MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, October 24, 2017

Sekalung Tahniah diucapkan

https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed/photos/a.10152108189221762.1073742141.348304376761/10155050972886762/?type=3&theater
*Sumber gambar daripada Fanpage Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Assalamualaikum wbt dan Salam Negaraku Malaysia,


Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Rakan FB Bomba Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Tahniah kepada YAS Dato' Sri Hj. Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah JBPM yang telah dikurniakan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) pada 24 Oktober 2017.

Tahniah diucapkan kepada YAS Dato' Sri Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, October 23, 2017

Fungsi Perpustakaan Negara Malaysia

   

Fungsi utama PNM terbahagi kepada tiga (3) aktiviti utama iaitu Aktiviti Pengurusan, Aktiviti Pembangunan Perpustakaan dan Aktiviti Perkhidmatan . Setiap aktiviti ini mempunyai sub-aktiviti atau bahagian masing-masing bagi mencapai matlamat dan objektif PNM.

(a) Aktiviti Pengurusan

  • Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
  • Perkhidmatan Korporat
  • Teknologi Maklumat
  • Pembangunan Modal Insan
  • Integriti

(b) Aktiviti Pembangunan Perpustakaan

  • Prasarana Ilmu dan Maklumat
  • Pembangunan Koleksi

(c) Aktiviti Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Rujukan Dan Maklumat
  • Perpustakaan Cawangan Dan Komuniti
  • Perpustakaan Digital Negara


Fungsi PNM

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, October 10, 2017

Jom Sertai U-Pustaka


Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

U-Pustaka Secara Keseluruhan



Komponen Penerbitan Web
Komponen ini mengandungi keseluruhan maklumat mengenai latar belakang, siaran media, ucapan, polisi dan maklumat, lampiran fakta, statistik, tajuk paling popular, pautan, suapan berita, sumber elektronik dan sebagainya bagi menampilkan pengetahuan yang disumbangkan oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka.

Portal u-Pustaka merupakan gabungan kandungan mengenai peristiwa, aktiviti dan berita yang boleh dikongsi oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka, statistik mengenai pendaftaran keahlian u-Pustaka dan status sambungan Internet oleh ahli u-Pustaka terutamanya bagi pautan kepada Terbitan Kerajaan, Direktori Perkhidmatan Awam, Perpustakaan dan Kerjasama Kepustakawanan Sedunia, Perpustakaan di Malaysia, Badan-badan Profesional Kementerian dan Agensi Kerajaan di Malaysia, Kerajaan Negeri dan Agensi, Kandungan Tempatan, dan Saluran TV dan Radio Secara Atas Talian. Ciri-ciri Mashup juga digunakan bagi memaparkan gabungan data, perkhidmatan dan idea.

Komponen Pengurusan Kandungan

Komponen Pengurusan Kandungan dalam Portal u-Pustaka mengandungi maklumat yang dibina atau dipilih khusus untuk ahli-ahli u-Pustaka dalam bentuk Ulasan Elektronik, Papan Pemuka untuk tiga segmen keahlian, Sumber Elektronik dan Buku Audio.

Ulasan Elektronik menyediakan perkongsian maklumat secara efisien dan akses yang tepat kepada dokumen asal yang membolehkan keputusan dapat dibuat lebih pantas dengan pilihan buku-buku untuk membaca dan juga memaklumkan kepada ahli u-Pustaka sumber maklumat terkini yang terdapat di dalam Konsortium u-Pustaka. Ia juga merupakan satu bentuk interaksi dengan pembaca yang diperkasakan dengan fungsi ulasan yang boleh disumbangkan sendiri berdasarkan kepada ulasan asal oleh pustakawan dari Konsortium u-Pustaka. Dalam hal ini, ulasan buku menawarkan penghayatan berguna keatas koleksi perpustakaan yang boleh dikongsi dengan Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama di kalangan ahli u-Pustaka yang boleh menyertai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Konsortium u-Pustaka.

Papan Pemuka memberikan pendekatan yang komprehensif dalam menguruskan maklumat keahlian u-Pustaka dengan maklumat bersepadu yang menawarkan titik sentuh di mana profil ahli dirangkaikan dengan perkhidmatan u-Pustaka.

Papan Pemuka Untuk Kanak-Kanak:






Papan Pemuka Untuk Remaja:




Papan Pemuka Untuk Ahli Dewasa:
Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.

Buku Audio menawarkan buku-buku dalam format audio yang boleh diakses oleh ahli u-Pustaka dan Ahli Atas Talian.

Komponen Kolaborasi
Komponen Kolaborasi menawarkan landasan untuk rangkaian sosial, penerokaan pengetahuan, perkongsian dan pertukaran pengetahuan seluruh komuniti pembelajaran di semua peringkat umur untuk pembelajaran sepanjang hayat untuk berhimpun di Portal u-Pustaka sebagai hab keilmuan untuk kolaborasi menerusi Berbual Dengan Pakar, Forum Perbincangan dan menerokai kemungkinan bagi penemuan pengetahuan menerusi Tanyalah u-Pustaka.

Tanyalah u-Pustaka adalah "Meja Bantuan" untuk Portal u-Pustaka yang diuruskan secara bersama oleh tujuh perpustakaan Konsortium dengan kemudahan literasi maklumat, rujukan dan khidmat nasihat penyelidikan untuk semua ahli u-Pustaka.

Berbual Dengan Pakar menyediakan kemudahan secara atas talian untuk ceramah, mesyuarat, temubual dan seminar yang memaparkan pakar-pakar dalam domain pengetahuan tertentu dan juga tetamu khas yang akan dijemput dari masa ke semasa oleh Konsortium u-Pustaka. Ahli-ahli u-Pustaka boleh mendaftar masuk ke dalam Portal u-Pustaka untuk mendegar, melihat slaid pembengtangan dan juga berbual dengan pakar.

Forum Perbincangan menawarkan landasan untuk menarik perhatian ahli-ahli u-Pustaka dan pelbagai Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama untuk menyertai perbincangan atas talian dalam bidang Perniagaan, Ekonomi, Sains dan Teknologi.

Komponen Perkhidmatan

Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan u-Pustaka:

1. Perkhidmatan peminjamandan pemulangan u-Pustaka menyediakan akses kepada maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di tujuh perpustakaan. Permohonan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka berupaya untuk dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran oleh pihak Pos Laju dan Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan peminjaman, pemulangan, penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fisikal pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Senario Pencarian:
1. Portal u-Pustaka membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk melaksanakan kaedah pencarian yang akan merungkai sumber pengetahuan menerusi Judul, Pengarang, Perkara, ISBN/ISSN, Penerbit, Tahun Penerbitan dan fungsi pencarian Katakunci. Hasil pencarian membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk memilih sumber-sumber fizikal dari Konsortium u-Pustaka berdasarkan status keberadaan bahan maklumat tersebut.

Senario Peminjaman:

Portal u-Pustaka menyediakan ciri-ciri berikut untuk scenario peminjaman :-
1. Pemilihan sumber-sumber fizikal daripada koleksi yang sedia ada di Konsortium u-Pustaka dan kemudahan untuk menempah bahan.
2. Kos penghantaran menerusi perkhidmatan Pos Laju.
3. Pemilihan kaedah pembayaran elektronik menerusi MEPS FPX dan Quik2Go dalam Portal u-Pustaka bagi perkhidmatan penghantaran dan denda lewat pemulangan; MEPS e-Debit dan Touch ‘n Go untuk denda lewat pemulangan atau denda untuk kehilangan bahan pinjaman di stesen-stesen kaunter atau kios pelbagaiguna.
4. Peringatan untuk denda lewat pemulangan yang perlu dibayar sebelum proses peminjaman berikutnya.
5. Kemaskini secara atas talian untuk status sirkulasi bagi setiap transaksi peminjaman dan pemulangan.
6. Permohonan untuk penempahan dalam keadaan bahan yang diminta telah dipinjam dalam semua Perpustakaan Konsortium.

Senario Pemulangan di Stesen Gelongsor Buku u-Pustaka meliputi perkara berikut :-
1. Pemulangan bahan-bahan pinjaman di mana-mana stesen Gelongsor Buku.
2. Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada)

Senario Pemulangan dari Rumah :-
1. Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka dari rumah.
2. Pembayaran denda menerusi pembayaran elektronik dengan MEPS FPX atau Quik2Go.

Senario Pemulangan di Perpustakaan Konsortium :-
1. Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman di stesen kaunter Konsortium u-Pustaka atau stesen-stesen Gelongsor Buku.
2. Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada)

Senario Pembaharuan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja : -
1. Pembaharuan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.
2. Keupayaan untuk menyemak status bahan.

Senario Penempahan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja :-
1. Penempahan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.

Perkakasan RFID :-
1. Perkakasan RFID dipasang di Perpustakaan Konsortium dan lokasi strategik untuk menyokong fungsi peminjaman, pembayaran dan pemulangan. Ahli-ahli u-Pustaka boleh juga mengunjungi tujuh Perpustakaan Konsortium dan meminjam menerusi Stesen Kaunter RFID atau Kiosk Pelbagai Guna. Buku-buku boleh dipulangkan menerusi Gelongsor Buku RFID. Laluan masuk bergantri atau tanpa gantri dipasang di setiap Perpustakaan Konsortium bagi tujuan pengawasan.


Untuk keterangan lanjut sila layari laman web yang tertera :
Portal U-Pustaka

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, October 9, 2017

3 Tips Untuk Atasi Masalah Anak Umur 2 Tahun Yang Suka Ulang Semula Cakap

Related image
Mesti anda ketawa geli hati bila si manja suka mengulang semula cakap/soalan yang anda tanyakannya atau bila kita bercakap dengannya. Anak akan mengikut semula kata-kata kita.
Memang nampak comel bila anak tiru semula cakap kita tapi awas, kerana kalau dibiarkan anak akan mempunyai masalah kefahaman yang berpanjangan atau kelemahan memahami bahasa. Masalah ini dikenali sebagai Echolalia (ulang semula).Jangan biarkannya tapi ibu ayah kena bantu mereka perbaiki masalah ini.
Puan Iffah Rashida, Speech and Languange Therapist di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi cara mengatasi masalah ini di kalangan anak usia 1 hingg 2 tahun.
Echolalia atau ulang semula
Echolalia bermaksud perkataan yang diulang semula selepas sesuatu perkataan atau ayat didengari
Echolalia (atau ulang semula) ini adalah normal bagi kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun ke atas. Pada umur 3 tahun, pengulangan semula ini akan semakin berkurangan.
Contoh:
Ibu : adik nak makan
Anak: adik nak makan.
Pengulangan ini bagus kerana ia memberikan peluang untuk anak menggunakan/ikut contoh ayat yang diberi.
Echolalia juga sering digunakan bagi kanak-kanak yg mempunyai masalah reseptif (kefahaman)
Contoh:
Ibu: macam mana nak masak kek?
Anak: macam mana nak masak kek? (tak faham soalan dan kurang kosa kata untuk menjawab maka anak lebih cenderung utk ulang semula soalan yg ditanya)
Kanak-kanak yang diagnos autisme juga sering melakukan echolalia
Selain kelemahan memahami bahasa,
Ia juga sebahagian daripada stereotype, repetitive behaviour
Contoh: mengulangi dialog kartun yg digemari berulang-ulang kali sehingga menjadi (stimming)
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak (1-2 tahun) dan mempunyai echolalia ini berikut adalah praktikal tips utk anda!
1) Kurangkan tanya soalan yang anak tidak boleh jawab
- bila anak tak faham soalan mereka akan ulang semula atau senyap
- if tanya soalan anak akan ulang semula soalan jadi dia tidak pelajari ayat yang sepatutnya dia cakap
2) Jika anak ulang sesuatu tetapi tidak kena pada konteks/situasi
✅ figure out apa yang anak cuba maksudkan
✅ beri contoh ayat seperti kita adalah anak kita - if anak kita boleh guna ayat yang betul, apa ayat yang betul dia patut guna
Contoh:
Anak: happy birthday to you... (sambil tengok cake)
Ibu perlu tafsir apa yang dimaksudkan anak. Dan beri ayat yang sepatutnya anak cakap.
Ibu: Saya nak makan kek. Saya nak kek.
Anak : saya nak kek.
3) Gunakan kebaikan echolalia untuk anak panjangkan ayat mereka. Ibu bapa perlu banyak menggunakan ayat penyata seperti
Kucing minum air. Kereta merah tu laju.
Supaya anak akan ikut dan menambahkan kefahaman bahasa mereka.
Jika anak stimming berulang-ulang kali tanpa sebab dengan mengulangi dialog yang disukai kerana input screening yang terlalu banyak.
1) perlu kurangkan sreening time
2) masuk campur, bermain dengan anak instead of dia bermain seorang diri
3) perkenalkan dengan aktiviti-aktiviti bermain yang pelbagai secara konsisten supaya anak tambah kefahaman bahasa, tingkatkan komunikasi 2 hala dan sekaligus ianya boleh mengurangkan echolalia tersebut
Sumber: Iffah Rashida

Continue Reading
No comments
Share:

Kuiz Celik Siber @ PNM 2017

   
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan Kuiz Celik Siber @ PNM yang bertemakan 'Bulan Bahasa'. Kuiz ini akan berlangsung dari 1 sehingga 30 Oktober 2017. 

Orang ramai dijemput untuk sertai kuiz ini. 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
2. Hanya SATU (1) penyertaan setiap individu
3. Penyertaan adalah secara dalam talian.
4. TIGA (3) peserta yang mendapat markah tertinggi dan slogan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
5. Pemenang akan diumumkan diumumkan melalui emel dan di Portal Perpustakaan Negara Malaysia.
6. Hadiah akan di pos kepada pemenang.
7. Keputusan pemenang adalah MUKTAMAD

Sila layari SINI untuk menjawab soalan yang disediakan. Selamat mencuba.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, October 6, 2017

15 tips penting Windows 10

Image result for windows 10

1.       Fungsi Cortana - Secara lalai (default), fungsi Contana yang melengkapi PC dengan Windows 10 tidak mendengar arahan anda dengan serta merta. Jadi anda boleh membuka dan menetapkannnya dengan mengklik ruang carian di taskbar dan pilih menu pilihan tiga baris dalam kotak sebelah atas / kiri. Pilih Settings  dan aktifkan pilihan yang berlabel "Let Cortana respond when you say 'HeyCortana' ". Anda perlu mengaktifkan mikrofon untuk tujuan memberikan perintah kepada PC. Ingat kecekapan Cortana juga bergantung kepada sejauh mana fungsi ini mengenali anda.
2.   Apps Office - Peminat Windows yang menggemari aplikasi (apps) Office yang mesra sentuhan akhirnya dapat menggunakan apps ini pada peranti berasaskan Windows 10 tanpa mengira saiz dan reka bentuknya. Sebelum ini Microsoft juga telah melepaskan prebiu beta untuk apps MS Word, MS Excel, dan MS Powerpoint yang mesra sentuhan. Sehubungan dengan itu, penguji Windows 10 boleh menggunakan versi prebiu itu tanpa dikenakan sebarang bayaran.
3.       Baris perintah - Kini anda boleh menggunakan alat baris perintah dalam Windows 10 yang berciri baru, termasuk keupayaan menyalin dan menampal di dalam command prompt dengan menggunakan kombinasi kekunci Ctrl + C dan Ctrl + V. Bagi mengaktifkan ciri ini, buka command prompt, klik kanan pada 'title bar', kemudian pilih Properties.
4.       Menjadual boot - Jika anda mendapat kemaskini tertunda yang memerlukan anda melakukan boot semula PC, Windows 10 akan membolehkan anda menjadualkan masa tertentu untuknya berbuat begitu. Bagi mengaktifkan ciri ini, klik dan buka pilihan ketetapan dalam menu Start, kemudian pergi ke Update dan Recovery > Windows Update. Kalau ada sebarang kemaskini yang tertunda, anda akan melihat skrin di kirinya yang membolehkan anda menjadual boot semula selepas anda memilih butang pilihan "Select a restart time". 
5.       Pintasan baru - Windows 10 turut menawarkan pintasan papan kekunci yang baru untuk menjimatkan masa anda, antaranya :-

5.1.    Sistem operasi yang telah dirombak ini juga disertakan dengan pelbagai kekunci pintasan yang baru.
5.2.    Menangkap (snap) tetingkap : kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan - mod Snap paparan baru yang menyematkan apps kepada empat bahagian skrin.
5.3.    Bertukar kepada tetingkap terkini : Alt + Tab - Tahan untuk menunjukkan paparan tetingkap Task View  yang baru, lepaskan dan bertukar kepada apps.
5.4.    Paparan task : Windows + Tab - paparan Task baru dibuka dan kekal bersih.
5.5.    Mencipta dektop maya baru : kekunci Windows + Ctrl + D.
5.6.    Menutup desktop maya semasa : kekunci Windows + Ctrl + F4.
5.7.    Bertukar desktop maya : kekunci Windows + Ctrl + Anak panah kiri atau kanan

6.       Solitaire baru - Permainan (game) Solitaire yang baru dalam Windows 10 bukan dalam menu Start yang baru atau menu Start yang lama > Programs > Accessories  > Games. Tetapi anda boleh mengaksesnya kembali dalam All Apps, atau mencarinya melalui ruang carian. Hasil carian anda bakal memaparkan Microsoft Solitaire Collection Preview.
7.       Desktop maya – Ciri baru untuk multi tugas yang ditambah pada Windows 10 ini membolehkan pengguna mengasingkan apps terbuka ke dalam kawasan khas dengan mudah. Bertukar di antara desktop maya yang terbuka cukup mudah menggunakan Task View [ butang yang kelihatan seperti dua panel bertindihan di taskbar] atau kekunci Windows + Tab, sambil di + Tab pula membolehkan anda melompat di antara apps yang terbuka merentasi semua latar belakang.  Terdapat juga laluan kepada perubahan sebenar apps terbuka daripada satu desktop maya kepada yang lain jika anda mahu bertukar-tukar di antaranya. Mula-mula, pergi ke desktop maya yang menempatkan apps yang anda mahu gerakkan ke desktop maya yang lain, kemudian buka antaramuka Task View. Cuma klik dan tahan pada apps yang ingin dipindahkan, kemudian heret kepada desktop maya yang diingini di sebelah bawah skrin. Anda juga boleh mengheretnya kepada pilihan “+NewDesktop” di sudut bawah dan kanan skrin untuk mencipta desktop maya baru bagi menampatkan apps.
8.       Menukar warnaWindows 10 turut menawarkan lebih kawalan terhadap warna taskbar, menu Start dan ruang carian anda. Buka menu Start dan pergi ke Setting > Personalization > Colors untuk memulakan ubahsuai pilihan yang ada. Pilihan “Automatically pick a colour from my background” akan menjalankan fungsinya dan warna itu digunakan pada Cortana / ruang carian dan di bawah ikon apps terbuka. Pilihan “Show colour on taskbar and Start menu” juga menjalankan fungsinya, sementara pilihan “Make start Menu transparent” yang diaktifkan secara lalai (default) membuang kesan halus telus pandangan yang banyak memihak kepada latar belakang legap menu Start dan taskbar.
9.       Cuba Mod tablet - Continuum dalam Windows 10 telah mengubah secara dinamik desktop tradisional kepada antaramuka Metro apabila skrin sentuh digunakan. Fungsi ini mula bertindak apabila anda menyambungkan atau memutuskan papan kekunci daripada tablet atau peranti hybrid Windows anda. Namun, bagaimana jika anda menggunakan PC standard dan apps biasa yang seluas skrin dan skrin Start dengan Live Tiles bertaburan pada menu Start? Sekarang anda boleh mengaktifkan mod tablet dengan mudah. Buka tetingkap Action Center yang baru dalam Windows 10 dengan mengklik pada ikon kecil yang kelihatan seperti kotak dialog komik dan klik butang Tablet Mode. Apa sahaja akan diambil dari desktop anda, disimpan untuk menjarakkan ikon butang Start, Cortana, dan Task View. [Anda mahu apps terbuka dan kekal disematkan di taskbar? Pilihannya juga terdapat dalam tetapan Tablet Mode]. Menekan butang Start dengan serta merta akan memaparkan apps seluas skrin dan skrin Start.
10.   Automatik boot - Sebenarnya anda boleh memulakan proses boot Windows 10 secara automatik ke dalam Tablet Mode. Namun, kaedah ini tidak diperlukan jika anda menggunakan PC. Tetapi jika anda menggunakan tablet Windows dengan saiz skrin di bawah 10 inci, proses boot ke dalam Tablet Mode merupakan pilihan yang ditetapkan secara lalai.
11.   Rupa menu Start – Anda boleh menggunakan menu Start seluas skrin biarpun menggunakan tetikus dan mahu mengekalkan apps dengan tetingkap Metro. Caranya dengan membuka menu Start, dan tandakan butang “Expand Start” di sudut kanan / atas agar Windows 10 boleh meniru skrin Start dalam Windows 8 setiap kali anda menekan butang Start. Anda juga boleh menukar saiz menu Start dengan mengklik dan mengheret di atasnya dan tepi paling kanan.
12.   Ubah menu Start – Jika perlu, anda juga boleh mencipta menu Start sendiri. Ini tidak mustahil kerana Windows 10 menampilkan adunan antaramuka tradisional dengan Live Tiles. Contohnya anda boleh mengklik kanan pada sebarang jubin [tile] menu dan pilih Resize untuk mengubah dimensi tile seperti pada skrin Start yang ada dalam Windows 8.
13.   Ubah tetapan Mail Windows 10 telah dibina dengan apps Mail serta Calendar yang berkuasa, dan lebih baik berbanding apa yang ditawarkan dalam Windows 8. Apps ini pantas, lebih banyak ciri, dan lebih mesra tetikus. Lebih menarik lagi, Mail yang baru ini menambah pilihan boleh pilih yang membolehkan anda meletakkan tandatangan pada apps. Anda boleh menukar imej dalam ruang prebiu dengan imej pilihan anda, dan boleh mengkonfigurasi cara Mail berfungsi, contohnya membuat gerakan sapuan baru pada mesej. Bagi menetapkannya klik pada ikon di sudut bawah / kiri app itu dan pilih Option. Anda akan menjumpai semua pilihan gerakan di bahagian Quick Actions.
14.   Buang bahan lama – Apabila Windows 7 dan 8 yang sedia ada dinaik taraf kepada Windows 10, salinan sistem operasi disimpan dalam Windows 10. Tujuannya kalau-kalau anda ingin kembali kepada sistem operasi itu. Jika anda pasti tidak mahu kembali, anda boleh memadam folder itu untuk menuntut kembali kehilangan beberapa gigabait (GB) ruang yang digunakan. Caranya bukan semudah mengklik kanan folder itu dan memilih Delete. Sebaliknya cari pilihan “Free up disk space by erasing uneeded files”. Klik pintasan itu dan pilih pemacu keras utama anda (kalau anda memasang lebih daripada satu pemacu keras), dan dalam tetingkap yang muncul, klik pilihan “Clean up system files.” Selepas Windows berfikir beberapa saat, tandakan kotak “Previous Windows installations” dalam senarainya, kemudian klik OK untuk mengesahkan bahawa anda hendak mengedit  fail itu.
15.   Pengalaman pantas – Ingin melihat kemaskini terpantas dan terhebat sebaik sahaja Windows 10 sudah disediakan? Jika begitu, anda boleh untuk menyertai “Fast Ring” kelolaan Microsoft yang menawarkan peluang tersebut. Sebelum ini, versi Windows 10 Technical Preview juga menyertakan “Slow Ring” untuk orang ramai yang ingin mencuba sendiri OS itu, tetapi hanya selepas orang lain menghapuskan pepijat (bug) utama yang ditemui dalam kemaskininya. Cara menyertainya dengan pergi ke Settings > Update & Recovery > Windows Update > Advanced Options dan pilih sama ada “Fast” atau “Slow” daripada senarai menu di bawah “ Choose how preview  builds are installed.”


Info daripada : Majalah PC September 2015



Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, October 5, 2017

Tip keselamatan di taska


Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana;
  • Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
  • Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.
  • Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa dan selamat.
  • Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.
  • Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan dijaga di TASKA.
  • Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya.
  • Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi.
Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan keselamatan dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak. Mempunyai emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;
  • Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil
  • Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.
Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka. Peranan pengasuh pula;
  • Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak
Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang. Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA :-
  • Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui
  • Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
  • Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran
  • Mempunyai pagar keselamatan
  • mempunyai CCTV jika perlu
  • Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup
  • Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar
Keselamatan lokasi Taska:
  • Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk.
  • Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital, balai bomba dan balai polis.
  • Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan untuk beroperasi di sesuai

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, October 4, 2017

10 penyebab rambut gugur

  1. Badan manusia mempunyai sistem peredaran darah yang cekap untuk mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan. Namun atas sebab-sebab tertentu (seperti diet harian), ia boleh menyebabkan gangguan yang menghala pada kulit kepala sehingga menjadi tidak kuat. 
  2. Perubahan hormon yang tidak stabil dialami oleh wanita ketika mengandung, melahirkan anak dan menopaus boleh menjadi antara penyebab berlakunya keguguran rambut. 
  3. Keguguran rambut juga boleh diwarisi. Jika ibu bapa anda pernah berdepan dengan rambut gugur di usia muda, ada berkemungkinan anda juga akan menghadapi masalah yang sama. 
  4. Jangan memberi tekanan kepada rambut dengan menarik rambut terlalu kuat atau mengikat rambut terlalu ketat. Jika keadaan ini berterusan, ia akan membuatkan akar rambut lemah sehingga helaian rambut mudah gugur. Untuk menyuburkan rambut, lakukan urutan dengan kadar yang sesuai bagi meningkatkan pengaliran darah 
  5. Berhati-hati jika anda gemar melunturkan warna, mengerinting dan meluruskan rambut atau kerap menggunakan produk penggayaan rambut. Ini kerana ada sebahagian produk ini mempunyai bahan yang boleh menyerap sehingga ke akar dan akhirnya menyebabkan rambut mudah putus serta gugur. 
  6. Terlalu banyak berfikir sehingga menyebabkan stres juga boleh menyebabkan rambut gugur secara berlebihan. Ketika anda stres, semua otot di kulit kepala dan leher akan mengecut dan mengganggu peredaran darah ke kulit kepala. Perkara ini menyebabkan akar rambut tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen yang secukupnya. 
  7. Kerap menukar syampu juga boleh menjadi penyebab berlakunya tindakbalas pada kesihatan kulit kepala, lantas menyebabkan rambut mudah gugur. Pastikan anda menggunakan syampu mengikut jenis rambut yang anda miliki. 
  8. Membiarkan rambut terlalu lama tidak dibasuh boleh membuatkan rambut mejadi lembap dan berminyak. Apatah lagi jika terdedah dengan matahari, kulit kepala akan mudah berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh diserap oleh akar rambut yang membuatkannya lembap dan keguguran. 
  9. Gaya pemakanan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan hormon dalam badan menjadi punca berlakunya keguguran rambut. Amatlah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi untuk kesuburan rambut. 
  10. Terdapat juga sebahagian ubat misalnya ubat jerawat, kemurungan dan pil perancang boleh memberi kesan terhadap kesihatan rambutm selain membawa pengaruh terhadap tekstur dan warna rambut.

Continue Reading
No comments
Share:

Kolam renang terbesar dan tercantik


Resort San Alfonso Del Mar, Chile - Ini adalah kolam terbesar di dunia. Ia meliputi keluasan 8 hektar dengan isi padu 66 juta gelen air laut yang ditapis dengan menggunakan sistem berkomputer sekali gus berjaya mencatatkan dalam Guiness World Records sebagai kolam terbesar di dunia. 


Garden City, Kansas - Taman ' The Big Pool' di Garden City adalah kolam renang yang bersaiz lebih besar daripada padang bola sepak dan mempunyai tiga gelongsor air. 


El Campo, Texas - Ianya adalah kolam renang kediaman terbesar di dunia. Kolam ini direka untuk pasangan yang ingin menikmati percutian tropika. Kolam ini mempunyai kolam utama dengan keluasan 40,000 kaki persegi yang mempunyai 750,000 gelen air, enam air terjun, 500 kaki sungai buatan dan gelongsor air dengan ketinggian 21 kaki. 


Hotel Marina Bay Sands, Singapura - Kolam ini tersenarai sebagai kolam terbesar di dunia bukan hanya keluasannya semata-mata, namun ia juga disebabkan oleh keindahan pemandangan sekelilingnya. Kelebaran kolam ini adalah 150 meter dan hanya disediakan untuk tetamu hotel tersebut. 


Hanging Gardens, Ubud, Indonesia - Kolam ini adalah antara yang paling terkenal di dunia yang mana reka bentuknya adalah secara bertingkat dan menyediakan pemandangan hutan indah. 


Resort Laucala Island, Fiji - Resort ini mempunyai kolam privasi di setiap vila yang berkeluasan 2,000 meter persegi kolam. Kolam ini dibahagikan kepada tiga kawasan dan rekaannya yang lebih menarik adalah kiub kaca sepanjang 25 meter. 


Four Seasons Safari Lodge Serengeti, Tanzania - Walaupun ia bukanlah yang terbesar, tapi kolam renang ini masih memiliki saiz yang cukup besar. Apa yang menariknya mengenai kolam ini adalah ia dibina di kawasan yang lebih tinggi dan menawarkan pemandangan indah yang didiami oeh haiwan liar seperti gajah. 


Resort King's Pond At The Four Seasons, Hualalai - Kolam ini mengandungi 1.8 juta gelen air dan dindingnya diperbuat daripada batu lava semula jadi. Malah kolam ini turut mengandungi 3,000 ekor ikan tropika yang terdiri daripada 75 jenis spesis yang bebas berenang di dalam kolam ini. 


Resort Hayman Island, Australia - Ia adalah kolam yang mengandungi air masin dan juga air tawar dan kebesaran kolam ini adalah tujuh kali saiz kolam Olimpik. 


Oberoi Udaivilas, India - Kolam renang yang menakjubkan ini merupakan salah satu kolam renang terbesar di dunia untuk tetamu yang menginap di situ. Kolam renang ini menyediakan pemandangan yang sangat menakjubkan.

Continue Reading
No comments
Share:

8 khasiat buah kurma untuk kesihatan

Related image
Apabila sebut tentang buah kurma, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tetapi sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa buah kurma ini boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Apa yang pasti, bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung ataupun strok, buah kurma ini sangat sesuai dimakan. Terdapat lapan kesan baik yang boleh kita perolehi melalui pemakanan ini.

1) Kaya dengan zat besi 
Buah kurma ini kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak dan wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

2) Kurma mengelak cirit-birit (diarrhea)
Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

3) Kurma melegakan sembelit
Mampu melegakan sembelit, sebab itu anda disarankan untuk merendam beberapa biji kurma dalam air dan rendam selama semalaman. Minum air rendaman tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

4) Mengawal berat badan
Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.

Image result for dates

5) Mengimbangkan kolesterol
Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku. 

6)Menguatkan jantung
Kurma yang anda renam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.

7) Mengawal selia tekanan darah
Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

8) Mampu menghalang strok
Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok.  Jadi ambil lebih kurang 400mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi. 


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia