Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsure-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.

Sumber info : http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7756-peranan-masyarakat-dalam-menyelamatkan-alam-sekitar
Wednesday, December 3, 2014
Satu kajian baru mendapati bahawa bahan kimia dalam anggur merah dan blueberry boleh meningkatkan sistem imun badan anda.
Penyelidik daripada Oregon State University mengkaji impak 446 jenis bahan kimia berbeza terhadap sistem imun manusia. Penemuan yang diterbitkan di dalam Jurnal Molecular Nutrition and Food Research menunjukkan dua sebatian, resveratrol yang terdapat dalam anggur merah dan pterostilbene ditemui di dalam blueberry, apabila digabungkan dengan vitamin D, boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menangkis penyakit.
Resveratrol telah menjadi subjek berpuluh-puluh kajian untuk pelbagai faedah yang mungkin, dari meningkatkan kesihatan kardiovaskular hingga melawan kanser dan mengurangkan keradangan.
“Daripada satu kajian terhadap beratus-ratus sebatian, hanya kedua-dua bahan tersebut yang menonjol,” kata ketua penyelidik Adrian Gombart. “Sinergi mereka dengan vitamin D. .. adalah penting dan menarik. Ia adalah satu interaksi yang cukup menarik."
Sebatian ini, yang dipanggil stilbenoids, bekerja secara sinergi dengan vitamin D dan mempunyai kesan yang ketara dalam meningkatkan pemaparan cathelicidin manusia peptida antimikrobial, atau gen CAMP, yang terlibat dalam fungsi imun, penyelidik menjelaskan.
Namun, ahli-ahli sains menyatakan bahawa kajian itu dilakukan dengan menggunakan kultur sel makmal dan lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan sebelum mereka mencadangkan cadangan pemakanan.
Dalam kajian terdahulu dalam tahun ini, blueberry juga didapati meningkatkan kuasa otak disebabkan ianya banyak mengandungi sebatian yang dipanggil polyphenolics, yang penyelidik katakan boleh membantu otak untuk menjalankan fungsi penting “pengurusan tubuh”.
Saintis daripada Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia Mengenai Penuaan di Universiti Tufts dan Universiti Maryland Baltimore County mengkaji kesan beberapa jenis berry terhadap otak tikus, khususnya kesan ke atas pembersihan toksik terkumpul daripada otak.
Dipetik daripada AFP Relaxnews. (2013, 19 September)

Monday, December 1, 2014
Menyapu pelembab pada kulit bayi yang baru lahir
boleh mencegah ekzema dan malah juga alergi makanan di kemudian hari, ia
mungkin menawarkan cara mudah untuk memerangi masalah global yang
semakin meningkat, kata sebuah institut di Jepun.
Kajian berskala kecil yang dijalankan oleh penyelidik
daripada Pusat Kebangsaan untuk Kesihatan dan Pembangunan Kanak-Kanak
yang berpangkalan di Tokyo, menyarankan penggunaan losyen secara kerap
pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran membantu mengekalkan
keutuhan sistem imun bayi.
Penyelidik membahagikan 118 orang bayi kepada dua kumpulan yang sama,
kumpulan pertama disapu dengan pelembab berasaskan gliserin untuk selama
32 minggu dan kumpulan yang satu lagi tidak disapu apa-apa.
Hasil kajian menunjukkan 19 orang bayi daripada
kumpulan pertama mendapat dermatitis atopik – ekzema – berbanding 28
orang daripada kumpulan kedua.
Kajian tersebut, yang menurut penyelidik merupakan
kajian pertama seumpamanya di dunia, kemungkinan menunjukkan pelembapan
mengurangkan risiko mendapat ekzema sebanyak 30%.
Dalam satu kenyataan, institut tersebut
mengatakan bahawa bahan pelembut mencegah kulit daripada kering dan
pecah, yang mendedahkan sel imun dan membenarkan peradang untuk masuk.
Ini akan membuat badan mempertingkatkan pengeluaran antibodi untuk
melawan peradang, yang menyebabkan pengeluaran berlebihan. Pengeluaran
berlebihan inilah yang menghasilan simpton alergi. – AFP.
Wednesday, November 12, 2014
1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.
2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.
3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.
4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.
5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.
6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.
7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.
8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.
9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.
10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.
11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.
12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.
13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.
14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!
15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.
16. Kucing yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.
17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.
18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.
19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.
20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.
21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.
22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.
23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.
24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.
25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.
26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.
27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.
28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.
29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.
30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.
31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.
32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.
33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.
34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.
36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.
37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.
38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.
40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.
41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.
42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.
43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.
44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.
45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.
46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.
47. Kucing yang tidak 'dikasi' adalah lebih agresif.
48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.
49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.
50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.
51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.
52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.
53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).
54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).
55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.
56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.
57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.
58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.
59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.
60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.
61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).
62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.
63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.
64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.
65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.
66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.
67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.
68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
Monday, November 10, 2014
KOMPUTER Riba atau lebih dikenali sebagai 'laptop' kini sudah bukan lagi
menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke
sana ke mari, pasti memilih laptop...
...sebagai teman sejati yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.
Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.
Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.
Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.
Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:
KEGUNAAN
Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.
Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card - Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.
Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.
Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih 'ringan'. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MB dan seterusnya.
Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.
Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.
Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.
Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang mobile. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.
SERVIS YANG DISEDIAKAN DAN ALAT GANTI
Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan servis yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection dan home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari.
Sumber: http://www.amzanimokhtar.com

Friday, November 7, 2014
LAPTOP kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti seharian mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.
Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi. Di sini disertakan tips menjaga laptop dan bateri laptop :-
- Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
- Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
- Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
- Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
- Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
- Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
- Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual
Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sumber: http://www.amzanimokhtar.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(1640)
- ► September 2024 (1)
- ► August 2024 (3)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
▼
2014
(80)
-
▼
December 2014
(9)
- Pesawat AirAsia QZ8501 disahkan terhempas...Salam ...
- PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKO...
- Senarai Tabung Bantuan Kecemasan Banjir
- Maanfaat membaca untuk kesihatan
- Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya
- Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup
- Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar
- Blueberry dan Anggur Merah Boleh Meningkatkan Imuniti
- Mencegah Ekzema Lebih Awal
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
▼
December 2014
(9)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytihar...
-
PENYEDIAAN KOLAM Saiz kolam yang sesuai di Malaysia adalah antara 0.25 ekar - 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar 1 – 2 meter. Kolam yang ter...
-
Bibliotheca Alexandrina Egypt ( Perpustakaan Iskandariah Mesir ) merupakan perpustakaan pertama dan terbesar di dunia . Perpusta...