MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Monday, August 28, 2017

Sipnosis buku : Manual pengurusan balai


Penerbit : Para Pegawai Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Sipnosis
Manual Pengurusan Balai ini dibangunkan dengan tujuan untuk membantu Ketua-Ketua Balai mengurus dan mentadbir balai dengan lebih teratur dan berkesan. Dokumen ini merupakan garis panduan dalam mengurus dan mentadbir sesebuah balai dan menjadi bahan rujukan kepada Ketua Balai dalam menangani situasi yang memerlukan kefahaman lebih mendalam.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis buku : Keselamatan bangunan dan kawalan kebakaran


Pengarang : Badarudin Mat Isa, Syahrul Nizam Kamaruzzaman
Terbitan : Penerbit UTHM
ISBN : 978-967-5457-58-6

Sipnosis
Panduan di dalam buku ini adalah menjurus kepada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ini wujud daripada Akta Jalan, Parit dan Bangunan  (Street, Drainage and Building Act 1974 Akta 133). Isi kandungan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ini banyak dipetik daripada negara-negara lain, khususnya Britain. Sebelum penggubalan undang-undang ini, amalan yang digunapakai di Malaysia adalah berpandukan kepada ordinan-ordinan, enekmen-enekmen atau lain-lain undang-undang yang digubal oleh negeri-negeri dan digunapakai di peringkat kerajaan-kerajaan tempatan. Pada ketika itu, ketinggian kebanyakan bangunan adalah rendah, tetapi apabila berlaku runtuhan bangunan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada awal tahun 1970, maka barulah timbul keperluan undang-undang bangunan seragam.

Keselamatan nyawa dan harta benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu meperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap ini merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.

Api pula perlu dipadamkan dengan serta merta supaya ia tidak membesar dan menjadi malapetaka dan dengan itu, diadakan alat pemadam api mudahalih dan sistem-sistem automatik, seperti sistem semburan air automatik (sprinkler), sistem karbon dioksida jenis pulal (CO₂ fixed installation), sistem buih dan sebagainya. Penggera kebakaran ialah untuk memberi isyarat supaya penghuni mengosongkan bangunan dan memadamkan api dengan mudah. Setengah-setengah sistem itu adalah direka untuk melawan kebakaran besar yang mungkin berlaku di situ, misalannya sistem pancur air, sistem buih (foam monitors) dan sebagainya.

Manusia pula terdiri daripada berbagai kategori mengikut kebolehan, umur, jantina, budaya dan keupayaan bertindak untuk melepaskan diri dengan selamat tanpa dibantu oleh sesiapa bila berlaku kebakaran di bangunan yang berkaitan. Ada di antara mereka, seperti pesakit-pesakit di hospital yang tidak berupaya untuk berjalan, bercakap, mendengar atau terkejut, malah ada yang masih tidak sedar selepas pembedahan. Ada juga yang tidak boleh melihat atau mendengar isyarat-isyarat / loceng amaran. Faktor-faktor tersebut perlu diambil kira semasa merangka atau menyediakan pelan-pelan bangunan.

Akhir kata diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar di dalam jurusan pembinaan.

Continue Reading
No comments
Share:

Perkara penting yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap

Image result for contact lenses

  • Pastikan anda membeli kanta lekap daripada optometri berlesen. Jangan sesekali membeli kanta lekap yang murah daripada internet kerana dikhuatiri ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada mata.
  • Dapatkan pemeriksaan selepas anda menggunakan kanta lekap dalam tempoh yang panjang kerana ada kemungkinan ia boleh menimbulkan sebarang komplikasi atau mengubah fisiologi mata. 
  • Jangan sesekali memakai kanta lekap yang sudah rosak atau telah tamat tempoh yang ditetapkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mata.
  • Kanta lekap bersifat lembut dan mudah kering apabila ia terdedah dengan haba. Memakai kanta lekap di dalam bilik yang berhawa dingin boleh menyebabkan mata mudah kering. Oleh itu, pakailah penitis mata yang dikhaskan untuk kanta lekap agar mata anda kekal lembap.
  • Pastikan anda mementingkan kebersihan tangan sama ada sebelum, semasa atau selepas memakai kanta lekap. Basuh dan keringkan tangan anda terlebih dulu sebelum anda menyentuh kanta lekap.
  • Jangan sesekali membasuh kanta lekap anda dengan menggunakan air paip, air suling yang dibuat sendiri atau menggunakan larutan pencuci yang telah tamat tempoh. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula ialah tiga bulan selepas larutan tersebut dibuka.
  • Cuci dan rendam kanta lekap dengan multipurpose solution yang disarankan oleh optometri.
  •  Buang larutan rendaman dalam bekas penyimpanan setiap kali selepas anda memakai kanta lekap. Gunakan larutan rendaman yang baharu ketika hendak merendam kanta lekap semula.
  • Jangan sesekali berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain.
  • Pastikan anda memakai kanta lekap sebelum memakai alat solek dan buka kanta lekap sebelum anda mencuci solekan.
  • Seperti kanta lekap, bekas penyimpanannya juga harus ditukar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengelakkan pembiakan kuman di dalam bekas tersebut.
  • Simpan bekas penyimpanan kanta lekap dalam suhu bilik atau persekitaran yang kering. Elakkan daripada menyimpannya di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap.
  • Jika mata anda bermasalah seperti merah, kabur atau pedih, berhentilah daripada memakai kanta lekap dan berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Continue Reading
No comments
Share:

6 tip miliki gigi sihat dan kuat

Related image

1. Berus gigi tiga kali sehari
Bagi menjamin kesihatan gigi dan gusi, sebaiknya anda memberus gigi setiap kali selepas makan. Anda disarankan untuk memberus gigi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan sebelum masuk tidur. Amalan menggosok gigi sebelum tidur dapat membersihkan sisa-sisa yang melekat di celah-celah gigi, selain mengelakkan pembiakan bakteria dan mengurangkan karang gigi berlaku.

2. Bersihkan sisa di celah-celah gigi
Ketika makan, pasti ada makanan yang akan melekat pada celah-celah gigi. Oleh itu, pastikan anda membersihkan sisa-sisa makanan tersebut menggunakan flos bagi mengelakkan gigi anda bebas bakteria.

3. Gunakan pencuci mulut berflorida
Selain memberus gigi, anda juga digalakkan untuk membasuh mulut dengan pencuci mulut berflorida. Lakukan amalan ini setiap kali sebelum tidur sejurus selepas beberapa minit anda memberus gigi. Pilihlah pencuci mulut berflorida kepada yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ulser bagi anda yang mempunyai gusi sensitif.

Image result for teeth


4. Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari sememangnya penting untuk menjamin kesihatan gigi dan gusi. Buah-buahan seperti strawberi, oren, mangga, betik dan sayur-sayuran seperti kubis, bayam dan tomato sangat kaya dengan vitamin C. Ia membantu memelihara kesihatan gusi agar kekal sihat.

5. Berjumpa dengan doktor gigi secara berkala
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Ini penting agar anda dapat mengetahui kesihatan gigi dan cara rawatan yang sewajarnya, selain mendapatkan tip penjagaan gigi dan kesihatan mulut yang betul.

6. Kunyah gula-gula getah selepas makan
Kunyahlah gula-gula getah yang mempunyai kurang kandungan gula selepas makan kerana ia berfungsi sebagai agen pembersih sisa makanan yang melekat pada gigi.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, August 25, 2017

10 aktiviti rangsang otak kanan anak

Image result for kids


1. Bermain tanah liat
Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

2. Beriadah dan bersenam
Untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas, anak perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan baik. Senaman boleh menjana minda yang cerdas untuk anak-anak anda.

3. Menggunting
Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar. 

4. Bermain sudoku
Perkenalkan permainan sudoku yang mudah untuk si kecil anda kerana ia berupaya menambah ketajaman minda anak anda.

5. Melukis
Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Permainan pendidikan
Membina motor halus dan kemahiran lain menggunakan permainan pendidikan untuk kanak-kanak termasuk aktiviti awal pembelajaran, blok, permainan dan pembelajaran interaktif.

7. Kad imbasan
Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

8. Membaca dan bercerita
Buku cerita yang menarik tentu buat si kecil teruja atau anda juga boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

9. Makanan sunnah
Selain aktiviti yang makanan sunnah seperti kismis dan kurma amat baik untuk otak si kecil anda. Ia dapat membentuk minda kanak-kanak yang sihat, selain meningkatkan penumpuan dan menguatkan memori.

10. Makanan-makanan lain
Selain makanan sunnah, makanan lain yang baik untuk otak ialah ikan salmon, avokado, minyak zaitun, telur dan tomato. Makanan-makanan ini dapat membantu meningkatkan kemampuan otak serta kekuatan ingatan.





Image result for tips
Tidak perlu buat aktiviti-aktiviti ini dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.

Continue Reading
No comments
Share:

Langkah bijak kawal penggunaan minyak kenderaan

Image result for filling gas


1. Isi minyak waktu suhu sejuk
Wap petrol akan keluar dari tangki minyak jika diisi waktu panas terik. Ia boleh mengurangkan petrol apabila hilang ditelan angin Seeloknya isi waktu sejuk yang mana ia mempunyai wap yang berlebihan.

2. Jangan tunggu simbol minyak berkelip
Pengisian minyak ketika simbol minyak berkelip tidak tepat. Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Sekali gus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. Selain itu, semasa mengisi minyak pastikan diisi dengan perlahan-lahan. Ini membolehkan petrol masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol bebas dan seterusnya membazirkan minyak.

3. Kekalkan kelajuan statik
Untuk menjimatkan minyak, pastikan anda mengekalkan kelajuan kilometer yang statik. Hindari brek dan pecutan yang mengejut, ia sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Begitu juga dengan penggunaan gear, pilih gear yang sesuai dengan keadaan ketika memandu. Antaranya jangan guna gear rendah untuk kelajuan tinggi, ini menyebabkan pembaziran minyak.

Image result for pam tayar kereta

4. Isi angin tayar dengan betul
Pastikan anda mengisi tayar dengan spesifikasi yang betul. Perhatikan carta berat dan tekanan angin yang terdapat di tempat mengisi angin sebelum mengisi angin. Jika angin kurang, akan menyebabkan kereta diapndu lebih berat dan pastinya minyak lebih banyak digunakan. Periksa angin kenderaan anda dan minta orang yang mahir memeriksa jika anda tidak pasti. 

5. Jangan jadikan kereta seperti stor
Penuh dalam kereta barang kegunaan harian anda diletak dalam kereta. Kononnya senang untuk anda menggunakannya apabila diperlukan.Anda silap kerana bebanan itu akan membuatkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Minyak akan banyak digunakan apabila bebanan semakin bertambah.

6. Matikan enjin bila kereta tidak bergerak
Usah membazir minyak kereta apabila kereta tidak bergerak, terutamanya ketika menunggu seseorang. Matikan enjin dan ambil angin di luar untuk menjimatkan minyak kereta anda daripada anda perlu membuka alat penghawa dingin di dalam kereta.

7. Jangan main stereng di jalan lurus

Kurangkan penggunaan stereng kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan geseran tayar dengan permukaan jalan. Sekali gus mengurangkan tekanan enjin untuk menggerakkan kereta.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, August 23, 2017

Panduan mengemas dapur

Image result for clean kitchen


Mengekalkan kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sendiri sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutama ketika memasak. Tugas untuk  memastikan ruang ini sentiasa bersih memang memenatkan terutama jika kita memiliki anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian kita. 

Berikut adalah beberapa tips untuk meringankan bebanan kerja mengemas di dapur yang boleh kita praktiskan bersama-sama.

  • Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan. Ini termasuk bekas aiskrim, botol plastik dan peralatan memasak seperti penapis. Masukkan semua barang ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan jika masih tidak digunakan, buang atau berikan kepada orang lain. Selain itu, penggunaan barangan di dapur perlu diminimumkan mengikut kesesuaian keluarga.  Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah.

  • Selepas memasak, basuh semua peralatan memasak. Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihkan. Menangguhkan kerja mencuci boleh menambahkan bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Anda perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak. Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk yang dikumpul tidak dicuci. Jika anda sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak-anak anda akan mudah sahaja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sehingga berbau dan berulat baru hendak membuangnya.

  • Selain itu, tuala dapur dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunakan air panas.

  • Gunakan papan pemotong yang diperbuat kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara. Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutamanya selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

  • Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kotoran masuk ke dalam makanan. Kemudian bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap kali penggunaan.

  • Mesin pengisar perlu dibuka dan dibersihkan selepas digunakan bagi mengelakkan kesan kotoran melekat.

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air suam. Jangan sesekali menggunakan sabun atau bahan pencuci. 

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, August 10, 2017

BELI RUMAH ‘SECOND HAND’. LAKUKAN 3 PERKARA INI UNTUK JIMATKAN KOS PEGUAM

Image result for rumah

1) Ini Penting! Tukar nama ada segala bil utiliti
Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water. Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah ‘second hand’, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).

Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :

A: Buka akaun baru
Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama. Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada.



B: Sambung guna akaun pemilik lama
Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sajaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama. Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.



2) Jangan lupa tukar nama pada rekod cukai pintu
Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu. Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disedikan untuk proses pertukaran nama ini:

• Salinan kad pengenalan
• Salinan SNP
• Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
• Salinan cukai pintu terkini

Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis
*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*

Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut. Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda! Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya? 

Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli. Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.

Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit pon, Cuma kena luangkan masa sedikit untuk uruskannya.

Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan. Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak. Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung.



Artikel dari Gila Hartanah
Petikan artikel dari Majalah Impiana

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia