1. Berus gigi tiga kali sehari
Bagi menjamin kesihatan gigi dan gusi, sebaiknya anda memberus gigi setiap kali selepas makan. Anda disarankan untuk memberus gigi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan sebelum masuk tidur. Amalan menggosok gigi sebelum tidur dapat membersihkan sisa-sisa yang melekat di celah-celah gigi, selain mengelakkan pembiakan bakteria dan mengurangkan karang gigi berlaku.
2. Bersihkan sisa di celah-celah gigi
Ketika makan, pasti ada makanan yang akan melekat pada celah-celah gigi. Oleh itu, pastikan anda membersihkan sisa-sisa makanan tersebut menggunakan flos bagi mengelakkan gigi anda bebas bakteria.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida
Selain memberus gigi, anda juga digalakkan untuk membasuh mulut dengan pencuci mulut berflorida. Lakukan amalan ini setiap kali sebelum tidur sejurus selepas beberapa minit anda memberus gigi. Pilihlah pencuci mulut berflorida kepada yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ulser bagi anda yang mempunyai gusi sensitif.
4. Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari sememangnya penting untuk menjamin kesihatan gigi dan gusi. Buah-buahan seperti strawberi, oren, mangga, betik dan sayur-sayuran seperti kubis, bayam dan tomato sangat kaya dengan vitamin C. Ia membantu memelihara kesihatan gusi agar kekal sihat.
5. Berjumpa dengan doktor gigi secara berkala
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Ini penting agar anda dapat mengetahui kesihatan gigi dan cara rawatan yang sewajarnya, selain mendapatkan tip penjagaan gigi dan kesihatan mulut yang betul.
6. Kunyah gula-gula getah selepas makan
Kunyahlah gula-gula getah yang mempunyai kurang kandungan gula selepas makan kerana ia berfungsi sebagai agen pembersih sisa makanan yang melekat pada gigi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...