MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, November 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan November 2011.

  • Bil. Pengunjung               = 190 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 29 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan   = 16 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 95 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 15 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 16 orang

Continue Reading
No comments
Share:

Hayati Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.


PERISYTIHARAN 
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:  
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya 
  • Memelihara cara hidup demokratik 
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama 
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak 
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
IKRAR

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan 
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
  • Keluhuran Perlembagaan 
  • Kedaulatan Undang-undang 
  • Kesopanan dan Kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.


KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.


KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.













Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 29, 2011

Banteras Pemerdagangan Manusia

 Pemerdagangan orang haram

PUTRAJAYA 10 Sept. - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang bentuk memperdagang dan mengeksploitasi manusia adalah menyalahi hukum syarak dan haram.
Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, kegiatan itu sangat ditegah dalam Islam kerana manusia ialah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah.

Continue Reading
No comments
Share:

Erti Sabar Dalam Konteks Islam


 Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

 

 

 

 RINGKASAN DARI SEGI MAKNA 

Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil i’brah sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.

Sebenarnya Allah hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat ini juga dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah. Kenyataan ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah yang mana dari setiap yang berlaku semuanya dari Allah Azza wa Jalla.


NAS

Lebih daripada 90 ayat dalam kitab Allah Yang Agung yakni Al-Quran menceritakan mengenai kesabaran, antaranya;

Firman Allah yang bermaksud;
153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Lagi Firman Allah Azza wa Jalla;
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155).

Begitu juga dari Firman Allah bahawa;
5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya Iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Surah Ibrahim : ayat 5)

Dalam Surah Al-‘Asr Allah berfirman:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

وَالْعَصْرِ(Demi masa).
 
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian),

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran).

Bukti lain yang menjelaskan kebesaran Allah dari segi kesabaran, seperti kejadian pokok, yang bermula dengan anak benih, kemudian ia perlu dijaga, disiram, dibaja, yang memerlukan masa yang lama untuk mendapat hasil yang baik. Ini tidaklah Allah menunjukkan yang kita perlu kelam kabut dalam melakukan sesuatu kerja atau tindakan. Begitu juga bumi, langit dan ciptaan Allah yang lain, ada yang berpendapat Allah menciptanya selama 6/7 hari, ayat ini menunjukkan sifat Allah Maha Penyabar. Allah juga boleh jadikan bumi ini sekelip mata saja kerana Allah Maha Mencipta. Peristiwa penurunan ayat Al-Quran yang berperingkat-peringkat dan kejadian manusia yang Allah tentukan menunjukkan Allah ialah Sang Pecipta Yang Maha Agung lagi Maha Penyabar dan Bijaksana.

Nabi Muhammad SAW pernah memberi wasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib
sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada hari perkahwinan Saidina Ali dengan Fatimah anak perempuan Rasulullah. Salah satu daripada 13 wasiat Rasulullah kepada Ali adalah memintanya untuk sentiasa bersabar ketika mendepani perasaan amarah. Sabda Muhammad Rasulullah: 

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran."

Kesimpulan

Sebenarnya Allah hendak menunjukkan hambanya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah bergopoh-gopoh dalam sesuatu hal kerana ini sebahagian perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman seseorang perlulah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar manusia tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan laknatullah.


 


 


Continue Reading
No comments
Share:

Info Kesihatan - Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesihatan

 Wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan . Ada segelintir wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg tangan atau pakaian.

Namun antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita apatah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingan yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

Kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum wanita. Terdapat pelbagai rekaan, warna dan jenama dengan harga berbeza dijual di pelbagai pusat beli belah. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.
Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanit menyangka ia adalah ‘perut buncit’.

Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui ‘mangsa’ baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan. Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

Lebih serius tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya , anda boleh cuba menggunakan beg seimbang pada kedua-dua belah bahu. Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, November 25, 2011

Pengumuman - Program Mari Membaca 1Malaysia : Iqra' @ Masjid Putra 2011


 
Salam 1Malaysia,
Sukacitanya, kami ingin menjemput kepada semua rakan-rakan untuk menjayakan Program Mari Membaca 1Malaysia : Iqra' @ Masjid Putra 2011. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini... JUMPA ANDA DI SANA !!!
 
Bertempat di Masjid Putra, Putrajaya
27 November 2011

Anjuran :
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Perpustakaan Negara Malaysia

dengan kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Masjid Putra, Putrajaya

Continue Reading
No comments
Share:

INFO SIHAT - KANSER SERVIKS

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim? 

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan? 

Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

 Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Soalan Lazim
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

 Rujukan.

  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer

Continue Reading
No comments
Share:

INFO SIHAT - KANSER PROSTAT

 Apakah itu kanser prostat?
Kanser ialah ketumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam badan . Manakala kanser prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.

Bagaimana boleh diperjelaskan lagi mengenai kanser prostat ini?
Kelenjar prostat ialah sejenis kelenjar yang berbentuk kon. Ia terdapat pada sistem pembiakan lelaki dan terletak di bawah pundi kencing. Fungsi utamanya ialah menghasilkan sebahagian penting cecair seminal yang membawa air mani atau sperma. Prostat juga mengawal pengaliran keluar air kencing dari pundi kencing. Fungsi prostat dikawal atur oleh testosteron, sejenis hormon seks lelaki yang dihasilkan sepenuhnya oleh testikel. Risiko mendapat kanser prostat ini meningkat mengikut umur. Ia lebih lazim berlaku di kalangan kaum kulit hitam Afrika-Amerika berbanding dengan kaum kulit putih. Kanser ini lebih banyak dikesan di kalangan lelaki yang berumur 40 tahun ke atas. Lebih dari 75% kes-kes ini telah didiagnoskan di kalangan kaum lelaki yang berumur 65 tahun ke atas.

Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?
Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel yang terdapat di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu diluar kawalan semulajadi. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan yang tidak terkawal. Ia kemudiannya merebak (metastasis) ke bahagian-bahagian badan yang lain terutamanya tulang dan organ-organ tertentu. 

Apakah penyebab kanser prostat?
Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui tetapi sesetengah para pengkaji mempercayai bahawa kanser ini mungkin disebabkan oleh hormon lelaki terutamanya hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan kejadian kanser tersebut.

Apakah gejala kanser prostat?

Di peringkat awal, kanser prostat selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana lazimnya, penyakit ini dapat dikesan di peringkat awal, ketika gejalanya masih belum timbul.
Gejala bagi kanser prostat lazimnya bermula dengan :

• Bertambah keinginan untuk membuang air kecil.
• Aliran kencing menjadi lemah.
 Mati pucuk.
• Terdapat darah dalam air kencing.
• Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku).
• Nodus limfa membengkak di sekitar kawasan kelangkang
• Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.
• Seringkali terasa sakit di bahagian pelvis, saraf tunjang, pinggang, dan tulang dada.
Gejala di atas tidak semestinya bermakna seseorang itu menghidap kanser prostat. Mereka mungkin juga mengalami satu keadaan lain yang dinamakan hiperplasia benigna prostatik (Benign Prostatic Hyperplasia) - sejenis penyakit benigna yang terjadi di kalangan wargatua lelaki di mana kelenjar prostat mengalami pembesaran, apabila mereka meningkat tua.

Apakah faktor risiko yang boleh meningkatkan kanser prostat?
Kanser prostat hanya berlaku pada kaum lelaki. Sebagai seorang lelaki, anda telah pun mempunyai risiko untuk mendapat kanser prostat. Tetapi, terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini, seperti:

• Sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser prostat.
• Pemakanan/diet.
• Ia meningkat mengikut umur.
• Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu seperti kadmium, getah dan juga logam.
• Status perkahwinan - lelaki yang masih bujang mempunyai risiko yang lebih rendah mendapt kanser ini.
• Penduduk Amerika dan juga Eropah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat berbanding penduduk Asia.

Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat
Lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser prostat mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit ini. Risiko mereka meningkat sehingga 2 ke 3 kali ganda. Risiko mendapat penyakit ini juga meningkat di kalangan lelaki yang ibu atau adik-beradik perempuannya menghidapi kanser ovari atau kanser payudara. Ini adalah kerana faktor risiko yang diwarisi melalui kromosom X daripada ibu.
Pemakanan/diet
Lelaki yang mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak berisiko mendapat kanser prostat - terutamanya lemak dari daging merah dan sumber lemak haiwan yang lain. Mereka ini akan mengalami gejala yang lebih teruk. Penyakit ini lebih kerap terjadi di negera-negara yang banyak bergantung kepada daging dan hasil tenusu sebagai makanan utama mereka berbanding dengan penduduk di negara yang memakan nasi, produk kacang soya dan sayur-sayuran.

Peningkatan umur
Bagi seseorang lelaki apabila umurnya meningkat, risiko untuk mendapat penyakit ini juga akan meningkat. Kanser prostat berlaku secara eksklusifnya kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Insidens meningkat bagi setiap dekad selepas umur 50 tahun. Lelaki yang berumur 70 tahun mempunyai risiko 12 kali ganda mendapat penyakit ini berbanding dengan lelaki yang berumur 50 tahun .

Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu.
Pendedahan kepada bahan kimia tertentu boleh meningkatkan risiko kanser prostat. Ini termasuklah pekerja-pekerja yang terdedah kepada kadmium, pekerja di bidang pembuatan tayar dan getah, petani, mekanik dan juga pekerja di sektor pembuatan logam.

Faktor-faktor di bawah ini boleh meningkatkan risiko kanser prostat:
• Aktif secara seksual. Satu kajian terbaru* telah menunjukkan risiko mendapat kanser prostat meningkat dengan bertambahnya jumlah pasangan seks wanita seseorang lelaki itu.
• Mempunyai sejarah penyakit kelamin.
• Hiperplasia benigna prostatik (Benign Prostatic Hyperplasia).
• Pernah menjalani pembedahan vasektomi.
• Sumber : American Journal of Epidemiology 2001: 152:1152 - 1158

Bagaimanakah kedudukan kejadian penyakit ini?
Di Amerika Syarikat, kanser prostat ini jarang berlaku di kalangan pemuda Amerika. Kadar insidennya hanya 1 bagi setiap 100,000 orang lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah. Walau bagaimanapun, kadarnya, meningkat kepada 82 bagi setiap 100,000 lelaki yang berumur antara 50 - 54 tahun, 518 untuk lelaki berumur antara 60 - 64 dan 1,326 untuk lelaki berumur antara 70 - 74*.

Secara amnya, kanser prostat adalah kanser kedua yang paling biasa berlaku di kalangan kaum lelaki selepas kanser kulit. Kanser prostat lebih lazim berlaku di negara-negara barat berbanding dengan di Malaysia. Kanser prostat jarang berlaku di Malaysia walaupun ia merupakan kanser yang boleh mengancam nyawa(**)

** Sumber: Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan, 1997
* Ries LAG, Kosary CL, hankey BF, Miller BA, et al. SEER Canser Statistics Review, 1973-1994. National Cancer Institute, NIH Publication No. (&-2789, Bethesda, MD, 1997.

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser prostat?
Ujian yang lazimnya dijalankan untuk kanser prostat adalah:
• Pemeriksaan Rektum (dubur) Digital (Digital Rektal Examination)
Kebanyakan kes kanser prostat bermula di bahagian posterior kelenjar yang hanya boleh diperiksa melalui pemeriksaan rektum digital. Semasa pemeriksaan ini doktor akan memakai sarung tangan dan memasukkan jarinya ke dalam rektum untuk memeriksa kelenjar sama ada terdapat sebarang perubahan atau keabnormalan di kawasan tersebut yang boleh dianggap sebagai kanser.

Pengesanan antigen spesifik prostat (PSA)
Ini merupakan satu pemeriksaan yang lazimnya dijalankan untuk kanser prostat). Ujian darah PSA bertujuan untuk menyukat bahan protein yang dihasilkan oleh sel prostat. Jika keputusan menunjukkan ianya di bawah paras 4ng/mL, ini dianggap normal. Tetapi jika ianya mencapai paras melebihi 10 ng/mL ini dianggap tinggi, dan nilai antara 4 hingga 10 dianggap sebagai pinggiran. Semakin tinggi paras PSA semakin besar kemungkinan wujudnya kanser prostat. Seseorang lelaki yang mempunyai keputusan melebihi 10 ng/mL dinasihatkan melalui pemeriksaan biopsi bagi memastikan sama ada ia menghidap kanser ataupun tidak.

Kiraan sel darah sepenuhnya
Dilakukan khususnya untuk mengesan anemia (kekurangan jumlah sel darah merah dalam darah). Ini kerana anemia selalunya menentukan perkembangan penyakit tersebut.

Ujian fungsi ginjal dan hati
Kemaraan kanser akan mempengaruhi fungsi ginjal atau buah pinggang dan hati.

X-ray dada, imbasan tulang
Untuk memeriksa perebakan (metastasis) penyakit kanser prostat.

Analisis air kencing
Ini juga merupakan satu pemeriksaan yang lazim dijalankan untuk mengesan kewujudan nanah di dalam air kencing yang akan memberi satu isyarat kepada doktor untuk membuat siasatan lanjut (seperti melakukan pemeriksaan rektum (dubur) digital. Jika keputusannya positif, langkah serterusnya adalah untuk menjalankan ujian-ujian pengesahan bagi menentukan kewujudan kanser prostat. Ujian biopsy ialah salah satu daripada ujian pengesahan yang akan dilakukan. Ujian biopsi prostat merupakan ujian pengesahan bagi kanser prostat. Ia dijalankan dengan mengambil sampel sel dari kelenjar prostat. Sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kewujudan sel kanser.
 
Bagaimanakah biopsi prostat ini dilakukan?
Kaedah "trans rectal ultrasound" (TRUS) akan dijalankan dengan memasukkan alat kuar yang dibubuh pelincir ke dalam rektum. Gelombang bunyi yang dihasilkan dari kuar akan melantun ke kelenjar prostat dan tisu-tisu di sekitarnya dan kembali semula ke kuar tersebut. Semasa proses ini berlaku gambar akan diambil yang menunjukkan prostat dan bahagian-bahagiannya. Ia juga akan menunjukkan tempat di mana terletaknya kanser tersebut.
Biopsi yang berpandukan ultrasound ini merupakan satu piawaian yang perlu dilakukan. Dalam biopsi prostat ini secebis tisu akan diambil dari prostat menggunakan jarum berpegas (spring) kecil. Jarum ini diletakkan pada kuar ultrasound, kemudiannya dimasukkan ke dalam prostat melalui rektum. Biasanya, sebanyak 6 - 12 sampel akan diambil untuk diperiksa di bawah mikroskop.

Apakah rawatan yang diberikan untuk kanser prostat?

Rawatan yang lazim bagi kanser prostat termasuk:
• Pembedahan untuk membuang kelenjar prostat Pembedahan ini dikenali sebagai prostatektomi yang juga dijalankan untuk membuang sebarang sumbatan pada uretra.
• Radioterapi untuk memusnahkan sel-sel kanser Di peringkat awal kanser prostat, radioterapi boleh diberi sebelum dan juga selepas pembedahan. Komplikasi yang mungkin timbul berikutan dari pembedahan dan rawatan radioterapi termasuklah: ' Mati pucuk. ' Gangguan pembuangan air kencing. ' Penyempitan saluran uretra. 

Bagaimanakah kita boleh memantau diri kita dalam masalah ini?
Menjalani pemeriksaan dan saringan setiap tahun adalah disyor bagi setiap orang lelaki yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas. Amalan ini membolehkan kanser prostat dikesan lebih awal .
Ujian saringan yang yang utama untuk kanser prostat ialah:
• Pemeriksaan rektum digital
• Pengesanan penanda tumor serum yang merupakan antigen spesifik prostat (PSA). Ujian paling penting untuk memantau tahap perkembangan kanser prostat ialah ujian darah PSA. Ujian PSA ini akan menyukat jumlah protein dan antigen spesifik prostat yang beredar di dalam darah. Walaupun wujud hanya sedikit sahaja di kalangan lelaki yang tidak menghidapi kanser tetapi pada umumnya, kuantitinya meningkat apabila seseorang itu mendapat kanser prostat. Seseorang lelaki yang memiliki prostat yang sihat mempunyai paras PSA sebanyak 4.0 atau kurang. 

Walau bagaimanapun peningkatan nilai PSA yang tinggi tidak bermakna seseorang itu mendapat kanser. Doktor anda akan membuat beberapa ujian lanjutan untuk mengesahkan diagnosis sebenar. Jika kanser dikesan, paras PSA merupakan sesuatu yang penting untuk memantau tindak balas terhadap rawatan dan perebakan kanser. Apabila paras PSA dalam darah meningkat, ia menandakan prostat telah menjadi besar yang kemungkinannya disebabkan oleh kanser.

Apakah prognosis bagi kanser prostat?
Kesan yang mungkin berlaku bagi kes kanser prostat adalah pelbagai dan juga banyak bergantung pada tahap keterukan penyakit ini. Kebanyakan lelaki tidak mendapat rawatan yang terbaik untuk kanser yang dihidapinya kerana penyakit itu dikesan lewat. Jika kanser itu berlaku pada pesakit yang lebih tua, faktor lain seperti tahap kesihatan dan juga kehadiran penyakit lain boleh mempengaruhi kesan penyakit tersebut. Kemungkinan untuk pulih adalah baik jika kanser itu dikesan diperingkat awal dan diberi rawatan yang sewajarnya. Jika kanser prostat dikesan lebih awal, peluang untuk sembuh meningkat sehingga 98%.

Bagaimana kita boleh mencegah kanser prostat?
Pengesanan awal adalah sangat penting. Ini memerlukan pemeriksaan kelenjar prostat yang teliti. Faktor risiko seperti umur dan juga sejarah penyakit dalam keluarga adalah di luar kawalan. Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.

Maklumat terkini yang diperolehi menunjukkan bahawa sesetengah kes kanser prostat boleh dicegah melalui:
• Mengurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan dengan makanan dari hasil tumbuh-tumbuhan. Pengambilan sayur-sayuran dan bijirin juga adalah digalakkan. Ambil lebih banyak ikan dan ayam. Pada umumnya, kurangkan pengambilan daging merah. Buangkan kulit daging ayam sebelum dimasak. Kurangkan pengambilan mentega, margerin dan minyak. Ini kerana makanan yang berlemak menggalakkan kanser prostat. Mengurangkan lemak boleh membantu memperlahankan kemaraan penyakit ini.
• Tomato, limau dan juga tembikai boleh membantu menghalang kerosakan pada DNA. Dengan yang demikian ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser termasuklah kanser prostat.
• Pengambilan vitamin E juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. Walau bagaimanapun kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A tambahan boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ini. Hormon lelaki, seperti androgen telah dikenali boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser termasuk kanser prostat. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih dalam peringkat kajian.

Continue Reading
1 comment
Share:

Salam Maal Hijrah 1433H


Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat sekalian...


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Ahad ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan di sini Jumaat, berkata Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut dijadual berangkat ke majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.

Majlis juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota Kabinet dan duta luar negara.

Tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan, kata kenyataan itu.

Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyertai perhimpunan itu yang membabitkan 4,500 penyertaan, kata kenyataan itu.
Pada majlis itu, dua individu akan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Peringkat Antarabangsa yang masing-masing akan menerima wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan.

Sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi pelbagai program termasuk Forum Perdana Khas Maal Hijrah yang membincangkan tajuk "Luruskan Saf", serta majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara esok.- BERNAMA

Continue Reading
No comments
Share:

Biodata Tokoh Maal Hijrah 1433H

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN

Pengerusi JKF Ke-5 (2005 hingga sekarang)
Latarbelakang Diri Dan Pendidikan
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dilahirkan di kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang.  Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga.  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tebing Tinggi dan kemudian menyambung  pelajarannnya di peringkat menengah di Sekolah Al-Junid Singapura.  Dorongan ibu dan bapanya yang ingin melihat beliau menjadi seorang  berpendidikan tinggi agama disamping minat beliau sendiri, maka pada tahun 1964 beliau menyambung pengajian ke Al-Azhar Al-Shariff atas biasiswa Al-Azhar pada peringkat awalnya dan seterusnya biasiswa Kerajaan Negeri Pahang. 
 
Pada tahun 1970, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Fakulti Usuluddin dan pada 1971, beliau juga telah berjaya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Shams, Cairo. Selepas berjaya dari Universiti Ain Shams, beliau kembali ke Al-Azhar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dan telah berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana pada tahun 1973.
 
Semasa pengajiannya di universiti Al-Azhar dan Ain Shams, beliau bergiat aktif dalam kegiatan dan kepimpinan pelajar sehingga dipilih sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Melayu Mesir dan seterusnya Setiausaha Agung gabungan pelajar-pelajar Asia Tenggara di Timur Tengah.
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor telah bertemu jodoh dengan Puan Sri Ramah Abdul Manan yang berasal dari Singapura.  Hasil perkongisan hidup, beliau telah dikurniakan empat orang puteri yang telah mendapat didikan sempurna daripada kedua ibu dan bapanya.  Anak pertama, Syahirah telah mendapat Ijazah Dr. Falsafah dalam bidang Undang-Undang Perbandingan dari Universiti KLEE, United Kingdom. 
 
Anak  kedua pula, Dr. Syaimak  mendapat Ijazah Doktor  Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Komputer dari Universiti Nottingham, United Kingdom.  Manakala anak yang ketiga, Syadiyah sedang menyelesaikan tesis PhDnya dalam bidang ekonomi dan muamalat di Universiti Cardif, United Kingdom, dan anak bongsu, Dr. Syadwa telah berjaya menjadi  Doktor dalam bidang perubatan dan sekarang berkhidmat di Hospital Ampang.
 
Kerjaya  Dan Sumbangan Kepada Masyarakat
 
Dengan berbekalkan Ijazah Sarjana dan Diploma Pendidikan, pada tahun 1974 beliau diterima berkhidmat sebagai tenaga akademik di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam  Universiti Kebangsaan Malaysia.  Pada tahun 1980, beliau dinaikkan ke jawatan Profesor Madya dan pada tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah.
 
Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Al-Azhar dan pada tahun 1984 beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam.  Beliau merupakan anak Melayu pertama lulus di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dari Al-Azhar.
 
Setelah kembali ke tanah air pada 15 Jun 1985, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sehingga 31 Januari 1987. Pada 1 Jun 1992, selepas beliau bercuti sabatikal, Abdul Shukor sekali lagi dilantik menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam sehingga 30 Mei 1998.  Beliau dinaikkan ke jawatan Profesor penuh di Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1993,.
 
Pada 1 Disember 1999, beliau diamanahkan untuk menerajui sebuah universiti baru yang dikenali sekarang sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai Naib Canselor pertama.  Peluang ini amat berharga kerana cita-cita beliau yang sangat mendalam untuk membangun sebuah pusat pengajian tinggi moden yang berteraskan Pengajian Islam, menggabungkan antara ilmu aqli dan naqli, kemahiran teori dan amali, serta mahasiswanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris disamping bahasa kebangsaan.  Selama 10 tahun beliau menerajui USIM, hasratnya untuk melahirkan satu pusat pengajian yang berpendidikan bersepadu telah terserlah dengan penubuhan lapan fakulti, dua institut dan tiga pusat termasuk pusat tamhidi.  Di antara Fakulti-fakulti yang telah ditubuhkan ialah termasuk Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.  Kesemua Fakulti ini adalah menggunakan pendekatan bersepadu.
 
Selepas beliau menamatkan khidmat sebagai Naib Canselor USIM, khidmatnya terus diperlukan. Pada masa ini, beliau mengetuai Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) disamping tugasnya sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Majlis Raja-Raja.  Di samping dua tugas yang besar ini, beliau terus menabur khidmat di dalam beberapa jawatankuasa penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, beliau dilantik sebagai
 
-           Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
-           Ahli Majlis Perundingan Islam JAKIM
-           Ahli Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
-           Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji
-           Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-           Pengerusi Panel Syariah Kumpulan Silver Bird Berhad
-           Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji
-           Ahli Lembaga Penasihat Pensijilan Halal, JAKIM
-           Ahli Lembaga Saham Wakaf Negeri Pahang
-           Pengerusi Lajnah Tashih (Lembaga Semakan Pakar Tafsir Terbitan JAKIM)
 
Dalam bidang akademik pula,beliau sering dilantik sebagai Profesor Pelawat bagi kenaikan pangkat profesor dan profesor madya di beberapa universiti tempatan dan luar Negara dan juga menjadi penilai luar kepada tesis Master dan Ph.D di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam.  Di peringkat antarabangsa beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Akademik Fiqh Sedunia yang beribu pejabat di Saudi Arabia dan sekaligus merupakan wakil Malaysia di badan tersebut.  Dan sejak tahun 2004 sehingga sekarang, beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga International Syariah Research for Islamic Finance (ISRA) di bawah Bank Negara. 
 
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat Pengajian Islam Sedunia dari tahun 1993 hingga 1995 dan Timbalan Pengerusi Persatuan Intelek Islam Asian pada tahun 1998 sehingga 2001.  Di samping itu, beliau juga pernah menganggotai beberapa jawatankuasa seperti Pengerusi Jawatankuasa Istilah Islam dan Panel Penilai Tamadun Islam dan Falsafah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ahli lembaga Pendidikan Islam (LEPAI) , Jabatan Perdana Menteri.  Ahli Lembaga Syariah KFC Holdings, Pengerusi Jawatankuasa Terjemahan Hadis Sahih Al-Bukhari, JAKIM dan juga Ahli Lembaga Pengurus Kolej Islam Pahang (KIPSAS).
 
Walaupun beliau sibuk dengan pelbagai jawatankuasa dan organisasi di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, bidang tujahan utamanya tidak pernah dilupakan iaitu beliau sehingga sekarang ini berjaya menghasilkan lebih dari sepuluh buah buku dan beberapa artikel dalam jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Penulisan terakhir beliau dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam setebal 513 halaman yang diterbitkan oleh USIM. 
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor tidak jemu-jemu menabur jasa dan budi untuk meningkatkan pendidikan Islam dan memartabatkan agama  serta berbudi pada bangsa dan Negara.  Sumbangan beliau yang bernilai dalam bidang akademik  dan bukan akademik telah mendapat pengiktirafan  negara di mana pada tahun 1993, beliau dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota  Pahang  (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.  Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Yang di-Pertuan Agong. 
 
Pada Tahun 2006, beliau di kurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’ dan pada bulan Jun 2010 baru-baru ini sempena hari keputeraan DYM Yang di-Pertuan Agong, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.  Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan negara amat bernilai dan telah mendapat pengiktirafan tertinggi dari UKM dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam semasa Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti tersebut pada 4 Ogos 2010. Khidmat beliau yang tidak pernah mengenal erti penat serta komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan USIM juga telah mendapat pengikrafan dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen ke-8 USIM pada 25 September 2010.

Continue Reading
No comments
Share:

Tokoh Maal Hijrah 1433H - Peringkat Kebangsaan

Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam telah dipilih menjadi penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi kategori antarabangsa pada tahun ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin telah dipilih untuk menjadi Tokoh Maal Hijrah bagi kategori kebangsaan.

 
-Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam


 Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin


Pengumuman pemilihan kedua-dua tokoh itu dilakukan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1433 Hijrah/2011 Masehi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis sambutan sempena memperingati tahun baru Islam itu dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, November 23, 2011

Motivasi Fisiologi Dan Kerjaya

MOTIVASI adalah suatu penggerak hati yang mendorong seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Tenaga dalaman yang kuat ini amat penting dan mampu memberi impak yang besar terhadap sesuatu perkara yang hendak dilakukan.

Dalam konteks pekerjaan, motivasi juga dianggap perkara yang paling penting. Pekerja yang bermotivasi akan sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh semangat dedikasi dan bersikap proaktif. Pekerja seperti inilah yang mampu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan organisasi.

Latar belakang pekerja, keperibadian, falsafah hidup adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi prestasi dan motivasi pekerja. Untuk itu, pengurus sumber manusia perlu memahami kehendak dan keperluan pekerja. Kehendak dan keperluan ini juga memerlukan keseimbangan. Justeru, memahami kehendak dan keperluan pekerja itu bermula dengan memahami keperluan manusia.

Abraham Maslow (1943) menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks. Beliau menganggap bahawa individu akan terus bermotivasi disebabkan oleh sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Maslow dalam "a theory of human motivation" menyatakan terdapat lima (5) tahap keperluan manusia.

Keperluan pertama adalah keperluan fisiologi. Ia adalah keperluan asas manusia seperti makan, minum, tidur, tempat kediaman dan sebagainya. Peralatan untuk melaksanakan sesuatu kerja seperti komputer, pencetak, kerusi, meja, kenderaan dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan atau tugas juga merupakan keperluan fisiologi. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan mempengaruhi tumpuan pekerja semasa menjalankan tugas.

Tahap kedua adalah keperluan keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan mangsa penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Keperluan sosial (kasih sayang dan kepunyaan) adalah keperluan ketiga yang perlu dipenuhi. Ia merupakan keperluan untuk dicintai dan perasaan kekitaan. Semua pekerja  perlu  merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

Tahap seterusnya adalah penghargaan kendiri (esteem). Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk menghormati dan dihormati. Pekerja perlu diberi kepercayaan dan tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan kepada organisasi. Ini akan meningkatkan penghargaan kendiri atau self-esteem. Mungkin penghargaan kendiri kendiri dalam konteks pekerjaan adalah ucapan penghargaan daripada ketua jabatan, anugerah dan penghargaan daripada jabatan atau peluang kenaikan pangkat.



Tahap terakhir adalah keperluan kesempurnaan kendiri. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia. Mengikut Maslow, keperluan untuk kesempurnaan kendiri dapat memberi motivasi yang berkekalan.

Keperluan peringkat kedua hingga peringkat kelima merupakan keperluan psikologi. Agak sukar untuk menentukan yang mana satu menjadi keutamaan seseorang  pekerja. Kesemua keperluan ini mungkin tidak boleh dipenuhi dalam satu masa. Oleh itu, perancangan dan pendekatan yang sesuai oleh pihak pengurus sumber manusia adalah amat penting dalam meningkatkan tahap motivasi pekerja.



SUMBANGAN ARTIKEL
Oleh: Sukri Suhaimi
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia