Friday, July 14, 2017

Sipnosis buku : Pelan Tindakan Kecemasan Keretapi

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my


Disediakan oleh : Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Sipnosis
Pembangunan ekonomi yang berkembang pesat dan maju dengan kewujudan bandar-bandar baru telah menjadikan perkhidmatan keretapi merupakan perkhidmatan darat utama untuk perkhidmatan penumpag di seluruh negara yang menghubungkan laluan bandar dan antarabandar kerana kesesakan lalulintas. Di bandar-bandar kependudukan tinggi kemudahan awam sedemikian amat mudah, selesa dan cepat ke destinasi rutin aktiviti harian yang menjadikan pertambahan bilangan tren-tren dan kekerapan laluan tren-tren serta kemudahan Sistem Elektrifikasi Tren. 

Pelan Tindakan Kecemasan Keretapi ini direkabentuk untuk penyelarasan dan penyeragaman command and control dan tindakan awal yang perlu diambil semasa menerima panggilan, semasa di tempat kejadian  dan selepas operasi. Pelan ini adalah penting dan mesti diketahui dan difahami untuk panduan dan rujukan bersama dan hendakalh dikaji  dan diperbaiki secara berkala supaya ianya bersesuaian dengan keperluan semasa.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Thursday, July 13, 2017

Sipnosis buku : Fire Department Strategic Planning. Creating Future Excellence 2nd edition


Pengarang : Mark Wallace
Terbitan Bersama : Penwell Corporation, Fire Engineering
ISBN : 978-1-59370-003-4

Sipnosis
Successful fire service leaders know that a fire department that isn't moving forward is dying or, at least in danger of dying. In this second edition, author Mark Wallace succinctly point out that if you don't know where you're going, any road will take you there. Fire department that know where they are going, know the environment in which they must operate, and have identified how to get there have the best chance of achieving their goals and desires. These concepts from the foundation of strategic planning. They challenge fire chiefs to escape from the typical operational thinking, to begin strategic thinking and the ultimately to manage their organizations strategically.

Readers will learn about the strategic planning process and why each of the steps in the process is critical if the plan is to succeed. More importantly, while the strategic planning process may be thought of as extremely complicated this book removes the mystery that some think of when considering strategic planning by providing timely advice and easy to use tools to assist in the strategic planning process.

Sipnosis buku : Manual Operasi Pemadaman Kebakaran Hutan Dan Tanah Gambut

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Disediakan Oleh : Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan
Terbitan :  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Sipnosis 
Manual ini disediakan sebagai panduan yang digunapakai oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dalam tindakan operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut.

Sipnosis buku : Guide To Fire Protection In Malaysia

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my


Author : Dato' Hamzah Bin Abu Bakar
ISBN : 983-808-095-0
Publisher : The Institution Of Fire Engineers


Sipnosis 
This book entails design concepts, standard and code, guidelines, charts, diagrams and illustations, system check list, testing and commissioning check lists which are very comprehensive for any fire safety engineering professionlas fire officers and industrial players.

Sipnosis buku : Guide To Fire Protection In Malaysia

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Chef  Editor : Prof. Datuk Soh Chai Hock
Terbitan Bersama : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institution Of Engineers Malaysia (IEM), Association Of Consulting Engineers Malaysia (ACEM), Institution Of Fire Engineers (UK) Malaysia Branch (IFE), Malaysian Fire Protection Association (MFPA)
ISBN : 983-808-095-0
Harga : RM60

Sipnosis 

This book entails design concepts, standard and code, guidelines, charts, diagrams and illustations, system check list, testing and commissioning check lists which are very comprehensive for any fire safety engineering professionals fire officers and industrial players.

Sipnosis buku : Panduan Keselamatan Kebakaran Di Rumah

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Teks Buku Disediakan Oleh : Jawatankuasa Induk Kempen Mencegah Kebakaran, JBPM
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
ISBN : 983-40831-1-4

Sipnosis 
Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat serta kesedaran kepada masyarakat mengenai pencegahan kebakaran. Setiap kebakaran yang berlaku akan mengakibatkan kemusnahan harta benda, malah mungkin juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu, masyarakat perlu dididik supaya bersedia dan mampu menghadapi bencana ini.

Buku ini mengandungi pebagai pengetahuan asas tentang kebakaran, di samping memaparkan kaedah-kaedah mencegah kebakaran serta panduan bagi menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran.

Sipnosis Buku : Sejarah Bermulanya Wira Merah

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Penyunting : PKPjB Zurkarnain Bin Mohd Kassim (Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia), Hj. Hamilye Sham Bin Harun ( Institut Integriti Malaysia), Hj. Sulasteri  Binti Ab. Hamid (Arkib Negara Malaysia)
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
ISBN : 978-967-11499-0-4

Sipnosis 
Catatan sejarah bermulanya perkhidmatan kebombaan di Malaya dan Kepulauan Borneo semasa zaman penjajahan British hingga era transformasi kini serta pengkisahan tokoh-tokoh dalam membangunkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sekaligus mengukuhkan integriti perkhidmatan kebombaan yang unggul kepada masyarakat.


Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.. Maaf zahir dan batin diucapkan, berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman.. Pastikan anda menutup semua kelengkapan elektrik dengan menutup dan mencabut plug, pastikan semua tingkap dikunci dan sila buat laporan kepada pihak polis semasa ketiadaan anda di rumah..

Ingatan tulus ikhlas,
Warga kerja Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM


Wednesday, June 14, 2017

Tip sewakan rumah

Image result for house to rent

Bagi anda yang mempunyai hartanah untuk disewakan, anda perlu mengambil kira beberapa perkara berikut agar hartanah tersebut mudah menarik minat penyewa.

1. Bersih rumah
Bersihkan rumah sepenuhnya untuk kemasukan penyewa baru. Bagi yang sewakan dengan perabot dan peralatan, pastikan ianya berfungsi dengan baik. Sediakan kemudahan yang paling disukai oleh penyewa seperti kipas, penyaman udara, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, ddapur dan pemanas air.

2. Iklan rumah
Pastikan anda mengiklankan rumah anda dengan menggunakan pelbagai medium, termasuk website hartanah, di kedai-kedai, atau di pagar rumah bagi mendapatkan penyewa dengan mudah.

3. Lantik ejen
Menyewa rumah memang nampak mudah, tapi sekiranya anda berdepan dengan kekangan masa, anda boleh melantik ejen hartanah untuk mencarikan penyewa rumah tersebut. Dan pastikan ejen yang dilantik adalah terlatih dan profesional. Khidmat profesional ini memudahkan urusan anda termasuk menyediakan perjanjian sewa beli.

4. Harga menarik
Letak harga yang menarik dari hartanah sekitar yang lain. Penyewa akan mencari rumah yang membuat tawaran yang hebat dan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik. Jadi pastikan anda mengiklankan ciri-ciri dan kemudahan yang terdapat pada rumah anda.

5. Pilih penyewa
Cari penyewa yang mampu bayar sewa bulanan tepat pada masa dan juga boleh menjaga rumah sewa dengan baik. Dapatkan maklumat mengenai bakal penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan dan gaji mereka. Ia dapat membantu anda menilai tahap kewangan mereka.

6. Perjanjian sewa
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, perjanjian hartanah yang lengkap serta dimeterai lengkap dengan setem duti adalah penting untuk menjamin hak pemilik dan juga hak penyewa. Malah pemilik juga mendapat kelebihan menerusi pendapatan sewa untuk dinilai pihak bank. 

Kini tak gayat dah - Keratan Akhbar Metro 11 Jun 2017

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Wednesday, June 7, 2017

5 Tip kedudukan membaca

Image result for reading books

Lazimnya kita ada pelbagai postur semasa membaca buku dan ianya bergantung pada situasi, mood dan medium yang sedang kita gunakan. Kebanyakan orang akan berada di dalam kedudukan duduk semasa membaca, tidak kurang juga ada yang membaca sambil berbaring di atas tilam dan ada juga yang membaca mengikut postur keselesaan masing-masing.

Tetapi menurut sumber Times Of India, ada beberapa postur dan kedudukan yang sesuai yang boleh dipraktikkan semasa membaca. Anda boleh mencuba beberapa kaedah kedudukan seperti berikut :

1) Duduk dengan selesa
Sebelum memulakan bab menarik dalam buku yang dipegang, perkara yang perlu diutamakan adalah pilih kedudukan yang selesa, jika tidak kaki anda menjadi sakit dan bahananya anda tidak boleh fokus pada pembacaan. Penting untuk anda memastikan peredaran darah yang lancar ke kaki dengan menentukan kedudukan kerusi yang betul.

2) Beri sokongan pada kaki
Jika anda ingin duduk dalam postur yang santai, anda boleh menyokong kaki dengan meletakkan alas seperti kusyen kecil. Keadaan yang selesa dapat membantu anda memberi tumpuan penuh pada bahan bacaan.

3) Sokongan pada belakang
Jangan lupakan juga pada keselesaan belakang selain daripada kaki! Memberi sokongan kepada belakang ialah satu kemestian ketika duduk. Berada dalam keadaan membongkok ke hadapan boleh memberi kesan kepada leher dan belakang. Pastikan anda duduk secara tegak dan elakkan daripada membaca dalam keadaan yang membongkok. Tindakan itu akan mengundang sakit belakang dan memberi ketidakselesaan kepada anda.

4) Mata
Mata antara organ penting yang digunakan semasa membaca. Jadi semasa membaca, pastikan anda selesa dengan jarak antara mata dan buku. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan bantal kecil untuk menyokong siku dan lengan semasa memegang buku.

5) Rehat
Sejujurnya, segala perkara yang kita lakukan perlukan rehat. Begitulah juga dengan membaca, cuba beri ruang kepada diri sendiri untuk berehat daripada terus memberi fokus kepada bacaan semata-mata. Anda boleh selitkan dengan secawan kopi ataupun sedikit senaman regangan badan yang ringan supaya aktiviti sebegini mampu memberi sedikit ruang rehat dalam tempoh membaca.



Friday, May 12, 2017

Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-16

Assalamualaikum wbt

Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah membuat pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk kali ke-16. Pinjaman berkelompok ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga JBPM.

Berikut adalah disertakan senarai buku-buku yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk tempoh tiga bulan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

Jamilah Binti Sailillah
(Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi)


Keratan akhbar : Ada apa dalam jentera bomba?

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Thursday, May 11, 2017

Novel adaptasi dari drama bersiri bomba 'Hero'

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Jika anda telah terlepas peluang untuk menonton drama bersiri kebombaan 'Hero', kini anda boleh miliki novel yang diadaptasi daripada drama tersebut.

Novel yang diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd telah berada di pasaran sekarang dengan harga RM29.90 senaskhah.

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Sinopsis

Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut.

Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya.

Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya.

Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...