MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, October 29, 2015

Fakta menarik mengenai pasukan bomba dan penyelamat

 

  • Keanggotaan bomba di Amerika Syarikat adalah seramai lebih kurang 30,542 orang anggota dan seramai 26,942 jumlah tersebut adalah dari sukarelawan atau separuh masa sahaja.
  • Sekitar 1600an beberapa enjin jentera telah dicipta namun ianya tidak sesuai digunakan kerana cara kupling atau penyambungan yang tidak sempurna. Namun pada tahun 1690, John Lofting telah mencipta alat yang sesuai  untuk memasang hos ke sumber air atau jentera. Ianya juga dipertingkatkan penghasilannya dengan ciptaan pereka seperti Richard Newsham dan hinggalah 1900 Merryweather dan anaknya telah mecipta satu enjin yang sesuai bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran.
  • Penggunaan kuda untuk menarik jentera berenjin telah diperkenalkan pada 1832 di New York untuk menggantikan tenaga manusia sebelum itu. New York Mutual Hook And Ladder Company No. 1 adalah merupakan syarikat pertama yang menggunakan kuda sebagai penggerak untuk menarik enjin stim berjentera.
  • Loceng kecemasan telah diperkenalkan dan digunakan seawal tahun 1068 bagi memberi peringatan kepada penduduk dan orang ramai tentang bahaya kebakaran yang berlaku. Ianya diperkenalkan oleh William the Conquer pada waktu itu.
  • Penggunaan hos telah digunakan  seawal tahun 400 sebelum Masihi sebagai satu alat bantuan pemadaman dan ianya diperbuat daripada gumpalan bulu-bulu kerbau besar/seladang sebagai punca air utama pemadaman sebelum pengenalan kepada bekas takungan yang lain. 
  • Tahun 1736 merupakan tahun pertama seorang sukarelawan telah diterima masuk dalam jabatan bomba bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran yang berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat.
  • Pada tahun 1673,dua orang Belanda iaitu Jan Van Der Heiden dan anaknya telah mencipta hos yang sesuai dengan menggunakan kulit yang dijahit bersambung-sambung oleh tukang kasut.
  • Akhirnya pada tahun 1803 sebuah kilang membuat hos telah dibuka untuk memenuhi keperluan penggunaan hos bagi kes-kes kebakaran. Philadelphia Hose Company telah dibukabagi tujuan ini. Kemudian diikuti kilang-kilang lain seperti American Fire Hose Manufacturing Company di Chelsea dan Massachusetts ("first seamless cottons fire produced for steam fire engine").
  • Disebabkan ikatan penyambung antara kuda dan jentera agak merbahaya, popularitinya agak tenggelam sedikit sehinggalah Charles E Berry dari Jabatan Bomba Massachusetts pada tahun 1840an mencipta satu alat penyambung yang sesuai yang dipanggil hook harness menggantikan tali penyambung yang lama dan barulah penggunaan kuda ini kembali terkenal. 

Continue Reading
No comments
Share:

Mengenai Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia

SEJARAH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Pasukan kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan persatuan pasukan beruniform yang diterapkan di dalam kurikulum sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan semenjak 1989 setelah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dijadikan salah satu program ko-kurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. 

Sekolah pertama yang menganggotai pasukan kadet ini adalah Maktab Rendah Sains MARA Sultan Abdul Samad dari Negeri Sembilan pada 1985 dengan jumlah keanggotaan seramai 20 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang menyertai pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah sehingga tahun 2008 sebanyak 2084 pasukan ditubuhkan dari sekolah seluruh Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 79,920 orang.

Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah
  1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
  2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
  3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda and masyarakat.
  4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
  5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
  6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.

Keahlian
  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
  2. Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Had Umur
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,

Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.

Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa / penjaga.

Kelucutan Keahlian
  1. Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
  2. Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
  3. Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
  4. Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.

GARIS PANDUAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

 

PAKAIAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

 

LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X ) 

 

SUMBER : http://kadetbomba.blogspot.my ; http://www.bomba.gov.my

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, October 27, 2015

Permulaan Monsun Timur Laut dari Jabatan Meteorologi Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Konsep sastera


Konsep Sastera
  • Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan dalam bentuk bahasa.
  • Maksud Perkataan sastera :
i. Terbentuk daripada bahasa Sanskrit.
ii. Bermaksug huruf dan perkataan yang indah
Maksud Sastera
  • Sebuah hasil seni dan karya tulisan.
  • Dalam bentuk prosa dan puisi.
  • Bahasa yang indah.
Contoh Bahasa Sastera
Dinamik

  • Maksudnya : Mempunyai fikiran  yang mampu menyesuaikan dan menerbitkan sesuatu pembaharuan serta kemajuan yang dihubung kait dengan ilmu mekanik dan kecergasan. (Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga)
  • Contoh ayat : Pelajar pada hari ini perlu mempunyai sikap dan pemikiran  Imiginatif, Analitik, Praktik dan Dinamik untuk suasana ekonomi dan sosial dunia yang semakin pesat membangun serta memerlukan banyak tenaga kerja.

Continue Reading
No comments
Share:

TIPS PENJAGAAN UDANG GALAH



PENYEDIAAN KOLAM
  • Saiz kolam yang sesuai di Malaysia adalah antara 0.25 ekar - 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar 1 – 2 meter. 
  • Kolam yang terlalu cetek akan menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

PENGERINGAN
  • Kolam udang galah perlu didedahkan kepada cahaya matahari terik bagi membunuh pemangsa (ikan, belut dan serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).
  • Dedahan kepada cahaya matahari terik dan udara juga akan mempercepatkan proses perebutan organik bagi menyuburkan lagi tanah.
  • Jangka masa pengeringan biasanya antara 1 – 2 minggu. Jangka masa lebih lama diperlukan pada musim hujan atau kolam telah digunakan terlalu lama.

MERACUN
  • Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa).
  • Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake) dan daun tembakau. Untuk membunuh ikan lampam gunakan 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l diperlukan.

MENGAPUR
  • Tujuan – menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik agar tanah lebih subur.
  • Jenis-jenis kapur - Kapur abu panas (quicklime-CaO) – keberkesanan cepat tapi untuk jangka masa pendek. ; Kapur batu putih (lime stone-Ca(CO3)) – berkesan secara perlahan tapi jangka masa panjang. ; Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) – tindak balas cepat dan keberkesanan cepat hilang
  • Cara mengapur – menabur rata serbuk kapur di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan 1kg bagi setiap 10 meter.

MEMBAJA
  • Tujuan – untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. 
  • Baja yang biasa digunakan ; Baja organik – najis haiwan seperti ayam, itik, lembu, kambing. ; Baja kimia – triple super phosphate (TSP) digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu

PENGAIRAN
  • Air yang masuk ke kolam perlu melalui penapis halus bagi menghindari haiwan pemangsa masuk. 
  • Udang dilepaskan selepas seminggu air dimasukkan ke kolam.
  • Kadar tukaran air terbaik ialah seminggu ke dua minggu - ia mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa memerlukan alat pengudaraan. Namun jika air terlalu cepat dikeluarkan ia akan turut membawa keluar baja yang diperlukan untuk membentuk makanan semula jadi udang.
  • Alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air perlu digunakan jika tukaran air tidak dapat dilakukan. Peralatan ini digunakan untuk menambah oksigen dalam air terutama waktu malam.

PEMAKANAN
  • Makanan rumusan udang atau pellet sesuai diberikan kerana mengandungi protein yang tinggi (30 – 40%) dan zat-zat lain yang diperlukan udang serta tidak memberi kesan kepada air. Pemberian makanan adalah 2-3 kali sehari.
  • Namun udang masih memerlukan makanan semula jadi dari kolam. 
  • Peringkat pemberian makanan – Makanan awalan (starter) – bulan pertama – kedua. ; Makanan tumbesaran (grower) – bulan kedua – empat dan berikutnya. ; Makanan penamat (finisher) – sehingga dipasarkan.

PENTERNAK HASILKAN MAKANAN SENDIRI
  • Makanan udang boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos
  • Bahan-bahan – tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.
  • Makanan sampingan – kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya.
  • Mutu air kolam perlu dijaga agar tidak terlalu subur kerana boleh membunuh udang

PUNGUTAN HASIL
  • Tumbesaran udang bergantung pada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan.
  • Penjaringan boleh dimulakan selepas minggu ke empat dan seterusnya sehingga udang habis.
  • Kolam dikeringkan dan udang-udang yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam asing dan dibesarkan.

PENYAKIT DAN KAWALAN
  • Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.
  • Penyakit ini boleh dicegah dengan cara pengurusan air dengan baik dan elakkan kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

RAWATAN
  • Rendam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau 2 ppm nifurpirinol untuk 96 jam. 
  • Untuk penyakit yang disebabkan oleh bakteria berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stress. Cara merawatnya ialah dengan merendam 11-13 ppm Furozolidone selama tiga hari.

Sumber
Mega, Utusan Malaysia (13-06-2011)

Continue Reading
No comments
Share:

MITOS MENGENAI SANTAN KELAPA - MARDI

Oleh: Kamariah Long (PhD)
Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI

Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak.  Antaranya ialah jenis makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK ditunding sebagai salah satu puncanya.Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan  SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.

Sebagai seorang profesional yang terlibat dalam penyelidikan kelapa, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS terhadap santan kelapa. Saya merasakan begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT. Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu memberikan pendapatnya semasa  wawancara  berita  TV3. Beliau menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya.  Sehingga kini mitos santan kelapa masih berterusan.

Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia. Malah ketika saya menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta, saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan  kelapa  dikatakan mengandungi kolestrol  yang tinggi. Walau bagaimanapun, analisis saintifik  mendapati  kolestrol dalam santan kelapa adalah  tersangat rendah  berbanding lemak dari sumber  lain, terutamanya  haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa.

Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak  haiwan.

Jadual 1:  Kandungan kolestrol dalam minyak

Sumber minyak  Kandungan kolesterol (mg/kg)
Minyak kelapa  5-14
Minyak bunga matahari  8-44
Minyak isi rong sawit  9-40
Minyak sawit  13-19
Minyak soya  20-35
Minyak biji kapas  28-108
Minyak jagung  18-95
Minyak biji rape  28-108
Lemak haiwan 
Beef tallow  800-1400
Mentega  2200-4100
Lemak babi  3000-4000
(Sumber: Inform Vol 13, 2002)

Persoalan  kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik  mengenai kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja  santifik berkaitan  perkara  ini.  Jika demikian, bagaimana  santan  sebegitu dicemuh sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung.

Santan kelapa mempunyai kandungan  lemak tepu yang tinggi dan  boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa  mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. 

Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada  wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika  Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.

Kempen anti-minyak tropika dan  Program Piramid Makanan (Food Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika  Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA). ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi.  Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.

Akibat dari kempen  tersebut, penduduk  AS  telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam  diet mereka. Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and Nutrition Examination Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS.

Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa musibah kepada penduduk AS. Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan  asid lemak perlu (essential fatty acids)  yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003).

Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari  mengandungi  asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi.  Tubuh manusia akan menukar asid linolenik  kepada asid arakidonik (C20:4, ?6).  Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma sel-sel badan.  Bila  diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi.  Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic).

Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan).  Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-?3 dan omega-?6.

Prostaglandins yang dihasilkan  secara berlebihan  menyebabkan  keradangan seterusnya  penyakit kronik kepada rakyat AS. Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.  Asid  trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi.  Asid ini terbentuk semasa proses  penghidrogenan (hydrogenation process). 

Proses penghidrogenan  ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak  kacang soya, jagung dan bunga matahari  pepejal atau lemak pada suhu bilik.  Gas hidrogen ditambah semasa  proses ini untuk menukarkan minyak kepada  lelemak.  Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak. Marjerin dan  lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan sebagainya.

Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari  penggunaan asid trans ini.  Pada Januari 2006, FDA  telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang dihasilkan.
Terdapat  beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat.Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans.

Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam. Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai karbon pendek (C  4:0-C  6:0), sederhana (C  8:0-C  12:0) dan panjang (C  14:0 >). Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride,  MCT).  Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun.

Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang terhasil dari  asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga segera.

Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari  sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan.  Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan.

Sejak kebelakangan  ini pula  terdapat banyak pengusaha kelapa mendapatkan  santan untuk dijadikan minyak kelapa dara.  Minyak kelapa dara mengandungi  pelbagai khasiat  kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi.  Meminum santan sama seperti meminum minyak kelapa dara.  Dua  sudu besar minyak kelapa dara  (30 ml)  menyamai  setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa dara banyak tersebar, terutama  dalam  internet.  Penulisan khusus mengenai perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.

Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar.  Setiap khazanah alam anugerah Allah  SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa juga perkara.

Continue Reading
No comments
Share:

Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan


Pernahkah anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah anda mengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiub ubat-ubatan yang anda gunakan? Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selain komponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahan campuran lain. Contohnya, bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif. 

Apakah Aditif 
Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu. 


Apakah Jenis-Jenis Aditif Dan Mengapa Aditif Perlu Dicampurkan Ke Dalam Makanan dan Ubat-ubatan? 
Aditif boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan penggunaannya. 
  • Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yang bahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya boleh wujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkan sediaan vitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentuk emulsi. Sediaan ini tinggi kekonsistenannya dan lebih sedap dimakan. 
  • Agen-agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin pula memberi makanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut. 
  • Agen penghalang kerak memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gula sentiasa berberai. 
  • Aditif juga bertindak mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya, vitamin dan bahan galian dicampurkan ringan seperti susu. tepung, bijirin dan marjerin bagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang. 
  • Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuan pengawetan mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawet seperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makanan berasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitu mikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan. 
  • Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak dan minyak di dalam sediaan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini juga digunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agen antioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang. 
  • Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek dan roti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentuk kek, roti dan biskut yang dibakar. 
  • Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik (monosodium glutamat; MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanan dan ubat-ubatan. 
  • Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muih dan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut. Contoh bahan pewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan roti. 
  • Agen peluntur dingunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar dan ubat-ubatan yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan. 
Bagaimana Penggunaan Aditif Dikawal? 
Oleh kerana aditif digunakan di dalam makanan dan ubat-ubatan dengan meluas, maka kawalan ketat terhadap penggunaannya amat penting sekali. Akta Makanan 1983 (Undang-undang Malaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan memastikan bahawa hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan di dalam sediaan makanan dan minuman. Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh garis panduan yang terkandung di dalam amalan pengilangan baik atau GMP, peraturan-peraturan penyediaan yang terdapat di dalam farmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan keperluan pendaftaran yang diperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Bagaimanakah Kegunaan Aditif Diluluskan Pihak Berkuasa? 
Pertama sekali, aditif mestilah mampu memberi kesan seperti yang diharapkan terhadap makanan dan ubat-ubatan. Kajian-kajian menggunakan haiwan perlu dilakukan bagi memastikan bahawa pengambilan aditif, sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang, tidak menjejaskan kesihatan atau mencetuskan penyakit. Walaupun kepastian mutlak bahawa sesuatu bahan aditif adalah selamat tidak mungkin diperolehi, namun maklumat daripada kajian terhadap haiwan boleh menjadi asas yang kuat bagi mendapatkan kelulusan penggunaanya. 

Dalam pada itu, permonitoran atau kawalan semasa terhadap bahan-bahan aditif yang diluluskan sentiasa dilakukan dengan meninjau sebarang laporan tentang kesan mudarat atau kesan sampingan berkaitan bahan tersebut. Bukti kukuh tentang kesan bahaya sesuatu bahan akan dijadikan asas pengharaman penggunaannya. 

Contohnya, baru-baru ini kerajaan telah mengharamakan penggunaan nitrofuran sebagai salah satu aditif yang digunakan dalam industri penternakan, terutamanya ayam. Banyak laporan dari beberapa buah negara maju yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna. 

Aditif sulfit pula yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawet buah- buahan kering dan sayur-sayuran, telah didapati boleh membahayakan sesetengah pengguna yang alah terhadap bahan ini. Kes-kes kejutan yang membawa maut dan serangan lelah teruk membuktikan betapa bahaya bahan ini. Justeru itu, sulfit diharamkan penggunaanya untuk tujuan di atas. Demikian juga dengan penggunaan asid benzoik di dalam cili boh. Kandungan asid yang berlebihan di dalam sediaan cili boh telah mengganggu kesihatan ramai pengguna. Dengan itu, kerajaan telah mengarahkan supaya bahan ini digunakan secara berhati-hati. 


Adakah Aditif Semula Jadi Lebih Selamat Daripada Aditif Sintetik? 

Aditif semula jadi diperolehi daripada sumber-sumber asli, contohnya lesitin daripada kacang soya dan jagung atau serbuk pewarna bit daripada lobak bit. Aditif sintetik pula dihasilkan melalui tindak balas kimia. Ketulenan aditif sintetik mudah dikawal semasa pembuatan atau pengilangannya. Sebenarnya aditif sama ada semula jadi atau sintetik adalah bahan kimia. Vitamin C atau asid askobik semula jadi di dalam sebiji buah oren, umpamanya sama sahaja dengan Vitamin C yang dihasilkan di dalam makmal kimia. Jadi aditif semula jadi tidak semestinya lebih selamat daripada aditif sintetik. 


Apakah Aditif Yang Dikaitkan Dengan Kesan-kesan Sampingan Yang Kurang Menyenangkan Dan Adakah Kesan-kesan Ini Mampu Menjejaskan Kesihatan? 

Antara aditif yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang kurang selesa ialah pewarna FD&C Yellow No.5 atau tartazin. Tartazin (E102)dilaporkan menyebabkan gatal-gatal kulit yang amat sangat (urticaria) serta pembengkakkan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan. 
Namun demikian, didapati hanya segelintir populasi yang alah terhadapnya iaitu kurang daripada 0.01 peratus. Oleh sebab itu, penggunaan tartazin masih dibenarkan. Namun demikian, kewujudan tartazin dalam makanan atau ubat-ubatan mestilah disenarikan pada label sediaan-sediaan tersebut, agar mereka yang alah terhadapnya dapat mengelak daripada memakannya. 

Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperolehi bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja. 

Pengaruh kesan hiperaktif bahan-bahan tersebut terhadap pengguna belum dapat dibuktikan sepenuhnya setakat ini. Malah sebuah panel perkembangan kanak-kanak Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa tiada kaitan pengambilan aditif dengan kes-kes hiperaktif remaja. 

Aditif yang sering mendapat perhatian ramai ialah serbuk perasa monotorium glutamat (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG diperolehi daripada kanji, gula, jagung, tebu datau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. 

Kesan- kesan ini digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG kerap kali digunakan di dalam masakan dan hidangan kaum Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan Sindrom Restoran Cina disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan. 

Sebagai kesimpulan, pada zaman teknologi makanan dan farmasi yang canggih sekarang, penggunaan aditif dalam makanan dan ubat-ubatan bukan sahaja menjadi satu kebiasaan, malah kemestian bagi memastikan sediaan-sediaan tersebut tahan lama, menarik dan juga berperisa. Sehingga hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000 bahan kimia yang dibenarkan digunakan sebagai bahan aditif yang dicampurkan ke dalam sediaan makanan dan ubat-ubatan bermula daripada tahap pengeluaran, pemprosesan, rawatan, penyediaan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut.. 

Walaupun jumlah bahan kimia yang diberi kelulusan untuk digunakan sebagai bahan aditif makanan dan ubat-ubatan adalah agak besar, namun ahli sains, ahli farmasi dan ahli teknologi makanan berpendapat bahawa secara umumnya, bahan-bahan ini tidak mendatangkan kesan sampingan buruk atau mencetuskan penyakit merbahaya seperti barah kepada pengguna. 

Hanya segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah bahan aditif terdedah kepada bahaya penggunaannya. Pengguna yang alah dinasihatkan berbincang dengan pakar perubatan tentang aditif-aditif yang perlu mereka hindari. Justeru itu, kes-kes alahan teruk yang dicetuskan oleh aditif dapat dielakkan sekiranya sediaan-sediaan makanan dan ubat-ubatan dilabel dengan jelas dan sempurna. 


Sumber : Dr. Abu Bakar Abdul Majeed 
www.prn2.usm.my

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, October 26, 2015

Sistem Kewangan Islam


Prestasi industri perbankan Islam terus bertambah kukuh pada tahun 2005. Pada akhir tahun itu, aset berlandaskan Islam mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 17.7% kepada RM111.8 bilion dan jumlah itu mencakupi 11.3% daripada jumlah aset keseluruhan sistem perbankan. Bahagian pasaran deposit dan pembiayaan berlandaskan Islam juga meningkat masing-masing kepada 11.7% dan 12.1% daripada jumlah industri. 

Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran. 

Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa sistem kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan keinstitusian peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewangan dan rangka kerja penyeliaan terus diperkukuh untuk mencapai objektif seperti yang terkandung dalam fasa kedua PISK. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. 

Selain itu, subsidiari Islam bagi tiga kumpulan perbankan domestik telah memulakan operasi dengan memanfaatkan sepenuhnya kefleksibelan beroperasi yang diberikan oleh lesen perbankan Islam. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran. 

Bank Negara 
Bank Negara Malaysia terus memantau pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Syariah berikutan pengeluaran GPS1, berkuat kuasa pada 1 April 2005. Dalam membangunkan dan menggalakkan dinamisme dan penyatuan Syariah di peringkat antarabangsa, Bank Negara Malaysia melaksanakan dua inisiatif penting pada tahun 2005. Inisiatif pertama ialah Dialog Cendekiawan Syariah yang berlangsung pada 22 – 23 Jun 2005, di Kuala Lumpur dan inisiatif kedua ialah penubuhan Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam berjumlah RM200 juta. 

Bersempena Mesyuarat Lembaga Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Islam ke-30, yang diadakan di Malaysia, seminar mengenai Pelan Induk Ke - 10Tahun Industri Perkhidmatan Kewangan Islam telah berlangsung pada 22 Jun 2005 untuk menggariskan hala tuju industri perkhidmatan kewangan Islam sedunia. Ia menyediakan platform untuk membincang dan menyediakan asas bagi pembangunan pelan induk yang akan menggariskan rangka tindakan dan arah tuju strategik bagi pembangunan berterusan industri perkhidmatan kewangan Islam sejagat. 

Pusat Kewangan Islam Antarabangsa 
Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula. 

Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan sistem kewangan Islam. 

Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) 
Jumlah pinjaman terkumpul institusi kewangan pembangunan (IKP) berkembang 25.8% kepada RM47.5 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM37.7 bilion). Pertumbuhan pinjaman didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam pembiayaan bagi kredit penggunaan dan pinjaman yang diberi untuk projek infrastruktur. Sementara itu, pemberian kemudahan jaminan dan insurans kredit meningkat 12.4% kepada RM4.8 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM4.3 bilion), disebabkan sebahagian besarnya oleh kenaikan dalam jaminan yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). 

Pada tahun 2005, dasar tertumpu pada dua bidang umum, iaitu memperkukuh kapasiti dan keupayaan IKP dan menambah baik rangka kerja kehematan untuk mengukuhkan operasi IKP. Tahun 2005 menyaksikan pencapaian penting dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi IKP. Usaha rasionalisasi yang melibatkan empat buah IKP telah disempurnakan pada tahun 2005 dan membawa kepada penubuhan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dan penggabungan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan Malaysia Export Credit Insurance Berhad. 

Sementara itu, Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad telah distrukturkan semula dan diberi nama baru, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk mencerminkan tumpuan barunya. Usaha rasionalisasi itu merupakan inisiatif penting untuk menjajarkan semula aktiviti IKP ke arah mempertingkatkan tumpuan strategik dan perniagaan mereka. Di samping itu, pelan tindakan yang khusus telah dirangka untuk SME Bank, Bank Pertanian Malaysia dan EXIM Bank untuk mempertingkatkan kecekapan dalam memberikan khidmat nasihat kepada PKS. 

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan prestasi Bank Pertanian Malaysia dalam melaksanakan peranan yang di mandat, inisiatif untuk memperkukuh peranannya dalam mempertingkatkan akses kepada pembiayaan bagi sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian juga diperkenalkan. Bagi memastikan operasi IKP dilaksanakan secara berhemat, efektif dan efisien, Bank Negara Malaysia menumpukan usahanya untuk mempertingkatkan standard tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan kecekapan operasi IKP. 

Continue Reading
No comments
Share:

Pengurusan Sistem Perbankan


Teras utama langkah-langkah dasar pada tahun 2005 terus tertumpu pada peningkatan daya saing institusi perbankan domestik dan pengekalan daya tahan sektor kewangan. Dalam hal ini, usaha ditumpukan bagi meningkatkan keefisienan struktur dan operasi institusi perbankan serta memperkenalkan rangka kerja penyeliaan berhemat dan pengawasan penyeliaan yang lebih dinamik serta infrastruktur pengawasan yang lebih efektif dan komprehensif. Inisiatif dasar utama lain termasuk memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan bagi semua segmen ekonomi dan memperkukuh infrastruktur perlindungan dan pendidikan pengguna. Inisiatif ini mencerminkan teras utama Fasa Kedua Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) untuk mengangkat prestasi keseluruhan sektor kewangan. 

Pada tahun 2005, landskap kewangan terus mengalami perubahan struktur. Kesemua sepuluh kumpulan perbankan domestik sudah menyempurnakan perasionalan perniagaan perbankan perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing menjadi satu entiti tunggal. Satu lagi inisiatif strategik penting untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan kumpulan perbankan domestik menyumbang kepada transformasi ekonomi dan menghadapi cabaran liberalisasi ialah pembangunan bank pelaburan sepenuhnya melalui penggabungan antara bank saudagar, syarikat broker saham dan syarikat diskaun. Had pemilikan asing dalam bank pelaburan juga dinaikkan kepada 49%. 

Penerapan secara beransur-ansur persaingan yang lebih sengit dalam pasaran menjadi pemangkin ke arahpeningkatan prestasi institusi perbankan domestik. Sehubungan dengan itu, kefleksibelan operasi diberikan kepada institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia (LIFB) untuk menubuhkan sehingga empat cawangan tambahan pada tahun 2006. Ini merupakan langkah pertama dalam pendekatan berperingkat bagi liberalisasi pembukaan cawangan untuk membenarkan penyertaan LIFB yang lebih aktif dalam sektor kewangan. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan lebih kefleksibelan dan pilihan kepada institusi perbankan untuk mengurus pendedahan mereka serta mengagihkan sumber dengan lebih efisien dan efektif, institusi perbankan diberikan kefleksibelan untuk menjual langsung NPL mereka kepada pihak ketiga yang layak atau membeli NPL daripada institusi perbankan lain. 

Perhatian yang sewajarnya terus diberikan ke arah memastikan elemen asas sistem kewangan yang selamat dan kukuh kekal tidak terjejas. Elemen asas ini termasuk mempunyai rangka kerja pengawasan dan pemantauan yang komprehensif dan efektif, wujudnya peraturan kehematan dan pengawasan penyeliaan yang mantap dan dinamis serta mempunyai infrastruktur kewangan yang efisien dan jaringan keselamatan kewangan yang boleh diharap. Dari segi pengawasan, usaha terus ditumpukan ke arah mempertingkatkan kekukuhan pengawasan dan penilaian daya tahan keinstitusian dan sistematik. 

Sejajar dengan langkah ke arah rangka kerja penyeliaan ‘berasaskan prinsip’, tanggungjawab yang lebih besar diletakkan di bahu pemegang saham dan lembaga pengarah institusi perbankan untuk memastikan operasi yang kukuh dan selamat bagi institusi mereka. Untuk memimpin sektor perbankan ke arah matlamat ini, garis panduan tadbir urus korporat telah disemak dengan memberi penekanan yang lebih penting terhadap pengawasan lembaga pengarah, peranan pengarah bebas dan pengasingan yang jelas antara pengurusan dengan pemegang saham institusi perbankan. 

Pelaksanaan Basel II di Malaysia 
Pelaksanaan Basel II di Malaysia, menunjukkan bahawa sebahagian besar institusi perbankan tidak melihat sebarang masalah yang besar untuk menerima pakai kaedah standard pada tahun 2008, selain penambahbaikan sistem. Hasil kajian penilaian jurang yang dikendalikan oleh institusi perbankan bersama dengan hasil perbincangan dua hala akan digunakan sebagai input dalam perumusan panduan penyeliaan terperinci dalam menerima pakai kaedah yang berbeza di bawah Basel II. Selain inisiatif Basel II, usaha diteruskan bagi memperkukuh amalan pengurusan risiko industri. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Rangka Kerja Kecukupan Modal Risiko Pasaran, yang berkuat kuasa pada bulan April 2005, merupakan anjakan penting ke arah menyediakan secara eksplisit modal penyeliaan bagi kerugian yang bakal timbul akibat aktiviti yang mendedahkan institusi perbankan kepada risiko pasaran. 


Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 
  • Penubuhan PIDM pada bulan September 2005, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina asas bagi perlindungan pengguna yang efektif. PIDM beroperasi menyediakan perlindungan eksplisit berjumlah sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota. 
  • Pembubaran Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) pada bulan Disember 2005 menandakan kejayaan menyempurnakan bab terakhir dalam usaha penstrukturan semula sektor kewangan yang dilaksanakan selepas krisis kewangan Asia. 
  • Secara keseluruhan, kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam penstrukturan semula sektor kewangan melalui Danaharta dan Danamodal Nasional Berhad mencakupi 2.5% daripada KDNK negara. 
Sistem Pembayaran Efisien 

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia memperhebat usaha untuk membangunkan dan menambah baik infrastruktur sistem pembayaran selaras dengan matlamatnya untuk memastikan sistem pembayaran yang efisien, boleh dipercayai dan selamat. Usaha-usaha tersebut termasuk menubuhkan mekanisme ‘pembayaran semasa pembayaran’ untuk mengurangkan risiko penjelasan pertukaran asing antara bank dan memperkenalkan sistem pemangkasan cek untuk mengurangkan pengendalian cek secara fizikal dan kos berkaitan lain. Dalam usaha menambah baik keselamatan kad kredit dan ATM, institusi perbankan telah berjaya menyempurnakan pemasangan terminal berasaskan cip pada tahun 2005, menjadikan Malaysia Negara pertama di rantau ini yang menyempurnakan pelaksanaan perpindahan cip di seluruh negara. 

Pelaksanaan perpindahan cip dilengkapkan dengan pelaksanaan talian dipersulitnya atau line encryption untuk menghalang penipuan dalam talian, seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna, peniaga dan pelancong melakukan pembayaran menggunakan kad di negara ini. Dalam usaha menambah baik tahap akses bagi perkhidmatan pengiriman wang, institusi bukan perbankan yang layak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang, sementara institusi perbankan dibenarkan melantik ejen pemungut untuk memudahkan urus niaga pengiriman wang. Untuk menggalakkan perpindahan kepada pembayaran secara elektronik, Bank Negara 

Malaysia telah mengadakan forum dan pameran sistem pembayaran yang luas liputannya di negara ini pada bulan November 2005. Ia menyediakan platform untuk membincangkan isu dan cabaran dalam perpindahan kepada pembayaran secara elektronik dan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai saluran pembayaran, produk dan inovasi.

Continue Reading
No comments
Share:

Budaya Melepak


Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak.

Punca wujudnya budaya lepak

* Sikap ibu bapa
Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.

*Pengaruh rakan sebaya 
Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. 

*Pengaruh media massa dan eletronik 
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.

Tempat Melepak

Kita dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti pusat membeli-belah, pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber merupakan tempat berkumpulnya kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan pelbagai pendapat, cadangan dan perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga perlakuan remaja menjadi sebagai budaya lepak. 

KesimpulanAktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapayang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup.


Dipetik daripada:

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, October 23, 2015

Budi Bahasa Budaya Kita


Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa
·         Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
·         Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
·         Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
·         Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
·         Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
·         Merokok di kawasan larangan merokok ialah 
·         kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman Ikhlas
Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.
Beberapa pakar  berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas Pertama
Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.

Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat  Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama
Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia.   Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai Murni
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.


Aktiviti Yang Dijalankan
1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
Kini  kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita. Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Pantun Budi
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati


Disunting dari :   Akhbar Utusan Malaysia ;
                             Dewan Bahasa dan Pustaka

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia