Banyak tips untuk berhenti merokok tapi
majoritinya terdiri dari perkara yang kita kena buat atau jangan buat.
Tapi agak payah untuk menghalang diri dari buat itu dan ini. Merokok adalah satu tabiat, jadi agak memerlukan masa untuk berhenti. Para isteri, rakan-rakan, sanak saudara perlu beri masa dan sokongan kepada perokok.
Ini antara tips mudah untuk berhenti
merokok.
1. Selalu Berpuasa.
Bila puasa, kita tidak merokok lebih kurang 13 jam iaitu dari subuh sampai waktu maghrib. Jika boleh merokok pada waktu malam, kalau selalu puasa lama lama mesti sistem dalam badan itu sudah biasa, dan akhirnya tidak ketagih lagi.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Bagi hadiah pada diri sendiri kalau sudah berjaya untuk tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Guna duit yang sepatutnya beli rokok itu untuk beli hadiah untuk diri sendiri. Ataupun jika para isteri yang ingin melihat suami mereka berhenti merokok dan mereka berjaya melakukannya, maka para isteri perlu memberi hadiah sebagai satu semangat untuk para suami kerana berjaya berhenti merokok.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Kita mesti tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka besar. Jadi kita kena tunjuk sikap positif. Biasakan diri jangan merokok depan anak anak. Banyak luangkan masa dengan anak-anak, lagi banyak masa dengan anak anak lagi kurang kita merokok.

4. Aktif bersukan.
Orang yang aktif sukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan akan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka.Cari aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan kawan kawan untuk lebih seronok dan sebagai motivasi diri.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...