MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Tuesday, December 22, 2020

Nenek rugi RM61,500 mangsa Love Scam - Keratan akhbar Sinar Ahad 20 Disember 2020

 

Nenek rugi RM61,500 mangsa Love Scam - Keratan akhbar Sinar Ahad 20 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Salah guna kuasa perbuatan zalim ; Berpangkat tinggi adalah ujian kemampuan kawal diri daripada isu integriti

 

Salah guna kuasa perbuatan zalim ; Berpangkat tinggi adalah ujian kemampuan kawal diri daripada isu integriti

Continue Reading
No comments
Share:

Asas agama kukuh kunci utama amanah, integriti

 

Asas agama kukuh kunci utama amanah, integriti

Continue Reading
No comments
Share:

Penjawat awam mahu jaminan lapor rasuah - Keratan akhbar Berita Harian 20 Disember 2020

 

Penjawat awam mahu jaminan lapor rasuah - Keratan akhbar Berita Harian 20 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Tip bekerja dalam pasukan


Kerja dalam pasukan memang tidak dapat dielakkan terutamanya bagi pelajar dan juga yang telah bekerja. Tidak dinafikan ia disebabkan kerenah dan percanggahan pendapat individu menjadikan segelintir saja yang gemar bekerja dalam pasukan. 

Namun tidak mustahil segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perbalahan jika setiap individu dalam pasukan tahu tanggungjawab masing-masing. Mungkin tip yang akan dikongsi ini boleh membantu anda menjadi rakan sepasukan yang baik.

Kenali rakan sepasukan - Kenali dulu latar belakang atau perihal rakan sepasukan anda yang lain. Ini amat penting bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan baik ketika bekerjasama. Walau ia kelihatan remeh, namun ia membantu anda memahami serba sedikit karakter dan sikapnya semasa bekerja. Ia memudahkan lagi proses kerja anda dan boleh dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Cari persamaan ahli kumpulan - Cari apa saja yang menjadi persamaan antara anda dengan rakan-rakan sepasukan, contohnya dari segi hobi, makanan kegemaran, artis kegemaran dan sebagainya. Cara ini secara tidak langsung mampu melancarkan tugas-tugas dan mewujudkan suasana gembira bekerja dalam pasukan.

Jangan curi idea orang lain - Meskipun pandangan rakan sepasukan anda tidak mempunyai isi penting, namun ianya tidak wajar untuk menentang atau mencuri idea yang diluahkannya. Sememangnya tidak manis bagi seseorang memotong cakap orang lain dengan nada keras atau dengan nada yang tinggi. Cara ini akan membuatkan orang lain tidak menghormati idea yang dilontarkan anda dan berasa kurang selesa  untuk bekerja dalam pasukan dengan anda.

Kawal emosi - Tekanan kerja tidak kira sama ada di tempat kerja mahupun kolej atau universiti boleh menyebabkan punca tekanan atau kepenatan sehingga menyebabkan masalah lain pula yang timbul. Oleh itu, anda disarankan mengambil masa seketika untuk berehat apabila fikiran anda buntu, dengan cara kosongkan sebentar fikiran daripada memikirkan perkara yang berkaitan dengan kerja dan apabila anda berasa lega, barulah anda boleh sambung untuk buat kerja anda.

Tulis dan dokumentasikan - Jangan sesekali melanggar peraturan ini jika anda dipilih sebagai ketua. Anda perlu biasakan untuk selalu mencatat tanggungjawab setiap ahli pasukan dan edarkan kepada setiap ahli pasukan. Aturkan jadual mesyuarat menerusi rangkaian media sosial seperti e-mel dan edarkan kepada setiap ahli pasukan. Jika anda mempunyai maklumat terkini sebelum mengadakan mesyuarat yang diperoleh daripada salah seorang ahli pasukan, segera sebarkan melalui e-mel ataupun melalui WhatsApp pada semua ahli supaya mereka tidak ketinggalan untuk mendapatkan informasi terkini daripada anda. Mungkin ahli pasukan yang lain turut mempunyai idea atau informasi yang lebih menarik untuk dikongsi bersama.

Tawarkan pilihan penyelesaian - Semasa berdepan dengan masalah dalam mencari idea, ajaklah ahli pasukan untuk sama-sama berfikir. Gunakan pilihan kalimat pertanyaan seperti contoh,

"Pada pendapat saya cara inilah yang tepat, jadi bagaimana pula dengan pendapat awak semua?"

Cara pertanyaan sebegini mampu memberi jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi ahli pasukan anda.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, December 21, 2020

TUDM tamatkan khidmat Nuri - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

 

TUDM tamatkan khidmat Nuri - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Juruterbang wanita 'terbang' 2,000 jam tanpa nahas diiktiraf - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

 

Juruterbang wanita 'terbang' 2,000 jam tanpa nahas diiktiraf - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Perkhidmatan Nuri bakal ditamatkan - Keratan akhbar Sinar Harian 19 Disember 2020

 

Perkhidmatan Nuri bakal ditamatkan - Keratan akhbar Sinar Harian 19 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Lapan IPT capai enam bintang dalam SETARA - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

 

Lapan IPT capai enam bintang dalam SETARA - Keratan akhbar Berita Harian 19 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Rohana lakar sejarah TLDM ; Wanita pertama dilantik Laksamana Muda - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

Rohana lakar sejarah TLDM ; Wanita pertama dilantik Laksamana Muda - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

 

Continue Reading
No comments
Share:

Perabot jati malarsegar ; suntik gaya klasik kediaman rumah

Perabot jati malarsegar ; suntik gaya klasik kediaman rumah

Perabot jati malarsegar ; suntik gaya klasik kediaman rumah

 

Continue Reading
No comments
Share:

Perkasakan TV Pendidikan - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

Perkasakan TV Pendidikan - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

 

Continue Reading
No comments
Share:

USM lakar sejarah terpilih terajui Kursi UNESCO - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

 

USM lakar sejarah terpilih terajui Kursi UNESCO - Keratan akhbar Utusan Malaysia 19 Disember 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, December 8, 2020

Tip pemakanan untuk remaja



 Makanan ringan tidak bagus untuk badan - Ramai remaja yang makan makanan ringan pada hampir setiap hari. Ini termasuklah air berkarbonat dan snek ringan seperti cip kentang. Berbanding makanan dimasak di rumah, makanan ringan ternyata mempunyai lebih kolesterol serta kandungan gula dan garam yang amat tinggi. Jadi tidak mustahil pada peringkat umur yang begitu muda, anda mungkin menghidap penyakit yang berbahaya seperti tekanan darah tinggi, jantung tersumbat, diabetes dan sebagainya akibat pengambilan makanan ringan secara berlebihan.

Ubahcara pemakanan - Jika sebelum ini anda sering minum air berkarbonat, cuba tukar diet kepada air yang tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jangan lupa untuk mengambil sarapan pada setiap pagi dan tidak beli makanan ringan secara berlebihan. Andai kata anda seorang yang gemar berada di dapur, elakkan daripada meletakkan garam yang begitu banyak di dalam masakan.

Tukar persepsi terhadap makanan - Jangan sesekali memilih makanan kerana ia lazat dan enak, sebaliknya pilihlah makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Contohnya, anda rasakan cip kentang sangat enak dan boleh dibawa ke mana saja tapi menurut kajian saintifik membuktikan bahawa makanan itu tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, fikirkan kembali bahawa makanan seperti susu, keju dan ayam adalah jauh lebih berkhasiat serta menjadikan anda lebih sihat.

Ubah suasana tempat makan - Pilihlah tempat makan yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat. Jika anda gemar membeli snek di kedai, cuba tukar selera anada kepada roti pula. Jangan segan untuk bercakap dengan pihak kantin sekolah bagi mencadangkan makanan yang berkhasiat dan rendah lemak. Selepas ini, anda tidak perlu pergi ke kedai makan yang mahal, sebaliknya hanya makan di kantin sekolah saja.

Sentiasa motivasi diri - Ingat bahawa setiap remaja yang gemar makan snek mengalami peningkatan berat badan yang lebih berbanding mereka yang jarang makan snek. Diet mengandungi makanan berkhasiat diselang dengan snek dapat meningkatkan kadar pengambilan nutrien seperti kalsium yang amat penting dalam pembentukan tulang yang kuat. Makan secara seimbang tidak bermakna anda perlu mengabaikan snek, tapi jadikan pengambilan snek itu secara berkala.

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia