Friday, December 14, 2012

Petua Untuk Masuk Rumah Baharu



1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi).

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.

Wednesday, December 5, 2012

Riwayat Hidup Ibnu Sina

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: ابن سینا Ibn Sīnā‎), atau dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.


Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.


Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina
Gelaran: Bapa Sejarah Sains
Lahir: sekitar 980 M atau 370 H
Wafat: 1037 M atau 428 H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Bidang: Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains,teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Pengaruh: Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Tuesday, December 4, 2012

Riwayat Hidup Abu Raihan Al-Biruni

Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Sebahagian pencapaiannya termasuk:
  • Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
  • Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)) .
  • Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
  • Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Hasil karya matematik

Sumbangannya kepada matematik termasuk:

Hasil karya bukan matematik

Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:
  • Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
  • Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
  • Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
  • Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
  • Farmasi: mengenai drug dan ubat.
  • Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
  • Astrolabe.
  • Buku sejarah ringkas.
  • Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
  • Sejarah Khawarazm

Monday, December 3, 2012

Riwayat Hidup Ibn Battuta

Gambaran ilustrasi pelukis
Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.


Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.

Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.

Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariahsemasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.

Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .
Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.

Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihormati oleh penganut mazhab Syiah.
Terus ke Baghdad dengan kafilah. Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari serangan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.

Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra. Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.

Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328.

Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah.
Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).

Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam.
Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.
Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan.

Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India.

Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.

Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.

Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar ke Kozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian.

Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives.

Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaran Islam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.

Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China.

Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).

Ketika di Quanzhou, Ibn Battuta mengambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Beliau kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya meneruskankan perjalanan ke Mekah melalui Selat Hormuz dan Ilkhanate.Pada ketika itu berlaku perang saudara .
Beliau kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya telah meninggal dunia. Beliau pergi ke Sardinia, lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa bulan sebelumnya.

Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada.

Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez.

Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.

Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombong garam di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat.

Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. Dari Tasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.

Kemuian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @(sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.

Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".

Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.

Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.

Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.
Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.

Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain. Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya.

Friday, November 30, 2012

Father Of Forensic Science - Sir Bernard Henry Spilsbury

Sir Bernard Henry Spilsbury (16 May 1877 – 17 December 1947) was a British pathologist. His cases include Hawley Harvey Crippen, the Seddon case and Major Armstrong poisonings, the "Brides in the Bath" murders by George Joseph Smith, Louis Voisin, Jean-Pierre Vaquier, the Crumbles murders, Norman Thorne, Donald Merrett, the Podmore case, the Sidney Harry Fox matricide, Alfred Rouse, Elvira Barney, Tony Mancini and the Vera Page case. He also played a critical role in the development of Operation Mincemeat, a deception operation during World War II which saved thousands of lives of Allied service personnel.

Spilsbury was born on 16 May 1877 at 35 Bath Street,
Leamington Spa, Warwickshire. He was the eldest of the four children of James Spilsbury, a manufacturing chemist, and his wife, Marion Elizabeth Joy.

On 3 September 1908, Spilsbury married Edith Caroline Horton. They had four children together: one daughter, Evelyn, and three sons, Alan, Peter, and Richard. Peter, a junior doctor at St Thomas's Hospital in Lambeth, was killed in the Blitz in 1940, while Alan died of tuberculosis in 1945, shortly after the Second World War.

The deaths (of Peter, in particular) were a blow from which Spilsbury never truly recovered. Depression over both his finances and his declining health are believed to have been a key factor in his decision to commit suicide by gas in his laboratory at University College, London in 1947.

In later years, Spilbury's dogmatic manner and his unbending belief in his own infallibility gave rise to criticism. Judges began to express concern about his invincibility in court and recent researches have indicated that his inflexible dogmatism led to miscarriages of justice.

Educated at
Magdalen College, Oxford, he took a BA in natural science in 1899, an MB BCh in 1905 and an MA in 1908. He also studied at St Mary's Hospital in Paddington, London, from 1899. He specialised in the then-new science of forensic pathology. In October 1905, he was appointed resident assistant pathologist at St Mary's Hospital when the London County Council requested all general hospitals in its area appoint two qualified pathologists to perform autopsies following sudden deaths.
Important cases

The case that brought Spilsbury to public attention was that of Hawley Harvey Crippen in 1910, where he gave forensic evidence as to the likely identity of the human remains found in Crippen's house. Spilsbury concluded that a scar on a small piece of skin from the remains pointed to Mrs Crippen as the victim.

Spilsbury later gave evidence at the trial of Herbert Rowse Armstrong, the solicitor convicted of poisoning his wife with arsenic.

The case that consolidated Spilsbury's reputation as Britain's foremost forensic pathologist was the "Brides in the Bath" murder trial in 1915. Three women had died mysteriously in their baths; in each case, the death appeared to be an accident. George Joseph Smith was brought to trial for the murder on one of these women, Bessie Mundy. Spilsbury testified that since Mundy's thigh showed evidence of goose skin and, since she was, in death, clutching a bar of soap, it was certain that she had died a violent death – in other words, had been murdered.

Spilsbury was also involved in the case of the Brighton trunk murders. Athough the man accused of the murders, Tony Mancini, was acquitted, he confessed to the killing just before his own death, many years later, vindicating Spilsbury's evidence.

Spilsbury was able to work with minimal remains, such as those involved in the Alfred Rouse case (the "Blazing Car murder"). Here, a near-destroyed body was found in the wreck of a burnt-out car near Northampton in 1930. Although the victim was never identified, Spilsbury was able to give evidence of how he had died and facilitate Rouse's conviction.

During his career, Spilsbury performed thousands of autopsies, not only of murder victims but also of executed criminals. He was able to appear for the defence in Scotland, where his status as a Home Office pathologist in England and Wales was irrelevant: he testified for the defence in the case of Donald Merrett, tried in February 1927 for the murder of his mother and acquitted as not proven.

Spilsbury was knighted early in 1923. He was a Home Office-approved pathologist and lecturer in forensic medicine at the University College Hospital, the London School of Medicine for Women and at St. Thomas' Hospital. He also was a Fellow of the Royal Society of Medicine.

On 17 July 2008, files containing notes on deaths investigated by Spilsbury went under the hammer at Sotheby's and were acquired by the Wellcome Library in London.The files' index cards documented deaths in the County of London and the Home Counties from 1905 to 1932. The hand-written cards, discovered in a lost cabinet, were the notes that Spilsbury apparently accumulated for a textbook on forensic medicine which he was planning, but there is no evidence that he ever started the book.





Thursday, November 29, 2012

Apakah Bahan Kimia Yang Memberi Rasa Pedas Pada Cili?

Tahukah anda bahawa rasa pedas terhasil daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai kapsaisin (methyl-Nvanilil-6-nonemida).  

Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili di mana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesonoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans. Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.

Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada segi varieti, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemerosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami. Malah cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.

Wednesday, November 28, 2012

Pekerja Malaysia Berdedikasi

Pekerjaan merupakan sesuatu tugas yang harus dilakukan bagi memperolehi pendapatan untuk menyara kehidupan seharian. Namun sejauh manakah kesanggupan kita melakukan pekerjaan yang diperolehi, dalam usaha untuk menjamin mutu yang diberikan mencapai standard majikan? 

Menurut kaji selidik berkaitan deprivasi percutian 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian expedia.com.my mendapati, 9 daripada 10 pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja, walaupun ketika bercuti. Menurut laporan tersebut, pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedikasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali.

Kaji selidik itu juga turut mendedahkan bahawa pekerja di Malaysia menghabiskan kira-kira 40 jam seminggu bekerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti tahunan sekaligus merupakan antara yang terendah di dunia. Menurut kajian, faktor utama pekerja tidak memanfaatkan cuti adalah kerana kegagalan menyelaraskan cuti bersama-sama rakan.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, sebanyak 40% pekerja enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua mereka akan meluluskan cuti manakalah 15% pula bimbang cuti yang diambil akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional. Kaji selidik itu melibatkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 negara di Asia, Austalia dan Asia Pasifik, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah dalam membandingkan tabiat bercuti mereka. 

Tuesday, November 27, 2012

Mengapakah Kita Menguap?

Apabila anda mengantuk, kepala menjadi berat dan anda sukar membuka mata. Anda juga menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap. 

Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak. 

Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semulajadi tubuh untuk menyejukkan otak. Namun sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat. 

Monday, November 26, 2012

Khasiat Rahsia Lobak Merah



Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain. Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.

Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.


Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.


Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.


Kekejangan Jantung
Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.


Sakit Ketika Datang Haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.

Jom Baca Doa Akhir Tahun Selepas Asar Diikuti Doa Awal Tahun Selepas Maghrib

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/169944_390843014323675_1872473201_o.jpg

Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia 1957-2009

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/307717_511369718890792_489451882_n.jpg

Friday, November 23, 2012

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

 


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tip Gembira Sepanjang Masa

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka emel, baca suratkhabar, baca gosip-gosip mahupun sertai sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. 
Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. 
Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. 
Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman



Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Tahukah anda, 15 fakta menarik tentang senyuman? Jom baca.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain.
 Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Petua Untuk Mempunyai Sifat Sabar


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...