MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, October 19, 2015

Langkah Keselamatan Elak Kemalangan Di Rumah

Ibu bapa bukan sahaja perlu memastikan anak mereka tidak sakit malah mengelakkan agar tidak cedera sama ada ketika bermain di luar ataupun di dalam rumah. Seorang bayi yang mula merangkak suka menarik alas kain meja. Bayangkan sekiranya ada secawan kopi panas sehingga menyebabkan sebahagian badannya melecur. Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak perempuan cuba menghiburkan hatinya dengan memasukkan sebatang jarum ke dalam suis elektrik manakala seorang wanita terjatuh dalam bilik airnya menyebabkan tulang pahanya patah.

child-safety-in-the-home 

Kemalangan di rumah boleh membunuh dan mencederakan mangsa. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru.  Namun sedikit pengetahuan dan langkah pencegahan, kemalangan itu dapat dielakkan. Dalam hal ini ibu bapa dan pembantu rumah disyorkan mengetahui mengenai langkah keselamatan dan cara  menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Pernah berlaku ibu bapa panik ketika anak mereka ditimpa kemalangan contohnya terjatuh. Tindakan mereka ialah mengangkat kanak-kanak itu padahal mereka perlu tahu sama ada tulang itu patah atau sebaliknya. Kerap kali nyawa dalam kecemasan berakhir dengan kematian kerana disebabkan pengguna jahil dalam aspek keselamatan dan langkah rawatan.

Ini adalah langkah  mengurangkan kemalangan terhadap orang ramai dan kanak-kanak kecil.
  
  • Pastikan bayi diikat dengan selamat sekiranya diletakkan di kerusi yang tinggi. 
  • Tentukan pintu yang menghala ke balkoni dikunci jika anak tidak diawasi .Pastikan pagar menghalang balkoni menghalang terjatuh 
  • Jangan biarkan anak anda berada di buaian diletakkan di atas meja atau tempat yang tinggi. 
  • Pastikan setiap tingkat bilik anda tertutup dengan selamat bagi mengelakkan anak terjatuh. 
  • Gantikan alas permaidani yang sudah lusuh dan baki lantai yang rosak. Jangan letakkan tikar atau permaidani tebal di bawah tangga atau permukaan lantai yang licin melainkan ia dilekatkan. Keringkan dengan segera air yang tumpah di lantai. 
  • Ibu bapa juga jangan biarkan anak-anak bermain dengan mancis, pemetik api atau bahan mudah terbakar. 
  • Ibu bapa juga jangan membiarkan makanan yang dimasak atas dapur tanpa jagaan di samping tidak meletakkan makanan yang dimasak menarik perhatian kanak-kanak berhampiran tempat memasak. Ibu bapa juga perlu membersihkan ruang memasak dari minyak. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia