MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, August 29, 2023

Senarai pemenang Program Merdeka@Bomba Tahun 2023 anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, JBPM

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.        Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan ingin meminta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di atas komitmen dalam menjayakan program yang telah dijalankan pada baru-baru ini. Berikut adalah senarai pemenang bagi pelbagai kategori kuiz yang telah dijalankan.

a) Kategori Teka Kemerdekaan : Barang Misteri

Pemenang Pertama : Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohammad - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Norhafiza Binti Mat Hashim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Nur Izzati Binti Ibarahim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Pemenang Keempat : Encik Firdaus Sazali - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kelima : Puan Asiah Binti Aman - Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan

b) Kategori Teka Muka Surat Buku

Pemenang Pertama : Cik Siti Nor Syamimi Binti Mohamad (Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Tekaan 3,425

c) Kategori Kuiz Online Kahoot

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 10,235

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 8,504

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Markah 6,298

d) Kategori Kuiz Teka Merdeka

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan)

3)     Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan telah menyediakan satu video sesi pembukaan (unboxing) kotak barang misteri serta sesi pengiraan muka surat buku. YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menonton tayangan video ini melalui pautan Youtube Channel PerpustakaanJBPM : https://youtu.be/fbPheWXJioE?si=y3xvleFDNULkLpy9

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.  Perhatian  dari pihak  YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran Dan Aset,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia