MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural
Showing posts with label Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel). Show all posts
Showing posts with label Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel). Show all posts
Showing posts with label Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel). Show all posts
Showing posts with label Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel). Show all posts

Wednesday, October 29, 2025

Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025


Pada 18 Oktober 2025 yang lalu, suasana di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Presint 7 Putrajaya memang luar biasa meriah! 🌞🔥

Seawal jam 8 pagi, orang ramai dah mula membanjiri kawasan karnival untuk sambutan Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025. Dari jauh lagi dah nampak penuh warna – bendera berkibar, muzik rancak, gelak tawa pengunjung dan kanak-kanak yang tak sabar nak sertai aktiviti.

Tapi antara booth yang paling mencuri perhatian mestilah booth Unit Pengurusan Pusat Sumber! 😍 Di sinilah ramai pengunjung berkumpul, terutama anak-anak kecil yang teruja nak jawab kuiz dan teka silang kata, serta turut serta dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Siap dapat hadiah dan belon comel lagi! 🎈📚

Yang menariknya, booth kami bersebelahan dengan Bahagian Keselamatan Kebakaran yang ada pertunjukan ular hidup! Memang riuh — ada yang menjerit sebab geli, tapi tetap berani nak tengok dekat-dekat. 😂

Dan tak dilupakan, kemuncak karnival — cabutan bertuah! Suasana memang gamat habis bila nombor bertuah diumumkan, dan pemenang utama bawa balik TV 60 inci bernilai lebih RM1000! Memang rezeki besar hari tu! 🎁📺

Semuanya berjalan dengan penuh semangat dan keceriaan. Hari yang padat dengan ilmu, gelak tawa, dan kenangan indah bersama keluarga, rakan-rakan serta warga bomba yang sentiasa ramah dan mesra. ❤️

📚 Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
🔥 Kami di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa siap sedia setiap masa.


#BombaMalaysia #KarnivalBomba2025 #HariPencegahanKebakaran #Putrajaya #UnitPengurusanPusatSumber #JomBaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya #FireSafetyDay

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, July 14, 2025

Baca, Rakam, Kongsi – Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra,

Salam Malaysia Madani.

📚 Sorotan Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025

Tarikh: 26 Mei – 29 Mei 2025
Lokasi: Perpustakaan, Aras G, Ibu Pejabat JBPM

Sempena sambutan Dekad Membaca Kebangsaan dan menyahut seruan Jom Baca Bersama 10 Minit, pihak Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menganjurkan satu Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025 yang berlangsung selama empat hari dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.

📌 Antara pengisian program ialah:

🔸 26 – 29 Mei 2025:
• Peraduan Teka Muka Surat Buku & Teka Berat Buku – Aktiviti santai yang menguji ketepatan peserta dalam membuat anggaran.

🔸 27 Mei 2025:
• Kursus Pengurusan Sistem Perpustakaan (Libarika) – Sesi latihan untuk mempertingkat kemahiran mengurus bahan perpustakaan secara digital.

🔸 28 Mei 2025:
• Jom Baca Bersama 10 Minit – Aktiviti membaca serentak sebagai simbol sokongan kepada budaya membaca.
• Kuiz Atas Talian (Kahoot Games) – Ujian pengetahuan dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan.
• Permainan Bingo & Cabutan Bertuah – Meriah dengan hadiah-hadiah menarik!

🔸 29 Mei 2025:
• Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL / WTC KL) – Memberi pendedahan kepada pelbagai bahan bacaan serta peluang membeli buku secara terus daripada penerbit.

🎞️ Tonton video sorotan program di YouTube:



Continue Reading
No comments
Share:

Monday, March 31, 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


 Alhamdulillah, Syawal kembali menjelang, membawa sinar kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba masanya untuk meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Di kesempatan ini, kami daripada Unit Pengurusan Pusat Sumber, Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga hari raya ini dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang, dan keberkatan bersama keluarga serta sahabat handai. Jangan lupa untuk terus menjaga silaturahim dan menghulurkan kemaafan kepada yang tersayang.

Selamat menikmati juadah raya dan semoga Syawal ini memberi makna yang lebih indah dalam hidup kita.

#SalamAidilfitri #MaafZahirBatin #SyawalPenuhMakna


Sketsa Raya daripada Warga Cawangan Pentadbiran


Continue Reading
No comments
Share:

Monday, March 17, 2025

Program Perpustakaan ; Perkhidmatan Meja Ke Meja | Aktiviti Program Bulan Februari 2025


Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra. 

Program Perkhidmatan Meja Ke Meja anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, merupakan satu inisiatif yang menggalakkan budaya membaca di kalangan kakitangan jabatan. Melalui program ini, kakitangan diberi peluang untuk membawa buku-buku dari meja ke meja, sekali gus memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan memperluaskan bahan bacaan di tempat kerja. Dengan cara ini, para kakitangan bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, malah dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 26 hingga 27 Februari 2025. Ianya bermula di Aras 6, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan berakhir di Engine Bay, Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Setiap lokasi yang dilalui akan memberi peluang kepada kakitangan untuk menikmati pelbagai pilihan buku serta berbincang mengenai kepentingan membaca dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri.

Dengan sokongan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan, program ini diharapkan dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih cerdas dan produktif melalui budaya membaca yang lebih meluas.


Continue Reading
No comments
Share:

Monday, September 30, 2024

Program Cuti Sekolah Tahun 2024 ; Program Jawi Dan Literasi Maklumat | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber


Program Cuti Sekolah Tahun 2024 ; Program Jawi Dan Literasi Maklumat adalah program anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama bersama Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (BGLM) Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 19 September 2024 yang lalu dengan kehadiran kakitangan JBPM bersama-sama dengan anak-anak kakitangan iaitu seramai 45 orang.  Program ini bertujuan untuk memupuk minat anak-anak serta kakitangan JBPM terhadap tulisan Jawi dan literasi Maklumat.

Continue Reading
No comments
Share:

Saturday, August 31, 2024

Program Merdeka@Bomba Tahun 2024 | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber


Program Merdeka@Bomba Tahun 2024 anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah diadakan pada 22 Ogos 2024 yang lalu. Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyertai program ini.  Terima kasih kepada warga JBPM yang telah menyertai program ini. 

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, July 31, 2024

Program Tambah Nilai - Kursus Decoupage & Soft Toys | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber


Pada 25 Julai 2024, Unit Pengurusan Pusat Sumber telah menganjurkan satu kursus untuk kakitangan JBPM, iaitu Program Tambah Nilai - Kursus Decoupage & Soft Toys. Ianya adalah satu kursus dengan kerjasama dengan dua orang tenaga pengajar daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat JBPM telah menyertai kursus ini. 

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, May 31, 2024

Program Keluarga Bomba Membaca Tahun 2024 | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber

Bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang telah dilancarkan pada bulan April 2024 yang lalu oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah melaksanakan satu program iaitu Program Keluarga Bomba Membaca Tahun 2024 pada bulan Mei 2024. Di dalam program ini terdapat dua sub-program telah dilaksanakan iaitu :


Program Keluarga Bomba Membaca Tahun 2024 ; Jom Baca Bersama Selama 10 Minit pada 17 Mei 2024. Seramai 30 orang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat telah meyertai program ini. 


Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2024  pada 27 Mei 2024 bersempena dengan Program Keluarga Bomba@Membaca. Seramai 33 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan anak-anak kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyertai lawatan ini. 


Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, February 29, 2024

Lawatan Pembelajaran Ke Perpustakaan Negara Malaysia | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber


Pada 20 Februari 2024, Unit Pengurusan Pusat Sumber telah menganjurkan Lawatan Pembelajaran Ke Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 24 orang kakitangan dari pelbagai Bahagian / Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyertai lawatan ini. Pelbagai tempat yang menarik dalam sesi lawatan kami seperti Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar Negara dan sebagainya. Tempat-tempat ini juga boleh dikunjungi oleh orang awam. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia ‪@pnmytube‬ kerana menerima lawatan kami. Terima kasih juga diucapkan kepada semua para peserta yang terlibat dalam sesi lawatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, August 29, 2023

Senarai pemenang Program Merdeka@Bomba Tahun 2023 anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, JBPM

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.        Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan ingin meminta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di atas komitmen dalam menjayakan program yang telah dijalankan pada baru-baru ini. Berikut adalah senarai pemenang bagi pelbagai kategori kuiz yang telah dijalankan.

a) Kategori Teka Kemerdekaan : Barang Misteri

Pemenang Pertama : Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohammad - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Norhafiza Binti Mat Hashim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Nur Izzati Binti Ibarahim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Pemenang Keempat : Encik Firdaus Sazali - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kelima : Puan Asiah Binti Aman - Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan

b) Kategori Teka Muka Surat Buku

Pemenang Pertama : Cik Siti Nor Syamimi Binti Mohamad (Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Tekaan 3,425

c) Kategori Kuiz Online Kahoot

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 10,235

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 8,504

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Markah 6,298

d) Kategori Kuiz Teka Merdeka

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan)

3)     Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan telah menyediakan satu video sesi pembukaan (unboxing) kotak barang misteri serta sesi pengiraan muka surat buku. YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menonton tayangan video ini melalui pautan Youtube Channel PerpustakaanJBPM : https://youtu.be/fbPheWXJioE?si=y3xvleFDNULkLpy9

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.  Perhatian  dari pihak  YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran Dan Aset,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, June 15, 2023

Sekitar Aktiviti Program Keluarga Bomba Membaca Tahun 2023



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra.

Program Keluarga Bomba Membaca adalah satu program yang dilaksanakan bersempena dengan cuti sekolah dan juga Program Jom Baca 10 Minit yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada 18 Mei 2023 yang lalu.

program ini bertujuan untuk menerapkan budaya membaca pada setiap individu bermula dengan aktiviti membaca 10 minit sehari, serta dapat mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahmi di kalangan kakitangan serta anak kakitangan.

Untuk makluman Tuan / Puan, Unit Pengurusan Pusat Sumber JBPM telah mengadakan program ini pada 1 dan 2 Jun 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti pada hari tersebut, antaranya aktiviti yang di jalankan ialah lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, pelbagai pertandingan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak, sesi belajar membuat sushi bersama chef dan tayangan gambar kepada kanak-kanak. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan untuk menarik minat para peserta bagi menyertai program yang dijalankan.

Seramai 258 orang peserta telah mengambil bahagian secara fizikal dan dalam talian dengan jayanya bagi memeriahkan program yang telah dijalankan pada 2 Jun 2023.

Berikut adalah video yang memaparkan aktiviti sepanjang dua hari berlangsungnya program ini. 



Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia