Sir Bernard Henry Spilsbury (16 May 1877 – 17 December 1947) was a British pathologist. His cases include Hawley Harvey Crippen, the Seddon case and Major Armstrong poisonings, the "Brides in the Bath" murders by George Joseph Smith, Louis Voisin, Jean-Pierre Vaquier, the Crumbles murders, Norman Thorne, Donald Merrett, the Podmore case, the Sidney Harry Fox matricide, Alfred Rouse, Elvira Barney, Tony Mancini and the Vera Page case. He also played a critical role in the development of Operation Mincemeat, a deception operation during World War II which saved thousands of lives of Allied service personnel.
Spilsbury was born on 16 May 1877 at 35 Bath Street, Leamington Spa, Warwickshire. He was the eldest of the four children of James Spilsbury, a manufacturing chemist, and his wife, Marion Elizabeth Joy.
On 3 September 1908, Spilsbury married Edith Caroline Horton. They had four children together: one daughter, Evelyn, and three sons, Alan, Peter, and Richard. Peter, a junior doctor at St Thomas's Hospital in Lambeth, was killed in the Blitz in 1940, while Alan died of tuberculosis in 1945, shortly after the Second World War.
The deaths (of Peter, in particular) were a blow from which Spilsbury never truly recovered. Depression over both his finances and his declining health are believed to have been a key factor in his decision to commit suicide by gas in his laboratory at University College, London in 1947.
In later years, Spilbury's dogmatic manner and his unbending belief in his own infallibility gave rise to criticism. Judges began to express concern about his invincibility in court and recent researches have indicated that his inflexible dogmatism led to miscarriages of justice.
Educated at Magdalen College, Oxford, he took a BA in natural science in 1899, an MB BCh in 1905 and an MA in 1908. He also studied at St Mary's Hospital in Paddington, London, from 1899. He specialised in the then-new science of forensic pathology. In October 1905, he was appointed resident assistant pathologist at St Mary's Hospital when the London County Council requested all general hospitals in its area appoint two qualified pathologists to perform autopsies following sudden deaths.
Important cases
The case that brought Spilsbury to public attention was that of Hawley Harvey Crippen in 1910, where he gave forensic evidence as to the likely identity of the human remains found in Crippen's house. Spilsbury concluded that a scar on a small piece of skin from the remains pointed to Mrs Crippen as the victim.
Spilsbury later gave evidence at the trial of Herbert Rowse Armstrong, the solicitor convicted of poisoning his wife with arsenic.
The case that consolidated Spilsbury's reputation as Britain's foremost forensic pathologist was the "Brides in the Bath" murder trial in 1915. Three women had died mysteriously in their baths; in each case, the death appeared to be an accident. George Joseph Smith was brought to trial for the murder on one of these women, Bessie Mundy. Spilsbury testified that since Mundy's thigh showed evidence of goose skin and, since she was, in death, clutching a bar of soap, it was certain that she had died a violent death – in other words, had been murdered.
Spilsbury was also involved in the case of the Brighton trunk murders. Athough the man accused of the murders, Tony Mancini, was acquitted, he confessed to the killing just before his own death, many years later, vindicating Spilsbury's evidence.
Spilsbury was able to work with minimal remains, such as those involved in the Alfred Rouse case (the "Blazing Car murder"). Here, a near-destroyed body was found in the wreck of a burnt-out car near Northampton in 1930. Although the victim was never identified, Spilsbury was able to give evidence of how he had died and facilitate Rouse's conviction.
During his career, Spilsbury performed thousands of autopsies, not only of murder victims but also of executed criminals. He was able to appear for the defence in Scotland, where his status as a Home Office pathologist in England and Wales was irrelevant: he testified for the defence in the case of Donald Merrett, tried in February 1927 for the murder of his mother and acquitted as not proven.
Spilsbury was knighted early in 1923. He was a Home Office-approved pathologist and lecturer in forensic medicine at the University College Hospital, the London School of Medicine for Women and at St. Thomas' Hospital. He also was a Fellow of the Royal Society of Medicine.
On 17 July 2008, files containing notes on deaths investigated by Spilsbury went under the hammer at Sotheby's and were acquired by the Wellcome Library in London.The files' index cards documented deaths in the County of London and the Home Counties from 1905 to 1932. The hand-written cards, discovered in a lost cabinet, were the notes that Spilsbury apparently accumulated for a textbook on forensic medicine which he was planning, but there is no evidence that he ever started the book.
JUDUL BUKU TERKINI
Friday, November 30, 2012
Thursday, November 29, 2012
Tahukah anda bahawa rasa pedas terhasil daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai kapsaisin (methyl-Nvanilil-6-nonemida).
Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili di mana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesonoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans. Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.
Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada segi varieti, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemerosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami. Malah cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.
Continue Reading
Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili di mana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesonoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans. Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.
Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada segi varieti, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemerosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami. Malah cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.
Wednesday, November 28, 2012
Pekerjaan merupakan sesuatu tugas yang harus dilakukan bagi memperolehi pendapatan untuk menyara kehidupan seharian. Namun sejauh manakah kesanggupan kita melakukan pekerjaan yang diperolehi, dalam usaha untuk menjamin mutu yang diberikan mencapai standard majikan?
Menurut kaji selidik berkaitan deprivasi percutian 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian expedia.com.my mendapati, 9 daripada 10 pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja, walaupun ketika bercuti. Menurut laporan tersebut, pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedikasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali.
Kaji selidik itu juga turut mendedahkan bahawa pekerja di Malaysia menghabiskan kira-kira 40 jam seminggu bekerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti tahunan sekaligus merupakan antara yang terendah di dunia. Menurut kajian, faktor utama pekerja tidak memanfaatkan cuti adalah kerana kegagalan menyelaraskan cuti bersama-sama rakan.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, sebanyak 40% pekerja enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua mereka akan meluluskan cuti manakalah 15% pula bimbang cuti yang diambil akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional. Kaji selidik itu melibatkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 negara di Asia, Austalia dan Asia Pasifik, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah dalam membandingkan tabiat bercuti mereka.
Continue Reading
Menurut kaji selidik berkaitan deprivasi percutian 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian expedia.com.my mendapati, 9 daripada 10 pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja, walaupun ketika bercuti. Menurut laporan tersebut, pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedikasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali.
Kaji selidik itu juga turut mendedahkan bahawa pekerja di Malaysia menghabiskan kira-kira 40 jam seminggu bekerja tetapi hanya menerima purata 14 hari cuti tahunan sekaligus merupakan antara yang terendah di dunia. Menurut kajian, faktor utama pekerja tidak memanfaatkan cuti adalah kerana kegagalan menyelaraskan cuti bersama-sama rakan.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, sebanyak 40% pekerja enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua mereka akan meluluskan cuti manakalah 15% pula bimbang cuti yang diambil akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional. Kaji selidik itu melibatkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 negara di Asia, Austalia dan Asia Pasifik, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah dalam membandingkan tabiat bercuti mereka.
Tuesday, November 27, 2012
Apabila anda mengantuk, kepala menjadi berat dan anda sukar membuka mata. Anda juga menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap.
Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak.
Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semulajadi tubuh untuk menyejukkan otak. Namun sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat.
Continue Reading
Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak.
Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semulajadi tubuh untuk menyejukkan otak. Namun sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat.
Monday, November 26, 2012
Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik
untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam
lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu
mengubati pelbagai jenis penyakit lain. Lobak tidak semestinya
dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak
susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Jom ketahui apakah khasiat
lobak merah ini.
Batu Karang
Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian
tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis
airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus
tersebut sekali sehari.
Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur
dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang
ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.
Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada
beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan
tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum
airnya 3 kali sehari.
Kekejangan Jantung
Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air
masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan
gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.
Sakit Ketika Datang Haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit
air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.
Friday, November 23, 2012
RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi
melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi
positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka emel, baca suratkhabar, baca gosip-gosip mahupun sertai sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik.
Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap.
Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup.
Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
Continue Reading
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka emel, baca suratkhabar, baca gosip-gosip mahupun sertai sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap.
Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup.
Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Tahukah anda, 15 fakta menarik tentang senyuman? Jom baca.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain.
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu
Khasiat Daun Betik Yang Jarang Diketahui
Jika dahulu kita sudah mengetahui apakah khasiat buah betik, kini rupa-rupanya daun betik juga berupaya merawat penyakit dan dijadikan sebahagaian ramuan dalam masakan. Khasiat daun betik ini antaranya mampu merawat demam malaria, boleh memperbanyakkan susu badan, dan boleh memperbanyakkan susu badan. Jom kita ketahui bagaimana untuk menggunakan daun betik ini.
Merawat Demam Malaria
Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.
Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.
Memperbanyakkan Susu Badan
Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.
Satay Lebih Empuk dan Wangi
Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan
orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
“Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali,
Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah SWT.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya
daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari
pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Jika wanita mementingkan kecantikan dan
keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal
yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki
adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang
lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.
Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan
sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara
kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih kacak dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih kacak dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang
penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut
itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut.
Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan
sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW.
Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan
sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi
melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai
dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah
Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan
berjanggut.
Lesung pipit terjadi akibat dari variasi
otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku
pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari
tulang zygomatic.
Tulang ini membahagi kepada superior
(bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).
Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot
zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan
terbentuklah lekuk pada pipi.
Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di
pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi
tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.
Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit
dan ada juga yang tidak? Beberapa masyarakat ada yang percaya dengan
mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung
cili ke pipi bayi.
Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar
kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang
diturunkan. Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah
satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah
seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.
Beberapa orang memiliki lesung pipi yang
dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar.
Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen
lesung pipit yang dominan.
Jika salah satu orang tua memiliki lesung
pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi
berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu orangtua dengan
lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.
Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu
(29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of
Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal
Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh
kecacatan dari otot zygomaticus utama.
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap,
maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat
efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti
membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.
Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika
seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami
penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki
lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.
Thursday, November 22, 2012
Minggu, 4 Rabi’ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi ‘), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: “Wahai Rasul, kepalaku pusing”. Rasulullah pun tersenyum, “Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali”. Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersenda gurau, “Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?”
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, “Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain”. Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi’ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin ‘Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi’ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat. Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi’ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi’ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, “Teruskan solat kalian ..” Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu Dhuha, 12 Rabi’ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. “Selamat datang wahai puteriku” Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.
“Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?” Tanya Aisyah ra.
“Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; ‘Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur’an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat ‘. Makanya aku menangis “. Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, “Yang kedua, Rasulullah menanyakan, ‘Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi ‘Ibu bagi orang-orang yang beriman’ (Ummahatulmukminin)? ‘. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu," tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi’ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo’a;
مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
“Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
“Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi ‘sakaratulmaut’, Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan, “Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah “.
Wednesday, November 21, 2012
Sayur itu pahit. Itulah alasan yang sering diucapkan oleh kanak-kanak yang tidak gemar memakan sayur. Ketahui apakah tips supaya anak gemarkan makan sayur.
Sememangnya sayur merupakan makanan yang banyak menyumbang kepada kebaikan kesihatan. Namun rasanya yang pahit dan tidak sedap, menjadi alasan bagi segelintir kanak-kanak tidak gemarkannya dimasukkan dalam makanan seharian. Perkara ini amat membimbangkan terutamanya dalam kalangan ibu bapa apabila melihat sejak kecil sayur seperti menjadi musuh mereka. Di bawah adalah cara untuk menggalakkan anak sukakan sayur.
- Hidangkan. Berusaha untuk menghidangkan sayur dan buah ketika sajian utama dan snek (sebelum atau selepas). Sejukkan buah dan sayur (salad) yang telah dipotong ke dalam beg plastik kecil atau bekas agar mudah dicapai oleh mereka.
- Jadi kreatif. Gunakan kreativiti anda untuk membuatkan makanan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Potong sayur dan buah menjadi bentuk istimewa seperti kiub atau batang mancis. Anda juga boleh mengisar dan mencampurkan ke dalam hidangan yang lain. Hiaskan pinggan makan dengan cantik menggunakan sayur dan buah yang berlainan warna.
- Pelbagaikan cara masakan anda .Cuba pelbagaikan gaya masakan anda. Untuk kelainan, selang-selikan di antara masakan yang mudah, memanggang serta menghidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Anda juga boleh menghidangkan buah atau salad yang telah disejukkan.
- Libatkan anak anda. Galakkan anak anda membantu semasa membeli, menyediakan dan memasak makanan. Beri peluang kepada mereka memilih buah-buahan dan sayur-sayuran, memotong bawang dan sayur dengan menggunakan peralatan yang selamat serta membantu mengacau masakan.
- Jadilah contoh yang baik. Kanak-kanak memerhatikan sikap anda terhadap makanan. Makanlah sayur dan buah bersama mereka di meja makan dan galakkan perbualan mengenai rasa, bau dan rupa makanan tersebut.
Tuesday, November 20, 2012
Sekiranya kita menerima undangan majlis perkahwinan, kita mestilah berusaha untuk hadir ke sana. Namun apakah hukum memenuhi undangan majlis walimah ini?
Ada di antara kita memandang biasa terhadap penerimaan jempatan undangan majlis perkahwinan sama ada dari sahabat mahupun saudara mara. Bagi kita yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Selain termasuk dalam bab mengeratkan silaturrahim ia juga dikira wajib selagi mana tidak bertentangan dengan agama.
Ulama berpendapat hukum memenuhi
undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada
kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.
Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).
Seseorang Muslim yang diundang oleh
saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan
mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.
Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi
SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira
undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa.
Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi
undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan
mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.
Monday, November 19, 2012
Menghormati jiran sememangnya amat dituntut dalam Islam. Kita tidak
dilarang sama sekali menyakiti hati jiran. Apa yang perlu kita lakukan
adalah mengetahui tentang adab sebagai seorang jiran.
Semua orang di dunia ini sudah semestinya mempunyai jiran. Sama ada kita
tinggal di rumah, di dorm asrama, mahupun di bilik universiti tetap
mempunyai jiran. Namun adakalanya kita lupa tentang adab menghormati jiran.
Kita dengan sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara sehingga
menyakitkan hati jiran tanpa kita sedari. Persoalannya di sini, apakah hukum kita menghormati jiran tetangga? Ikuti ulasan di bawah ini.
Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Di dalam Islam, Jiran
terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan
jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran
tetangga itu ada tiga jenis:
I-Tetangga muslim yang ada hubungan
keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai
orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat).
II-Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam.
III-Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai tetangga.
Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah Umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.
HORMATI JIRAN
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:
“Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya:
“Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya”.
Sabdanya lagi:
“Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya” ( Hadis riwayat Muslim)
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kimat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya”( Hadis riwayat Bukhari)
HAK-HAK JIRAN
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
“Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;
1. Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,
6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
11. Jika engkau tidak mahu
memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam
rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan
janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya,
kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.
SABAR KERENAH JIRAN
Seseorang itu hendaklah sentiasa bersabar dengan karenah atau gangguan jiran,
kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepada jiran
tetangga. Dalam sejarah di mana telah datang seorang laki-laki kepada
nabi s.a.w menyatakan:
” Ya Rasulullah, tunjukan aku pada
amal yang jika aku mengejakan akan dapat dimasukkan aku ke dalam
syurga”. Nabi menjawab:” Jadilah kamu sebagai orang yang baik”. Orang
itu bertanya:” Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini
seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:”Tanyakanlah pada tetanggamu,
maka jika mereka mengatakan enkau baik maka engkau sebenarnya adalah
baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah
jahat”. ( hadis riwayat al-Baihaqi)
Thursday, November 15, 2012
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Semoga di tahun baru ini kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT...
Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H / 2012
Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka dapatlah kita menyambut Maal Hijrah 1434H bersamaan
2012M pada tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat. Ia
bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Syariat Islam secara fitrahnya
jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat dari kesatuan dan
kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna
kulit. Kita telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan
perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah. Ia telah digarapkan dalam
segenap perkara di dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal
secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam
kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara
keseluruhannya.
Sesungguhnya melalui pendekatan
wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama
dapat ditingkatkan.Kita juga telah mengamalkan konsep kesederhanaan ini
dan telah mengenengahkannya dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam
dan luar negara. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia bertindak sebagai
pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya
menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Moro dan
Kerajaan Filipina. Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu
keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan
menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa
keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.
Berpegang dengan definisi hijrah
yang memberi maksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan
kepada keadaan yang lebih baik, kita telah mengislah dan menterjemahkan pendekatan hijrah dalam program transformasi negara.
Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat
pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang
dinamik dan progresif. Baru-baru ini ulama terkemuka dunia iaitu Dr.
Yusuf Al-Qaradawi telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia
di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat
Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Ghaza.
Berhijrah adalah sebahagian
daripada melaksanakan misi ketakwaan. Ianya adalah satu perintah yang
perlu dilakukan sepanjang masa. Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap
masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat. Kita
mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat
Allah. Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah disebut
dalam Surah Al-Baqarah ayat 218 yang bermaksud : “Sesungguhnya
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah
(fisabilillah), mereka itulah yang boleh mengharap (mendapat) rahmat
dari-Nya.”
Mengakhiri perutusan, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434
kepada semua seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada dan
raikanlah sambutan ini bersama rakan-rakan kita daripada pelbagai bangsa
demi menjayakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.
Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.
Tuesday, November 13, 2012
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Friday, November 9, 2012
Apakah ertinya resolusi ini jika tubuh kita penat dan seterusnya menjejaskan kecergasan mental serta fizikal untuk mengecapinya?
Bercerita tentang kepenatan, anda mungkin mendapati sukar untuk
memberi tumpuan sepenuhnya biarpun tahun baru sepatutnya memberi
semangat dan keterujaan membuak-buak. Apabila anda sukar menumpukan
perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan
geram sebaliknya pula bertambah. Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi. Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita
baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi
10 kaedah mudah.
1.Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet
yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima
vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri
sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar
nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk
sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia,
Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang
kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih
tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja
fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan
anda lebih penat.
Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah
sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki.
Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan
bijirin penuh juga membantu.
2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk
meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan
meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh
turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun
peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana
sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari
Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan
sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua
jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga
dan mood turut mengalami perubahan positif.
3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga
dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika
mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah
kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap
otak.
4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan
penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas
semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika
Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap
boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.
5. Kemarahan dan tekanan
Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.
“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan
keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar
psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.
Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan
fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas
katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan
kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan
perasaan anda.
Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga
ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita.
Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan. Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik,
membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.
6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan
yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi
tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda
dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang
juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan
penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk
memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan
cecair.”
Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas
memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda
mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.
7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan
meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam
darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali
gus.
Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda
memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat
mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical
Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat
membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan
pembebasan secara perlahan tetapi stabil.
8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat
dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang.
Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula
mengekalkan tahap tenaga itu.
9. Hasilkan latte
Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah
lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium
ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai
hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.
10. Fungsi tiroid dan sel darah merah
Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang
mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang
alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi
tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku
selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat
peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah
ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah,
perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh
anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga.
Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(1998)
- ► September 2024 (1)
- ► August 2024 (3)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
▼
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
-
▼
November 2012
(38)
- Father Of Forensic Science - Sir Bernard Henry Spi...
- Apakah Bahan Kimia Yang Memberi Rasa Pedas Pada Cili?
- Pekerja Malaysia Berdedikasi
- Mengapakah Kita Menguap?
- Khasiat Rahsia Lobak Merah
- Jom Baca Doa Akhir Tahun Selepas Asar Diikuti Doa ...
- Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia 1957-2009
- Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman
- Tip Gembira Sepanjang Masa
- 15 Fakta Menarik Tentang Senyuman
- Petua Untuk Mempunyai Sifat Sabar
- Khasiat Daun Betik Yang Jarang Diketahui
- 40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam
- Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki
- Bagaimana Terjadinya Lesung Pipit?
- 7 Hari Menjelang Wafat Rasulullah SAW
- Tips Mendidik Anak Suka Makan Sayuran
- Bicara Agama – Hukum Memenuhi Undangan Majlis Perk...
- Bicara Agama – Hukum Menghormati Jiran Tetangga
- Salam Maal Hijrah 1434H
- Selamat Hari Deepavali
- 10 Cara Mudah Mengantikan Tenaga Yang Hilang
- Doa Membatalkan Sihir
- Amalan Harian Rasulullah S.A.W & Kelebihan Berselawat
- Doa Pagi Jumaat
- Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!
- Petua Rambut Cantik Dengan Ciptaan Allah
- Bahaya Tidur Berlebihan Di Waktu Siang
- Info Menarik : Apa Itu Polistirena?
- Empat Jenis Sahabat Yang Terbaik
- Info Menarik : Sejarah Mesin ATM
- 10 Kata Kata Motivasi Tentang Kejayaan
- Jom Berhenti Merokok!
- Info Kesihatan : 5 Penyakit Utama Di Malaysia
- Khasiat Makanan Sunah Rasulullah
- Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Dan Muka Surah Nabi ...
- 20 Amalan Murah Rezeki
- 12 Kaum Yang Dibinasakan Kerana Engkar Hukum Allah
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytihar...