Tuesday, October 27, 2015

TIPS PENJAGAAN UDANG GALAH

Penyediaan Kolam
Saiz kolam yang sesuai di Malaysia adalah antara 0.25 ekar - 1.5 ekar
dengan kedalaman sekitar 1 – 2 meter. Kolam yang terlalu cetek akan
menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

Pengeringan
• Kolam udang galah perlu didedahkan kepada cahaya matahari terik bagi membunuh pemangsa (ikan, belut dan serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).
• Dedahan kepada cahaya matahari terik dan udara juga akan mempercepatkan proses perebutan organik bagi menyuburkan lagi tanah.
• Jangka masa pengeringan biasanya antara 1 – 2 minggu. Jangka masa lebih lama diperlukan pada musim hujan atau kolam telah digunakan terlalu lama.

Meracun
• Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa).
• Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake) dan daun tembakau. Untuk membunuh ikan lampam gunakan 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l diperlukan.

Mengapur
• Tujuan – menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik agar tanah lebih subur.
• Jenis-jenis kapur :
 - Kapur abu panas (quicklime-CaO) – keberkesanan cepat tapi untuk jangka  masa pendek.
 - Kapur batu putih (lime stone-Ca(CO3)) – berkesan secara perlahan tapi jangka masa panjang
 - Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) – tindak balas cepat dan keberkesanan cepat hilang
• Cara mengapur – menabur rata serbuk kapur di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan 1kg bagi setiap 10 meter.

Membaja
• Tujuan – untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.
• Baja yang biasa digunakan:
 - Baja organik – najis haiwan seperti ayam, itik, lembu, kambing.
 - Baja kimia – triple super phosphate (TSP) digunakan dengan
  kadar 3.5kg/1000m/minggu

Pengairan
• Air yang masuk ke kolam perlu melalui penapis halus bagi menghindari haiwan pemangsa masuk.
• Udang dilepaskan selepas seminggu air dimasukkan ke kolam.
• Kadar tukaran air terbaik ialah seminggu ke dua minggu - ia mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa memerlukan alat pengudaraan. Namun jika air terlalu cepat dikeluarkan ia akan turut membawa keluar baja yang diperlukan untuk membentuk makanan semula jadi udang.
• Alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air perlu digunakan jika tukaran air tidak dapat dilakukan. Peralatan ini digunakan untuk menambah oksigen dalam air terutama waktu malam.

Pemakanan
• Makanan rumusan udang atau pellet sesuai diberikan kerana mengandungi protein yang tinggi (30 – 40%) dan zat-zat lain yang diperlukan udang serta tidak memberi kesan kepada air. Pemberian makanan adalah 2-3 kali sehari.
• Namun udang masih memerlukan makanan semula jadi dari kolam.
• Peringkat pemberian makanan –
 - Makanan awalan (starter) – bulan pertama – kedua.
 - Makanan tumbesaran (grower) – bulan kedua – empat dan berikutnya.
 - Makanan penamat (finisher) – sehingga dipasarkan.

Penternak hasilkan makanan sendiri
• Makanan udang boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos
• Bahan-bahan – tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.
• Makanan sampingan – kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya.
• Mutu air kolam perlu dijaga agar tidak terlalu subur kerana boleh membunuh udang

Pungutan hasil
• Tumbesaran udang bergantung pada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air
  dan kadar pelepasan.
• Penjaringan boleh dimulakan selepas minggu ke empat dan seterusnya sehingga udang habis.
• Kolam dikeringkan dan udang-udang yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam asing dan dibesarkan.

Penyakit dan kawalan
• Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.
• Penyakit ini boleh dicegah dengan cara pengurusan air dengan baik dan elakkan kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

Rawatan
• Rendam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau 2 ppm nifurpirinol untuk 96 jam.
• Untuk penyakit yang disebabkan oleh bakteria berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stress. Cara merawatnya ialah dengan merendam 11-13 ppm Furozolidone selama tiga hari.

Sumber
Mega, Utusan Malaysia (13-06-2011)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...