MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, August 23, 2017

Panduan mengemas dapur

Image result for clean kitchen


Mengekalkan kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sendiri sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutama ketika memasak. Tugas untuk  memastikan ruang ini sentiasa bersih memang memenatkan terutama jika kita memiliki anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian kita. 

Berikut adalah beberapa tips untuk meringankan bebanan kerja mengemas di dapur yang boleh kita praktiskan bersama-sama.

  • Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan. Ini termasuk bekas aiskrim, botol plastik dan peralatan memasak seperti penapis. Masukkan semua barang ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan jika masih tidak digunakan, buang atau berikan kepada orang lain. Selain itu, penggunaan barangan di dapur perlu diminimumkan mengikut kesesuaian keluarga.  Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah.

  • Selepas memasak, basuh semua peralatan memasak. Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihkan. Menangguhkan kerja mencuci boleh menambahkan bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Anda perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak. Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk yang dikumpul tidak dicuci. Jika anda sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak-anak anda akan mudah sahaja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sehingga berbau dan berulat baru hendak membuangnya.

  • Selain itu, tuala dapur dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunakan air panas.

  • Gunakan papan pemotong yang diperbuat kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara. Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutamanya selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

  • Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kotoran masuk ke dalam makanan. Kemudian bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap kali penggunaan.

  • Mesin pengisar perlu dibuka dan dibersihkan selepas digunakan bagi mengelakkan kesan kotoran melekat.

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air suam. Jangan sesekali menggunakan sabun atau bahan pencuci. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia