MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Monday, October 26, 2015

Budaya Melepak

Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak.

melepak


Punca wujudnya budaya lepak

* Sikap ibu bapa
Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.

*Pengaruh rakan sebaya
Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
 

*Pengaruh media massa dan eletronik
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.


Tempat Melepak
Kita dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti pusat membeli-belah, pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber merupakan tempat berkumpulnya kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan pelbagai pendapat, cadangan dan perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga perlakuan remaja menjadi sebagai budaya lepak.

KesimpulanAktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapa
yang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup.



Dipetik daripada:
http://eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia