MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Tuesday, May 22, 2018

6 panduan atasi bebanan hutang

Image result for debt


1. Catat semua beban kewangan
Senaraikan perbelanjaan yang perlu anda keluarkan dalam sebulan. Anda boleh melihat adakah perbelanjaan itu boleh dihadkan atau dikurangkan. Dengan ini senang untuk anda merancang perbelanjaan.

2. Berhenti buat hutang baru
Terutamanya hutang yang melibatkan kad kredit. Berhenti daripada membeli barang mahal yang tidak mampu dibayar secara tunai. Selesaikan hutang sebelumnya. 

3. Dalami selok-belok tentang jenis hutang
Anda perlu membuat analisa dan mengira berapakah jumlah faedah yang harus anda bayar untuk menjelaskan hutang tersebut. Pada lumrahnya, hutang yang dikenakan kadar faedah yang paling tinggi seperti hutang kad kredit adalah hutang yang paling membebankan anda. Anda perlu mengambil langkah untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah sebanyak yang mungkin dan dalam tempoh yang paling cepat.

4. Jangan terlewat bayar
Jangan sekali-kali membayar lewat kerana anda akan dikenakan caj kelewatan yang akan membebankan lagi keadaan anda. Jika anda bayar ikut masa, anda akan menikmati insentif yang diberikan kepada individu yang mempunyai displin dan membayar hutang kad kredit mengikut tempoh yang ditetapkan. 

5. Dapat bonus langsaikan hutang
Anda akan dapat mengurangkan jumlah baki pinjaman. Apabila jumlah baki pinjaman rendah, jumlah bayaran untuk faedah juga berkurangan. Anda akan dapat melunaskan hutang dalam masa yang lebih pendek daripada tempoh asal. Jika anda mempunyai wang simpanan yang boleh digunakan untuk langsaikan hutang, gunakan cara ini. Buat kiraan sama ada simpanan anda akan memberi pulangan yang lebih lumayan atau sebaliknya. Jika kadar keuntungan daripada wang yang anda simpan lebih kecil daripada faedah yang dikenakan ke atas hutang anda, inilah masanya untuk anda perlu berbuat sesuatu dan langsaikan hutang anda. 

6. Buat simpanan
Jangan pula belanjakan semua wang gaji yang diterima. Anda perlu membuat simpanan wang untuk kegunaan pada masa hadapan atau pada waktu kecemasan. Lagi pula kita tidak tahu bila masa kita akan diduga dengan ujian yang hebat ini. Setidak-tidaknya, kita boleh mengeluarkan simpanan untuk kegunaan masa kecemasan dan bukan berhutang dengan pihak lain pula.

Continue Reading
No comments
Share:

Srikandi : Berdebar sesat di tengah hutan - Keratan majalah Mingguan Wanita Mei 2016

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia