Sekiranya kita menerima undangan majlis perkahwinan, kita mestilah berusaha untuk hadir ke sana. Namun apakah hukum memenuhi undangan majlis walimah ini?
Ada di antara kita memandang biasa terhadap penerimaan jempatan undangan majlis perkahwinan sama ada dari sahabat mahupun saudara mara. Bagi kita yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Selain termasuk dalam bab mengeratkan silaturrahim ia juga dikira wajib selagi mana tidak bertentangan dengan agama.
Ulama berpendapat hukum memenuhi
undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada
kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.
Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).
Seseorang Muslim yang diundang oleh
saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan
mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.
Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi
SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira
undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa.
Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi
undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan
mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...