Friday, October 23, 2015

NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA DALAM INSTITUSI PEMBELAJARAN DAN INSTITUSI PERKHIDMATAN

Antara Guru dan pelajar 
  • Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak. 
  • Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik.
  • Ucapan " Selamat Pagi" dan  "Assalamualaikum" merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru.
  • Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan,  duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua.
  • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
  • Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.
  • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral. 
  • Amalan budi bahasa boleh mengelakkan segala masalah sosial.

cium tgn

Antara Pelajar Dengan Pelajar dan Rakan Sebaya 
  • Membiasakan diri mengucapkan salam atau sesama rakan pelajar dan rakan sebaya. 
  • Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya. 
  • Tidak mengganggu suasana ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempat-tempat lain.

INSTITUSI PERKHIDMATAN

  Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin
 

  • Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra. 
  • Ketua harus mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani  orang bawahan.
  • Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra.
  • Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin. 
  • Memberi teguran secara tertib, berhemah dan mematuhi peraturan.  
  • Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan, tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Antara Orang Yang Dipimpin dan Ketua 
  • Mematuhi arahan ketua. 
  • Sentiasa menepati masa  untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. 
  • Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Antara Rakan Sekerja 
  • Saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh. 
  • Keakraban boleh melahirkan kemesraan dan rasa saling membantu dan tolong-menolong.
  • Menunjukkan budi pekerti yang mulia, budi bahasa dan bertimbang rasa akan mewujudkan semangat kerja yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat dan misi organisasi.
  • Mengamalkan sikap bermuafakat dalam melaksanakan tugas.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas dan terurus.
  • Menerima nasihat, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka.
  • Tidak menggunakan waktu dan kemudahan   untuk urusan peribadi.
  • Hormat-menghormati sesama rakan pejabat dengan percakapan yang sopan santun dan menunjukkan rasa hormat. 
  • Menggunakan bahasa dan gerak geri yang  sesuai berdasarkan umur dan pangkat.


Sumber disunting : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia/ Buku Kecil Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa BPDN

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...