- Bil. Pengunjung = 251 orang
- Bil. Bahan Dipinjam = 55 buah
- Bil. Bahan Dipulangkan = 22 buah
- Bil. Bahan Dirujuk = 97 buah
- Bil. Pengguna Internet = 14 orang
- Pertanyaan Rujukan = 10 orang
JUDUL BUKU TERKINI
Thursday, March 31, 2011
Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Mac 2011
Continue Reading
Wednesday, March 23, 2011
TEKS UCAPAN
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEDUA BELAS (MAPPA XII)
PADA 22HB. MAC 2011 (SELASA), JAM 9:30 PAGI
DI DEWAN PLENARI
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC),
“KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB: MENUNAI JANJI, MELANGKAU JANGKAAN ”
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEDUA BELAS (MAPPA XII)
PADA 22HB. MAC 2011 (SELASA), JAM 9:30 PAGI
DI DEWAN PLENARI
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC),
“KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB: MENUNAI JANJI, MELANGKAU JANGKAAN ”
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
YB Menteri-Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan Ketua Setiausaha Negara, YB Timbalan-Timbalan Menteri, YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
YB Menteri-Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan Ketua Setiausaha Negara, YB Timbalan-Timbalan Menteri, YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian.
1. Alhamdulillah, marilah bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu dalam Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali kedua belas pada pagi ini.
2. Pertamanya, ingin diutarakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan selaku Ketua Setiausaha Negara serta YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kerana mengatur ruang dan kesempatan yang sungguh bermakna ini untuk saya berinteraksi dengan tuan-tuan dan puan-puan secara langsung seterusnya menyampaikan pandangan juga pesanan, sebagai pedoman dalam menggalas tanggungjawab kepada negara dan rakyat.
3. Mengawali ucapan, saya majukan kata-kata syabas kepada seluruh anggota perkhidmatan awam yang komited terhadap kerja serta prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010 yang lalu.
Sudah barang pasti, apa yang lebih membanggakan kita semua ialah kesetiaan dan kesungguhan para penjawat awam dalam memahami serta mendokong cita-cita kerajaan, sentiasa pula teguh berdiri sebagai tulang belakang pentadbiran, dalam apa jua
keadaan mahupun rintangan, sewaktu susah atau senang, dilanda mendung, panas mahupun hujan bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan. Semuanya disembah bakti
bagi membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat dan Malaysia.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
4. Ternyata demokrasi sebagai asas untuk sistem pemilihan kerajaan pasca merdeka oleh bapa-bapa kita adalah satu keputusan yang telah diabsahkan oleh sejarah sebagai sangat
tepat. Tambahan lagi, sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan telah mewujudkan kestabilan diperlukan kepada sebuah negara yang baru merdeka untuk tumbuh
membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
5. Seperti ramai maklum, dalam sistem demokrasi, yang kata asalnya merupakan gabungan istilah kuno tamadun Yunani iaitu “demos” dan “kratos” masing-masing membawa maksud rakyat dan kuasa. Ini bermakna, pengundi atau rakyatlah sebagai penentu kepada parti politik manakah yang akan membentuk kerajaan. Rakyat berhak membuat opsyen tersebut melalui
pilihanraya yang diadakan. Dalam konteks Malaysia, pilihanraya umum dijalankan dalam tempoh lima tahun sekali.
6. Apapun, demokrasi, sepertimana semua peraturan terdahulu yang telah dicipta manusia, ia bukanlah tataprinsip paling sempurna namun tidak ada siapa dapat menafikan bahawa ia
adalah sistem yang paling terbukti kebaikannya. Keberkesanannya dalam mengatur jurus kehidupan bernegara sangat terbukti kerana ia jelas mengambilkira fitrah manusiawi
dengan segala kekurangan dan kelebihannya.
7. Seperkara yang sangat menarik, begitu demokratiknya sistem yang diamalkan bukan sahaja kita tidak pernah memaksa pengundi memilih parti atau gabungan parti tertentu, kita juga
tidak pernah memaksa rakyat untuk mendaftar mengundi seperti amalan di beberapa negara lain atau sekalipun jua untuk membuang undi apabila tiba waktunya. Apa yang Kerajaan
lakukan hanyalah usaha-usaha bagi memupuk kesedaran. This is in fact the highest obligation demanded of citizenship that of to participate in the process of selecting the leaders and the
government.
8. Dalam hal ini, rakyat mendaftar mengundi apabila cukup usia mengikut undang-undang serta membuang undi memilih calon dan parti yang disukai apabila tiba masanya sebagai tuntutan
tanggungjawab sivik yang paling tinggi. Hakikatnya, ia adalah harga atau obligasi sebuah kewarganegaraan yang prihatin.
9. Persoalannya, apakah asas atau perkiraan yang biasa digunakan untuk memilih sesebuah parti atau gabungan parti untuk menjadi kerajaan yang memerintah? Jelasnya, kriteria atau
perhitungan utama adalah ideologi yang didokong, kewibawaan calon dan lakaran manifesto ke mana arah halatuju negara yang ingin dibawa melalui pelan jangka pendek, sederhana dan
panjang.
10. Namun, sudah lumrah a’lami insan apabila dipersonakan oleh pedagang-pedangan impian yang bijak menanam tebu dibibir,menyogok dan menyuguh dengan dokumen-dokumen janji
pelbagai corak, ada biru laut, ada hijau gelap, ada putih dan yang terkini jingga pulak warnanya. Semua itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sampai
kadangkala membuatkan segelintir terpegun hingga terpedaya bahawa kononnya ada tempayan emas di kaki pelangi. Bak kata orang putih “if it is too good to be true then it must be so”.
11. Di atas segalanya, beza kerajaan hari ini dan pihak lain dalam bab berjanji amatlah ketara. Kerajaan hari ini apabila kita mengaku untuk melaksana sesuatu, kita bukan sahaja akan
menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada malahan sebelum berjanji lagi kita akan memastikan bahawa apa yang dinyatakan itu bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambilkira semua aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang. Segala-galanya berlandaskan
falsafah induk “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.
12. Jadinya, beza parti bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab boleh disaksikan melalui janji yang dibuat kepada rakyat setiap kali menjelang pilihanraya. Parti yang bertanggungjawab tidak akan semberono mengaku untuk berbuat apa-apa pun yang tampak hanya bermanfaat dalam jangka pendek tetapi akan mendatangkan bala bencana kepada negara serta kesengsaraan kepada rakyat bukan sahaja dalam jangka panjang malah dalam masa terdekat pun sudah boleh dirasa kesan buruknya.
13. Pucuk pangkalnya, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membangkrapkan negara dalam jangka panjang. Pastinya lagi, parti yang bertanggungjawab tidak sekali-kali akan membenarkan maruah negara dikompromi atau dipertaruhkan. Pendek kata, kerajaan ini tidak sanggup menyaksikan apa yang telah dibina dengan bertatih dan jerih payah selama ini lebur musnah begitu sahaja.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
14. Sehubungan ini juga, kita tidak mahu melihat negara terpaksa bergantung kepada ehsan institusi kewangan antarabangsa seperti nasib yang menimpa sesetengah negara di dunia menadah tangan meminta-minta pada satu masa nanti hanya kerana kita ingin menjadi parti populis untuk seketika. Oleh itu, kita tidak akan mungkin membiarkan suatu hari kelak Malaysia berubah status dari negara industri moden berpendapatan sederhana tinggi menjadi sebuah “failed state” atau gagal akibat daripada ketidakbertanggungjawaban fiskal dan ketidaktelitian kewangan.
15. Kerana itulah, antara lain kerajaan telah melaksanakan dasar untuk merasionalisasikan subsidi. Secara prinsipnya, kita percaya subsidi adalah penting bagi golongan dan sektor yang
memerlukan. Namun begitu, kita mesti faham bahawa sumber kerajaan adalah terhad manakala permintaan pula sifatnya tidak berkesudahan. Justeru, untuk menjadi sesuatu faktor yang
positif, subsidi mesti dioptimakan dengan memberikannya kepada kumpulan dan sektor sasar yang benar-benar memanfaatkan rakyat dan negara. Maksudnya di sini, adalah tidak adil kepada mereka yang memerlukan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan, seandainya subsidi diberikan secara pukul rata tanpa mengira kemampuan.
16. Makanya, untuk memastikan disiplin fiskal terlaksana dengan berhemah, bukan sahaja perbelanjaan wajar dikawal malah sumber hasil juga harus ditingkatkan. Dari itu, adalah tidak
bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk memperkenalkan inisiatif-inisatif yang bersifat populis tanpa menjelaskan kepada rakyat apakah kos sebenar serta apakah
pula pelan dan rencana untuk membiayainya.
17. Dengan hanya mengatakan bahawa ia akan dibiayai semata-mata dari hasil penjimatan ketirisan bukanlah merupakan satu penjelasan yang telus dan yang sepatutnya, kerana ia tidak
menceritakan kedudukan sebenar yakni ia tidak menjelaskan secara terang kepada rakyat tentang keperluan sebuah kerajaan yang baik untuk menambah hasil dan mengelak daripada dilanda sindrom ketagihan sumber asli.
18. Oleh sebab itu, dalam membuat pilihan, berwaspada, berhati-hatilah, bukan semuanya sama. Janganlah mempertaruhkan masa depan anak-anak kita kepada tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Janganlah menukar harapan dengan kekusaman dan kebungkaman hari muka. Di persimpangan ini,para cerdik pandai dan orang tua-tua ada berpesan, kalau nak
memilih tempat berlabuh, pertama teluk kedua tanjung, kalau nak memilih pohon berteduh, pertama kukuh kedua menguntung.
19. Begitulah, dalam kehidupan bernegara, kita berada pada satu titik di garisan yang amat penting. Diantara masa depan yang lebih cerah dengan kemakmuran atau masa depan yang kelam dan kekurangan. Ini bukanlah masa untuk mencuba-cuba, ini bukanlah masa untuk bereksperimen, sebaliknya, ini adalah masa untuk terus berpegang dan berpaut kuat, dengan apa yang telah sedia terbukti dan teruji sejak sekian lama.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
20. Bertolak dari apa yang telah saya bicarakan tadi, sebaikmanapun rencana atau perkara dirancang oleh mana-mana kerajaan yangmemerintah, namun, perancangan akan tetap tinggal
perancangan tanpa dapat dimanfaati rakyat sekiranya tiada penjawat awam yang mampu melaksanakan semua dasar itu dengan cekap dan berkesan.
21. Oleh sebab itu, kita berbangga kerana, perkhidmatan awam Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik di dunia pada hari ini. Ia dibina atas landasan yang kukuh, dan seterusnya
dimajukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita bersama para anggotanya. Seperti yang kita tahu, semenjak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai perubahan dan pembaharuan telah
dilakukan untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih relevan dan berkeupayaan dalam menjunjung peranan bagi meningkatkan kecemerlangan negara dan kesejahteraan rakyat.
22. Syukur kepada Allah, formula dan usaha pertumbuhan sebelum ini telah berhasil membangunkan negara daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada pembangunan berteraskan perindustrian. Namun begitu, memasuki dasawarsa baru dan berhadapan dengan putaran ganas globalisasi, Kerajaan menyedari bahawa model pertumbuhan dan pembangunan
terdahulu, tidak lagi mampu untuk memacu negara menjadisebuah kuasa ekonomi maju, malah jika diteruskan juga akan hanya memerangkap negara kita dalam kelompok ekonomi
berpendapatan sederhana.
23. Sebetulnya lagi, jika ditinjau, perancangan penambahbaikkan pembangunan kerajaan yang ada, tidak sekadar bermula dua tahun yang lalu. Realitinya, ia satu usaha berkesinambungan. Ia
telah berlangsung apabila kerajaan pertama pilihan rakyat dibentuk, yakni, pasca pilihanraya tahun 1955. Usaha telah dirancakkan lagi apabila negara mencapai kemerdekaan dua
tahun kemudian, pada tahun 1957. Rentetannya dirangkumkan melalui, 2 Rancangan Malaya, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang dan hari ini, Model Baru Ekonomi, 8 Inisiatif Pembangunan Strategik, Program Transformasi Kerajaan dengan 6 NKRA serta Program Transformasi Ekonomi bersama 12 NKEA dan 131 Projek Titik Permulaan.
24. Kita juga mengambil keputusan untuk menambahbaik ekonomi negara bukan secara tempelan tetapi secara komprehensif dengan perubahan struktural dan pengukuhan institusi. Seperti saya sebutkan tadi, kita telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi dengan 8 Inisiatif Pembangunan Strategik. Bagi menjayakan maksud ini, antaranya memperkukuhkan sektor awam,mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing dan menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Kita bolehlah mengibaratkan Program
Transformasi Ekonomi sebagai sebuah kenderaan manakala 8 Inisiatif Pembangunan Strategik pula adalah sebagai sebuah lebuhraya yang dibina dengan begitu rapi dan baik, berpiawai,
tanpa becak-becak, tanpa lompang dan lopak, tanpa jongkang jongkit, jalannya lancar menyonsong fajar negara maju berpendapatan tinggi apabila tibanya tahun 2020.
25. Dengan ini juga, kita melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana secara keseluruhannya, inisiatif dan program-program yang telah dirancang di bawah 6 Bidang Keberhasilan Utama umumnya telah mula terlaksana dan menampakkan hasil yang
melangkaui jangkaan. Saya akan perincikan butir-butir pencapaian tersebut semasa Majlis Pelancaran Laporan Tahunan GTP pada 27hb Mac nanti.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
26. Pada sudut pandang yang lain, kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia semakin
tinggi. Ini boleh kita lihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2010 yang melebihi enam peratus dan prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup
tertinggi pada 7 Januari lalu iaitu 1,572 mata. Kita berharap agar ETP dapat meningkatkan daya saing ekonomi, sekaligus membantu negara mencapai pertumbuhan setinggi 6 peratus
setahun dan meningkatkan pendapatan purata penduduk kepada RM48,000 menjelang tahun 2020. Kejayaan yang ditempa sebelum ini, dan Insya-Allah yang bakal menyusul, adalah
dampak yang dicernakan menerusi pelbagai langkah proaktif transformasi ekonomi serta kemampuan jentera perkhidmatan awam melaksanakannya.
27. Kendatipun begitu, Kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan diperoleh menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara eceran atau berdikit-dikit. Justeru, transformasi ini memerlukan usaha bersepadu melibatkan sektor swasta, sektor awam dan masyarakat seluruhnya. Dalam aspek ini, sektor swasta perlu menjadi lokomotif yang deras memandu ke hadapan rantaian gerabak sektoral, melalui landasan pembangunan sosioekonomi yang telah dibina oleh kerajaan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
28. Kita sedar segala yang dicitakan hanya boleh diraih menerusi peta laluan komprehensif lagi bersepadu. Demi mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia,
memerlukan setiap sektor dan setiap pemain dalam sektor-sektor berkaitan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Saya telah katakan sebelum ini bahawa tahun 2011 merupakan tahun di mana kita akan mempertingkat momentum untuk melaksanakan agenda negara. Oleh itu penumpuan kita mestilah sepenuhnya mengarah kepada tujuan ini.
29. Jika kita mahu negara maju dan mencapai kejayaan, institusi perkhidmatan awam haruslah mendokong dan melaksanakan transformasi berdasarkan peta panduan yang diatur mengikut
jadual yang telah ditentukan. Justeru, saya menyeru supaya penjawat awam menjalankan tadbir urus dengan rapi dan sektor awam dapat menjadi pemudahcara yang cekap. Kebertanggungjawaban adalah pegangan yang seharusnya menjadi azimat setiap penjawat untuk memberikan khidmat sepenuh hati berasaskan budaya pencapaian tinggi.
30. Bertolak dari situ, saya ingin menyatakan dengan jelas dan mengumumkan bahawa dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan “value management” atau
pengurusan nilai. Kaedah pengurusan nilai ini perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek kerajaan bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi wahana
yakni alat pengurusan atau “management tool” bagi mencapai nilai untuk wang. Kita perlu menyoal assumption atau andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik
untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan. Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian.
31. Misalannya, semasa lawatan saya ke Sarawak dari baru-baru ini, pendekatan melaksanakan projek berimpak tinggi dengan kos yang munasabah telah digunakan dengan jayanya bagi menyelesaikan masalah penduduk. Contohnya, jalan penghubung di Ba’kelalan yang sekiranya dilaksanakan melalui kaedah biasa akan memerlukan peruntukan sebanyak RM400 juta telah dilaksanakan dengan kos RM50 juta sahaja. Perkara ini telah dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah Program “Jiwa Murni” Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia yang menggembleng tenaga anggota tentera untuk membina jalan dan peruntukan hanya disediakan untuk pembelian material serta sewa jentera. Apa yang mustahak adalah sesuatu khidmat atau projek itu mestilah diacuankan bagi memenuhi keperluan serta kehendak setempat tanpa berkompromi dengan piawai yang sewajarnya dan mustahaknya rakyat dapat menerima manfaat dengan segera.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
32. Pada pandangan saya, minda dan bakat terbaik tidak hanya boleh digamit atau dilambai menerusi ganjaran kewangan yang menarik, tetapi dengan menyediakan kepada mereka
pembangunan kerjaya yang mengujakan. Lazimnya, modal insan berbakat memerlukan inspirasi, bukan diarah atau disuap. Selalunya, seumpama bunga yang sedang menguntum kelopak, mereka ingin mekar tanpa dibatasi oleh kekangan hirarki atau diraut oleh belati tradisi. Mereka akan memilih persekitaran yang memberi peluang untuk meningkat ke mercu berteraskan potensi diri masing-masing. Mereka tidak akan tertarik dengan organisasi atau struktur perkhidmatan yang berlapis, sebaliknya cenderung kepada flat organisations. Oleh itu barangkali di sinilah cabaran sebenar perkhidmatan awam iaitu untuk menarah struktur
organisasi supaya lebih horizontal dan menganyam semula birokrasi supaya lebih luwes atau fleksibel.
33. Manakala pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa yang sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan lebih tinggi. Peluang ini dibuka untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.
34. Di samping mempamerkan komitmen kerja padu, terdapat juga penjawat awam yang turut bergerak aktif dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti positif yang menyumbang ke arah
kemajuan dan pembangunan organisasi, rakyat dan negara.Sehubungan itu, bagi mengiktiraf sumbangan di luar daripada kebiasaaan tersebut, selain daripada Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang, Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai pegawai awam yang selain berupaya menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan yang boleh mengharumkan nama organisasi, rakyat dan negara. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti di sepanjang tahun 2011 ini akan dinilai bagi tujuan tersebut.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
35. Kita masih terdengar suara-suara di kalangan sesetengah pihak bahawa perkhidmatan awam bersaiz agak besar, kurang responsif, birokratik, bercenderung kepada ketirisan serta
beberapa hal yang lain. Bagi mengubah tanggapan ini, kita perlu mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang cekap, efisyen, berproduktiviti tinggi, lebih kreatif dan inovatif dengan
mengutamakan pencapaian di mana setiap pelaburan dalam modal insan diguna sepenuhnya tanpa pembaziran.
36. Lantaran itu, lean civil service atau “perkhidmatan awam yang kejap” adalah ditafsirkan sebagai sebuah perkhidmatan awam yang mempunyai saiz penjawat awam mantap,
digembleng sepenuhnya untuk beroperasi ke arah mencapai matlamat perkhidmatan.
37. Sejajar dengan matlamat GTP ke arah perkhidmatan awam yang kejap dalam jangka panjang, kajian terperinci ke arah merasionalisasikan perkhidmatan awam akan dilaksanakan
bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi-fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan-jawatan kosong dan pemansuhan jawatan serta
pengagihan semula perjawatan ke agensi yang lebih kritikal.
38. Untuk itu, perkhidmatan awam perlu meruntuhkan mentaliti silo yang menyaksikan perbuatan berlumba-lumba mempertahankan medan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan
kesan yang negatif kepada kepentingan rakyat dan Negara.
39. Dalam kekangan mentaliti sebegitu, sebarang matlamat dan inisiatif program baru kerajaan akan lazimnya dituruti permohonan pertambahan sumber kewangan dan manusia. Kesan akhir mentaliti silo akan hanya menyebabkan pertindihan fungsi dan pembaziran. Mentaliti ini boleh ditukar melalui perubahan mindset yang didorong oleh kreativiti dan inovasi di
kalangan pelaku-pelaku utamanya.
40. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia. Apabila kerajaan menetapkan bahawa mengurangkan jenayah menjadi salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama di bawah Pelan Transformasi Kerajaan, walaupun datang dari dua perkhidmatan berbeza, mempunyai cara kerja, bidang kuasa, etos malahan corak memberi tabik hormat pun berlainan, namun demi
rakyat dan demi Malaysia mereka telah sanggup melampaui kepentingan perkhidmatan jangka pendek masing-masing.
41. Pihak ATM dan PDRM telah berjaya membentuk satu pakatan yang memecah tembok tadisional dan konvensional selama ini. Contohnya, kalau dulu kawalan sempadan juga menjadi
tanggungjawab Pasukan Gerakan Am tetapi hari ini setelah penubuhan Rejimen Sempadan Tentera Darat, fungsi ini telah berpindah kepada pihak Tentera Darat. Ini membolehkan
anggota-anggota PGA yang selama ini bertugas di sempadan, dialih guna untuk tugas pencegahan jenayah di kawasan-kawasan panas. Contoh kedua, kem-kem latihan ATM telah
dibuka kepada rekrut baru PDRM. Ini membolehkan pertambahan anggota PDRM dibuat tanpa pelaburan infrastruktur yang besar.Kesimpulannya, inilah hasil sinergi antara jabatan yang sangat menguntungkan. Inilah kejayaan aplikasi creative solution atau penyelesaian kreatif yang sungguh bijaksana.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
42. Selanjutnya, kajian semula pembangunan kompetensi anggota perkhidmatan awam dan rangka kerja kawal selia sedang dalam perencanaan. Dalam pembentangan Bajet Tahun 2011 pada 15 Oktober 2010 lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan yakni PTK dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai kepada penjawat awam menjelang Jun 2011.
43. PTK kini akan digantikan dengan satu penilaian baru yang lebih berfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan pegawai serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan penilaian ini relevan, menyeluruh dan sesuai dengan kehendak penjawat awam, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
44. Mengenai sistem pool yang turut saya bangkitkan dalam siri MAPPA yang lepas, satu Jawatankuasa Penilai Pemantauan Prestasi telah ditubuhkan bagi memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak teraniaya dimana elemen natural justice serta penilaian secara bebas lagi berkecuali diamalkan. Pegawai-pegawai berkenaan juga diberikan tugasan-tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka. Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
45. Integriti dalam memelihara amanah, komitmen menjalankan kewajiban dan ketegasan menegakkan keadilan sosial sewajibnya menjadi tunjangan perkhidmatan awam. Pada hemah saya, mahu tidak mahu, jati diri, falsafah dan aspirasi perkhidmatan awam hendaklah diperteguhkan pada tiap masa. Ke arah itu, “Berkhidmat Untuk Negara” bukan sekadar slogan yang dititipkan tanpa roh menerusi surat-menyurat rasmi, tetapi ia perlu dihayati dan dijelmakan dalam setiap tindakan penjawat awam.
46. Dalam memupuk integriti ini, kita sesungguhnya berasa sukacita apabila Dato’ Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed iaitu Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam etika perniagaan sepanjang tahun 2010 di atas pelaksanaan berterusan membanteras gejala rasuah. Tahniah diucapkan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
47. Sebagai tanda penghargaan kepada para penjawat awam yang telah berjasa, Kerajaan dengan ini membuat keputusan bahawa, berkuatkuasa mulai tarikh semasa, pesara Skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Sekyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka,layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma.Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara Skim KWSP ini, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah Skim KWSP yang telah dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun,ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.
48. Di samping itu, berkat usaha Kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak, sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuatkuasa mulai tarikh semasa juga, ganjaran akan
dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekaligus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran yang sebelum ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
49. Untuk menjayakan sebuah transformasi pastinya melibatkan perubahan, pembaikan dan pengukuhan kepada tiang seri institusi serta struktur perkhidmatan awam itu sendiri. Ertinya,
pertama: perubahan kepada mindset, kedua: pembaikan kepada sistem nilai dan ketiga: pengukuhan kepada gerak kerja. Bagi memenuhi hasrat tersebut, kajian semula Sistem Saraan
Malaysia sedang dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi. Untuk makluman, kajian komprehensif ini bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata, tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi. Pokoknya Perkhidmatan Awam negara ini mestilah mencapai tanda aras global.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
50. Ini adalah kali ketiga kita bertemu dalam majlis MAPPA semenjak saya memegang amanah sebagai Perdana Menteri. Dalam tempoh tersebut, Alhamdullilah, berkat muafakat dan berpegang kepada falsafah pemandu “Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan” kita telah dapat bersama-sama mengeluarkan negara ini daripada gelora ekonomi global dan meletakkan Malaysia di kedudukan seperti sedia ada.
51. Sememangnya, kejayaan yang dicapai bukanlah punya saya secara peribadi. Akan tetapi, Ia milik dan hasil kerja keras serta usaha gigih setiap kita, terdiri daripada anggota-anggota
pentadbiran, segenap penjawat awam sama ada pengurusan tertinggi, pengurusan profesional, mahupun kumpulan pelaksana.Inilah tuaian daripada kerancakan sektor swasta, tentunya juga
kesan komitmen padu oleh GLC dan GLIC.
52. Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kepada yang Maha Esa bahawa dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu ini,kita tetap berjaya menjana pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus pada tahun lalu. Ia melebihi kadar minima 6 peratus setahun yang disasar bagi merealisasikan Wawasan 2020.
53. Secara dasarnya, kita kini diambang awal transformasi nasional. Masih banyak lagi kerja ingin dibereskan, masih banyak lagi pembaharuan mahu diaturkan dan masih banyak lagi islah
hendak dilaksanakan.
54. Renungkanlah dalam-dalam disaat ini, adakah kita sedang mencipta sebuah negara yang aman damai, makmur, ikram dan ceria atau sekeping mayapada yang kucar-kacir, miskin dan
kontang? Pilihannya terletak di jemala masing-masing.
55. Beringatlah, bahawa apa yang dilakukan hari ini bukan sekadar terkesan kepada generasi semasa tetapi lebih utama ia bakal menentukan rupa wajah negara bangsa untuk dihakimi oleh
sejarah serta generasi mendatang. Kata orang: Usah dek inginkan menang sorak, kampung halaman sampai tergadai, Usah dek kerana kita leka bermain api, terbakar jiwa anak cucu
nanti, Usah dek kerana kelalaian memanfaat peluang, tersabung masa depan pewaris pejuang,
Pikullah tanggungjawab, junjunglah amanah,Demi rakyat, Demi Malaysia,Tinggalkanlah legasi yang bermakna sebagai bekal kepada mereka.
56. Semoga Allah SWT melimpah taufik dan memberi redha-Nya kepada perjalanan kita ini.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh. Terima kasih.
Saturday, March 12, 2011
1. Cacing menjadi ular naga.
Maksud : Orang hina menjadi orang mulia.
2. Cakak sudah, silat teringat.
Maksud : Perkara sudah selesai, baru terdengar keterangan atau sungutan.
3. Cakapan sejengkel, dibawa sehasta.
Maksud : Berlebih-lebihan dari hal yang sebenarnya.
4. Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
Maksud : Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
5. Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.
Maksud : Orang miskin yang hendak meniru perbuatan orang kaya.
6. Elok buruk dan busuk hanyir.
Maksud : Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
7. Elok lenggang di tempat datar.
Maksud : Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
8. Embacang buruk kulit.
Maksud : Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
9. Habis adat kerana kerelaan.
Maksud : Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau pendamaian.
10. Habis berkapak berganti beliung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(1243)
- ► August 2024 (2)
- ► April 2024 (153)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (360)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
▼
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ▼ March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...
-
1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa...
-
Pastikan penggunaan alat hawa dingin, lampu, semua peralatan elektrik, mesin fotostat, komputer dan semua suis ditutup selepas waktu pej...