Virus dan Worm (cecacing)
Ancaman malware ini boleh mengakibatkan jangkitan. Gelaran ini
diistilahkan daripada tingkah laku atau sifat-sifatnya yang akan terus
tersebar tanpa pengetahuan pengguna.
Virus boleh menjangkiti perisian yang sah dan apabila perisian ini
digunakan oleh pemilik komputer, ia akan terus merebak untuk menjangkiti
komputer lain. Jadi untuk mengelak sistem diganggu, virus perlu dicecah
dan dihalang sebelum ia mula merebak.
Sementara worm (cecacing) akan merebak tanpa apa-apa tindakan daripada
pengguna. Virus dan worm ini akan membawa 'payload' atau 'muatan',
gelaran bagi kod berniat jahat yang direka untuk melakukan kerosakan
pada peranti pengguna.
Spyware dan Keylogger
Fungsi utama spyware ialah untuk mengintip aktiviti pengguna,
mengumpul maklumat, dan mengembalikan maklumat itu kepada pencintanya
atau pada penggodam (hacker). Ia memiliki mekanisme jangkitan dan lebih
cenderung kepada ancaman kewangan. Spyware akan dipasang secara sendiri
dan menyusup masuk secara senyap untuk menyelak dikesan.
Keylogger pula merekodkan data penting seperti nama pengguna,
kata laluan, no kad kredit dan alamat e-mel. Malware ini digunakan dalam
serangan berniat jahat seperti phishing, kejuruteraan sosial, dan
kecurian identiti. Ia juga direka untuk mencuri wang daripadapengguna
komputer, peniagaan, dan bank tanpa disedari.
Rootkit dan Trojan
Merebak sebagai ancaman yang sentiasa berselindung, trojan dan rootkit
bergerak secara berkumpulan bagi mengelakkan serangan ke atas komputer
dikesan. Trojan akan berpura-pura seperti sebuah perisian yang
tidak berbahaya. Namun, sebaik sahaja pengguna memuat turunnya, trojan
akan terus menjangkiti sistem mereka.
Sementara itu, rootkit bertindak dengan cara yang berbeza.
Rootkit ialah teknik pelindung (masking) bagi malware, namun tidak
mengandungi perisian yang merosakkan. Teknik rootkit ini dicipta oleh
penggodam untuk menyembunyikan malware supaya ia tidak dapat dikesan
oleh antivirus dan program penyingkiran yang lain.
Adware (advertising-supported software)
Adware adalah malware berbentuk iklan atau perisian dengan
sokongan iklan. Malware jenis ini akan memaparkan iklan setiap kali
komputer dibuka secara automatik. Iklan ini bertujuan untuk menjana pendapatan atau untuk trafik blog/web. Walau apa pun tiada ancaman bahaya pada komputer.
Backdoor (Pintu Belakang)
Backdoor merujuk kepada mekanisme yang dapat digunakan untuk memintas dan mengakses sistem, aplikasi, dan rangkaian. Backdoors biasanya akan dipasang sebelum malware lain, untuk memudahkan dan membenarkan masuk dan meyerang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...