MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, September 24, 2015

SISTEM TUNGGAL PENDAFTARAN PEKERJA ASING TANGANI PEMERDAGANGAN MANUSIA - ZAHID

Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing tangani pemerdagangan manusia - Zahid

AHMAD ZAHID: Sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan. -Gambar fail

JAKARTA 19 September 2015: Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan mula dilaksanakan Oktober ini, akan dapat menangani isu pemerdagangan manusia dan penganiayaan terhadap pekerja asing, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan.

Katanya, untuk pekerja Indonesia, ia juga akan dilaksanakan tetapi hanya akan berkuat kuasa sehingga persetujuan rasmi dan perjanjian ditandatangani selepas pertemuan bulan depan itu,ujar beliau pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhammad Hanif Dhakiri di sini hari ini.

Katanya sistem tunggal itu bertujuan supaya hanya ada satu saluran sahaja untuk kelulusan pekerja-pekerja asing iaitu permohonan secara dalam talian.

Katanya lagi, ini supaya tidak berlaku penyelewengan, atau pembayaran yang melampau atau pengambilan pekerja tanpa majikan ... supaya ada keselarasan, tiada lagi yang tiada majikan yang menyebabkan mereka menjadi pekerja asing tidak sah.

Jelas beliau, mereka menjadi PATI (pekerja asing tanpa izin) kerana berada di Malaysia melebihi tempoh diizinkan. Mereka masuk secara sah tetapi tempoh tinggal melepasi lawatan sosial menyebabkan pihak berkuasa seperti imigresen dan polis kena ambil tindakan. 

Bagi mengatasi masalah itu, Ahmad Zahid berkata pekerja asing khususnya dari Indonesia yang mahu masuk ke Malaysia mesti sudah mempunyai majikan.

Katanya lagi, Majikan pula perlu disahkan mengikut kelayakan jumlah pekerja (yang boleh diambil. 

Beliau berkata untuk majikan pula, sebarang pelaksanaan baharu dalam pengambilan pekerja asing bukanlah hendak menambah beban mereka tetapi bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja selain kerajaan berpuas hati dan pelaksanaaannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dalam soal penempatan dan perumahan untuk pekerja asing, Malaysia telah melihat kepada pendekatan yang digunakan di beberapa negara Timur Tengah.

Tambahnya lagi, negara-negara itu beri penempatan bagi mengelakkan sebarang tuduhan pekerja-pekerja asing melakukan jenayah, tak mematuhi undang-undang serta menimbulan masalah sosial kepada penduduk tempatan.

"(Jika) Mereka (pekerja asing) tidak diberikan standard kehidupan sebagai seorang manusia, ini akan menyebabkan berlaku "pengiktirafan" kepada pemerdagangan manusia dan tidak mematuhi standard ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa)," katanya.

Pada 18 Ogos lalu, Ahmad Zahid berkata permohonan pengambilan pekerja asing pada masa akan datang tidak lagi melibatkan ejen, sebaliknya majikan perlu mengemukakan permohonan itu secara dalam talian.

Beliau berkata sistem pengurusan pekerja asing secara dalam talian itu, yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, memendekkan tempoh untuk membawa masuk pekerja asing.

Pada sidang media hari ini, Ahmad Zahid berkata pertemuan beliau dengan Muhammad Hanif telah membincangkan masalah-masalah yang membelenggu kedua-dua negara dalam isu penghantaran pekerja dari republik itu ke Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing berkata semua kekangan membabitkan pekerja asing antara Malaysia dan Indonesia turut dibincangkan.

Beliau berkata semua cadangan Menteri Tenaga Kerja Indonesia akan diperincikan dan dibincangkan di peringkat jawatankuasa tertinggi Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata pada rundingan Malaysia-Indonesia bulan depan, pihaknya akan memaklumkan perkembangan beberapa permintaan dan keputusan yang diterima pakai oleh semua kementerian yang terlibat dalam soal kelulusan tenaga kerja asing.
Katanya lagi, ini bagi diselarikan dan dikoordinasikan agar tidak lagi berlaku kesesakan di peringkat "one stop approval centre". Ini untuk penuhi permintaan dan penawaran tenaga kerja melibatkan kedua-dua negara.
Jelasnya, beliau ber harap perjanjian bersama akan meletakkan Indonesia dan Malaysia dalam kedudukan yang baik sebagai pembekal dan penerima tenaga kerja, dan supaya kedua-dua negara tidak lagi menghadapi kekangan, selain majikan memberikan layanan yang adil kepada pekerja Indonesia,.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Muhammad Hanif, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Pratyitno.

Hari ini merupakan hari kedua lawatan kerja selama empat hari Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia, yang merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik ke jawatan itu pada 28 Julai lepas.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, September 14, 2015

Terima kasih dan selamat berjaya

Image result for thank you for joining us
Assalamualaikum,

Terima kasih kami ucapkan kepada semua kakitangan yang menyertai Pertandingan Celik Minda dan pada hari Jumaat yang lepas adalah hari terakhir penghantaran borang penyertaan.. 

Kami akan umumkan pemenang tidak lama lagi.. Jangan ketinggalan untuk mengetahui keputusannya.. 
 

 TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN..
 

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, September 9, 2015

Video seekor penyu menahan kesakitan akibat sebatang straw melekat di rongga hidung

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Video ini memaparkan seekor penyu terpaksa menahan kesakitan akibat sebatang straw telah melekat di rongga hidung. Tidak diketahui berapa lama batang straw tersebut berada di dalam rongga hidung penyu terbabit. Beberapa orang pengkaji hidupan laut telah menemui penyu tersebut dan mereka berusaha membuang straw di dalam rongga hidung penyu itu. 

 

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga alam sekitar agar hidupan lain dapat hidup dengan lebih aman.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, September 8, 2015

Selamat menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2015

 Assalamualaikum,

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada anak-anak kakitangan JBPM. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan semoga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang, Insha Allah.

Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR untuk rujukan 
tuan / puan...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB6uDf2wIMZiyvw1p2DWoEFpVLNLnH97ganeL5QYWf1RIef8VmXyJrQ0TvBimxgqqUCvSs-ZJvXYww8_lfYUiRATkgulh60wszFwXmQSryNCNT0nw3m97xH5knCZFboOdkWxwkgpev-M3p/?imgmax=800 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDtxoocO_3-yDDl0xirvnj13un6SE3ndXHcaZ-O6MjbnXp9J_EfRlZ6Y5IYQlsMPnavRzQWSgO_mZJccDbYg0WRV5VQyu-pePt8MDpbCfnR7rgvGhi13y4yCMNHiC0MMp8j0KOzjW43iI0/?imgmax=800 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb14mSTNM1DK8nVbZLRtx8PVgtcvSe1iWaT-Kpb79Yj1ZBFO9lqURUCCTiCxMrumYBxPz49fycq40cdf4QA6uPFkl2zng21kF6QRmksrR2oEmhw-jqmzhPrLitE6_W4sQABwCSOIfLY87_/?imgmax=950
 

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, September 2, 2015

JPJ akan melancarkan produk terbaru dinamakan myLESEN - 1Rakyat 1Lesen






Produk ini sesuai untuk Rakyat Malaysia berumur 16 tahun keatas [langsung tiada mempunyai lesen memandu] boleh memohon lesen memandu kelas B2.
Harga RM299.00 termasuk GST
PENDAFTARAN BERMULA 15 Sept - 15 Okt 2015 SAHAJA.
Info lanjut di www.jpj.gov.my atau di Institut Memandu berkenaan.
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG http://www.jpj.gov.my/ms/pelesenan-pemandu
*****Ahli Skuad Muda 1JPJ adalah keutamaan menyertai produk myLESEN - 1Rakyat 1Lesen

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia