MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, March 17, 2025

Program Perpustakaan ; Perkhidmatan Meja Ke Meja | Aktiviti Program Bulan Februari 2025


Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra. 

Program Perkhidmatan Meja Ke Meja anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, merupakan satu inisiatif yang menggalakkan budaya membaca di kalangan kakitangan jabatan. Melalui program ini, kakitangan diberi peluang untuk membawa buku-buku dari meja ke meja, sekali gus memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan memperluaskan bahan bacaan di tempat kerja. Dengan cara ini, para kakitangan bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, malah dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 26 hingga 27 Februari 2025. Ianya bermula di Aras 6, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan berakhir di Engine Bay, Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Setiap lokasi yang dilalui akan memberi peluang kepada kakitangan untuk menikmati pelbagai pilihan buku serta berbincang mengenai kepentingan membaca dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri.

Dengan sokongan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan, program ini diharapkan dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih cerdas dan produktif melalui budaya membaca yang lebih meluas.


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia