- Bil. Pengunjung = 309 orang
- Bil. Bahan Dipinjam = 41 buah
- Bil. Bahan Dipulangkan = 47 buah
- Bil. Bahan Dirujuk = 98 buah
- Bil. Pengguna Internet = 10 orang
- Pertanyaan Rujukan = 10 orang
Tuesday, May 31, 2011
Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Mei 2011
Continue Reading
Thursday, May 26, 2011
Kini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah maju selangkah ke hadapan di mana perpustakaan komuniti baru kini TELAH DIBUKA DI KOMPLEKS BELI BELAH iaitu AEON Mahkota Cheras dan AEON AU2 Keramat !!! Selain anda dapat membeli belah di sana, anda boleh mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan komuniti baru ini. Datanglah beramai-ramai dan bawa semua ahli keluarga anda untuk menikmati keseronokan membaca di kompleks membeli belah!!! Jumpa anda di sana!!!
Continue Reading
Saturday, May 21, 2011
1. Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita
Maksud : Kita yang berusaha, orang lain yang senang.
2. Ibarat negeri berubah rasam ; ibarat tahun berubah musim
Maksud : Orang yang tidak tetap kedudukannya.
3. Ikan di hulu tuba di hilir
Maksud : Perbuatan yang sia-sia.
4. Ikut hakim memiat daging ; sakit di awak sakitlah orang
Maksud : Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
5. Intan dikalungkan di leher anjing
Maksud : Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
6. Berkelahi dengan orang yang tak berambut
Maksud : Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.
7. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
8. Berseleran bagai getah di lalang
Maksud : Percakapan atau perbicaraan yang tidak keruan.
9. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh
Maksud : Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
10. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang
Maksud : Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Thursday, May 19, 2011
Perhatian kepada semua pengguna Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya.
Adalah dimaklumkan bahawa komputer S-LIB telah mengalami kerosakan pada hardisk. Oleh kerana itu, segala peminjaman dan pemulangan buku akan dibuat secara manual. Bagi penggunaan WEBOPAC S-LIB juga tidak boleh di akses untuk sementara waktu. Pihak kami sedang berusaha untuk membaik pulih hardisk berkenaan. Pihak kami akan memaklumkan kemudian setelah komputer S-LIB telah dibaiki. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
Jamilah Binti Sailillah
(Penolong Pegawai Perpustakaan S27)
Tuesday, May 17, 2011
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Perpustakaan Anjung Ilmu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI WESAK kepada rakan-rakan yang beragama Buddha.
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Perpustakaan Anjung Ilmu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Seluruh Malaysia. Jasa cikgu akan kami kenang dan terima kasih kerana mendidik kami menjadi insan yang berjaya.
Wednesday, May 4, 2011
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2011. Orang Ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Tahun 2011.
Tarikh : 7 Mei 2011
Bertempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 7.30 pagi
...
Pelbagai Aktiviti Menarik menanti anda sekeluarga seperti Perbarisan Jentera, Pameran, Pertandingan Melukis dan sebagainya....Datanglah beramai-ramai ..
Monday, May 2, 2011
Kami warga Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua warga kerja di seluruh negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Label
Digital Library PNM
Klik Pada Gambar Untuk Pendaftaran
Portal U-Pustaka ini menyediakan akses perkhidmatan maklumat untuk ahli u-Pustaka menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Portal ini menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat. Pendaftaran keahlian Portal u-Pustaka adalah PERCUMA!

Klik Pada Gambar Untuk Pencarian
Katalog Induk Kebangsaan (KIK) merupakan perkhidmatan perkongsian sumber yang dihos dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan, penyelidik dan orang awam. Ia menyediakan akses kepada maklumat komprehensif mengenai bahan perpustakaan di Malaysia.
