MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, November 9, 2012

Doa Membatalkan Sihir


Doa ini bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.

Jika anda syak suami atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah dibacakan padanya, dihembuskan pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insyaallah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini).

Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.

Cara membatalkan sihir
Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan.

1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.
2. Baca Al-Fatihah 7x.
3. Baca Ayatul Kursi 1x.
4. Dan Kemudian baca doa dibawah ini sebanyak 3x dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah semangat jangan lakukan. Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia