CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini
disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal
(cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.
Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.
Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur,
tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa,
nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian
membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu
sejenis alkohol.
Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.
Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.
Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri
rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya
terdiri daripada asid asetik dan air.
Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit
dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya
mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air.
Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak
mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.
Khasiat cuka
Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib
Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk
kesihatan manusia:
Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.
Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.
Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.
Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).
Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.
Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.
Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.
Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk
menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora
(bakteria) vagina).
Membantu menguatkan mata dan telinga.
Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai
akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat
gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.
Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.
Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.
Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.
Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).
Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.
Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya
tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:
1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid
asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh
bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik
bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik,
propionik, succinic dan tartarik.
2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan
utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan
antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas
dengan menderma elektron.
3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka
dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh
(hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas).
Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes disebut penulis dalam buku berjudul Diabetes Jenis 2 terbitan Alaf 21.
Profil lipid
Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan
risiko kanser. Cuka Kurosu iaitu cuka beras tradisional Jepun didapati
dapat menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser termasuk kolon,
paru-paru, pundi kencing dan prostat.
Kibizu iaitu cuka tradisional Jepun yang diperbuat daripada gula tebu
(bukan gula putih terproses) didapati berupaya menghalang pertumbuhan
sel-sel leukemia. Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser
esophagus.
Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah
mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai
kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan
tersebut membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan.
Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan
antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan
arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular.
Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran
sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan
paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol
serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.
Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak
bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.
Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan
kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas
melakukan senaman atau kerja berat.
Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada
manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada
bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.
Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien
secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah
SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan
adalah cuka.” (Riwayat Muslim)
JUDUL BUKU TERKINI
Wednesday, January 21, 2015
Monday, January 12, 2015
Pernahkah anda merasakan masih ada banyak hal yang belum diselesaikan meski semua kerja anda telah pun selesai? Pernahkah anda berharap setiap hari mempunyai 30 jam, bukannya 24 jam? Jika anda menjawab ya, di bawah ini disenaraikan tip-tip agar anda lebih produktif dan efektif kala bekerja.
Hindari semua gangguan
Ralit dengan pesanan ringkas (SMS), BBM, WhatsApp, e-mel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya? Ini mungkin antara salah satu daripada punca mengapa anda kurang produktif dalam bekerja. Kesemua ini merupakan gangguan umum yang sering dihadapi di tempat kerja. Justeru, tetaplah fokus pada tugas anda. Ketepikan telefon anda seketika dalam mod senyap. Log off dari laman sosial. Semua ini akan menjadikan anda lebih produktif dan efektif menyelesaikan kerja tepat pada masanya.
Teliti dan ingat
Teliti dan perhatikan apa yang sedang dilakukan. Hal ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kesalahan. Bukalah minda dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas anda. Jangan sampai memikirkan hal-hal lain yang tidak berkaitan.
Buat log aktiviti
Tulis berapa lama waktu yang diperlukan untuk mengerjakan semua aktiviti / tugas anda setiap hari selama satu minggu. Cara ini dapat membantu anda mengetahui apa sahaja hal yang mengambil masa anda terlalu lama. Setelah itu, kenali cara-cara yang biasa anda lakukan untuk membuatnya lebih efisien sehingga produktiviti anda bertambah.
Jangan lakukan kerja terlalu banyak
Kajian menunjukkan bahawa bertukar-tukar tugas lebih dari sepuluh kali dalam satu masa sehari berpotensi membuatkan anda tidak produktif dan efektif. Meski anda mahu multitasking, keupayaan anda melakukan kerja yang terlalu banyak dalam satu masa boleh menurunkan tumpuan. Jadi, hindarilah daripada berpindah dari satu tugas ke tugas lain terlalu banyak. Ia boleh melambatkan kerja. Beri tumpuan pada beberapa tugas sahaja dalam satu masa agar mudah diselesaikan dengan cepat.
Bekerja pantas
Sebahagian besar orang cenderung membandingkan hasil yang diperoleh dengan hasil yang didapati dengan orang lain. Tidak kurang juga dengan orang yang terlalu suka bersaing. Jangan biarkan orang lain atau sesiapapun mempengaruhi kerja anda. Tetapkan tujuan anda sendiri dan fokus pada apa yang sedang dilakukan.
Tarik nafas
Setiap kali anda berasa buntu atau fikiran mula menerawang jauh ke hal-hal lain yang tidak berkaitan, cubalah berhenti seketika dan berehat. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga anda tenang dan kembali fokus dengan kerja anda.
Beristirehat secukupnya
Anda perlu sedar yang anda bukannya 'bionic women'. Tubuh anda memerlukan rehat mencukupi setelah melakukan pelbagai kerja sebelum kembali produktif untuk meneruskan kerja-kerja yang lain. Jangan lupa, ambil makanan yang sihat dan seimbang. Ia sebagai sumber tenaga dan glukosa untuk tubuh melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
Wednesday, January 7, 2015
Virus dan Worm (cecacing)
Ancaman malware ini boleh mengakibatkan jangkitan. Gelaran ini
diistilahkan daripada tingkah laku atau sifat-sifatnya yang akan terus
tersebar tanpa pengetahuan pengguna.
Virus boleh menjangkiti perisian yang sah dan apabila perisian ini
digunakan oleh pemilik komputer, ia akan terus merebak untuk menjangkiti
komputer lain. Jadi untuk mengelak sistem diganggu, virus perlu dicecah
dan dihalang sebelum ia mula merebak.
Sementara worm (cecacing) akan merebak tanpa apa-apa tindakan daripada
pengguna. Virus dan worm ini akan membawa 'payload' atau 'muatan',
gelaran bagi kod berniat jahat yang direka untuk melakukan kerosakan
pada peranti pengguna.
Spyware dan Keylogger
Fungsi utama spyware ialah untuk mengintip aktiviti pengguna,
mengumpul maklumat, dan mengembalikan maklumat itu kepada pencintanya
atau pada penggodam (hacker). Ia memiliki mekanisme jangkitan dan lebih
cenderung kepada ancaman kewangan. Spyware akan dipasang secara sendiri
dan menyusup masuk secara senyap untuk menyelak dikesan.
Keylogger pula merekodkan data penting seperti nama pengguna,
kata laluan, no kad kredit dan alamat e-mel. Malware ini digunakan dalam
serangan berniat jahat seperti phishing, kejuruteraan sosial, dan
kecurian identiti. Ia juga direka untuk mencuri wang daripadapengguna
komputer, peniagaan, dan bank tanpa disedari.
Rootkit dan Trojan
Merebak sebagai ancaman yang sentiasa berselindung, trojan dan rootkit
bergerak secara berkumpulan bagi mengelakkan serangan ke atas komputer
dikesan. Trojan akan berpura-pura seperti sebuah perisian yang
tidak berbahaya. Namun, sebaik sahaja pengguna memuat turunnya, trojan
akan terus menjangkiti sistem mereka.
Sementara itu, rootkit bertindak dengan cara yang berbeza.
Rootkit ialah teknik pelindung (masking) bagi malware, namun tidak
mengandungi perisian yang merosakkan. Teknik rootkit ini dicipta oleh
penggodam untuk menyembunyikan malware supaya ia tidak dapat dikesan
oleh antivirus dan program penyingkiran yang lain.
Adware (advertising-supported software)
Adware adalah malware berbentuk iklan atau perisian dengan
sokongan iklan. Malware jenis ini akan memaparkan iklan setiap kali
komputer dibuka secara automatik. Iklan ini bertujuan untuk menjana pendapatan atau untuk trafik blog/web. Walau apa pun tiada ancaman bahaya pada komputer.
Backdoor (Pintu Belakang)
Backdoor merujuk kepada mekanisme yang dapat digunakan untuk memintas dan mengakses sistem, aplikasi, dan rangkaian. Backdoors biasanya akan dipasang sebelum malware lain, untuk memudahkan dan membenarkan masuk dan meyerang.
Saturday, January 3, 2015
Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW agar kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat nanti...
Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]
Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]
Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]
Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]
Hadith Sahih. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]
Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]
Hadith Sahih. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]
Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]
Friday, January 2, 2015
Assalamualaikum wbt...
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia merakamkan Tahniah kepada YAS DATO' SOIMAN BIN JAHID di atas Perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berkuatkuasa pada 2 Januari 2015.
*Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan tahniah kepada YAS Dato' Soiman Bin Jahid.
Continue Reading
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia merakamkan Tahniah kepada YAS DATO' SOIMAN BIN JAHID di atas Perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berkuatkuasa pada 2 Januari 2015.
*Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan tahniah kepada YAS Dato' Soiman Bin Jahid.
Thursday, January 1, 2015
Assalamualaikum
Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakyat Malaysia... Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa pesawat AisAsia QZ8501 yang terhempas di lautan baru-baru ini, salam takziah juga kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri juga kami ucapkan... Semoga anda semua akan tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini... Kami juga ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir agar dapat meringankan lagi bebanan dan kesusahan mereka di sana....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(1998)
- ► September 2024 (1)
- ► August 2024 (3)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
▼
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytihar...