MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, December 7, 2016

9 penyakit paling kerap serang lelaki


1) Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
Faktor penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis

2) Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
Merupakan gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara.
Faktor penyebab : Merokok


3) Kencing manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
Faktor penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.


4) Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba, biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Faktor penyebab : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.


5) Kanser pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.
Faktor penyebab : Amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang tinggi, diabetes dan merokok.


6) Kanser prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki.
Faktor penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.


7) Tekanan darah tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
Faktor penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.


8) Batu karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau galistone.
Faktor penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.


9) Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Faktor penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.

Continue Reading
No comments
Share:

Dosa yang tidak diampunkan


Soalan : Adakah benar ada dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun hambaNya telah bertaubat. Mohon penjelasan daripada ustaz. 

Jawapan : Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah. Merujuk soalan di atas, kita diminta bertaubat kepada Allah. Kita sentiasa berdosa kepada Allah. Kadang-kadang kita perasan melakukan dosa dan kadangkala tidak. 

Berhutang 
Di antara dosa-dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali setelah kita memohon maaf dan menyelesaikan dosa-dosa kita dengan orang antaranya ialah berhutang. Antara faktor menyebabkan seseorang terjebak dalam hutang adalah :- 
  • Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
  • Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya. 
  • Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
  • Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
  • Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian. 
Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (darurat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud ; 

“Daripada Abu Hurairah berkata, seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, pekerjaan apa yang paling baik? Baginda bersabda, memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.” 

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba. 

Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih berhutang. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserahkan atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. 

Makan harta anak yatim secara haram 
Bagi menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus. 

Menuduh wanita solehah berzina 
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut. Jika dimaafkan, maka terhapuslah dosa dan penuduh boleh bertaubat. Sekiranya tidak, maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.

Lari dari medan jihad Allah SWT 
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam tentang hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut. 

Melakukan sihir 
Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya. 

Syirik kepada Allah 
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah menerima kembali amal ibadat hamba yang telah menduakanNya. 

Membunuh para Nabi 
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutus utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah. 

Sumber daripada : Segmen Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno, Majalah Mingguan Wanita

Continue Reading
No comments
Share:

Elak bahaya duduk lama di atas sofa

Image result for sit on sofa
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, kekerapan duduk dalam tempoh masa yang lama boleh menurunkan sistem metabolisme tubuh selain menganggu aliran darah. Kesannya, anda mudah terkena penyakit jantung, tekanan darah tinggi, hinggalah kanser.

Itu belum lagi mengambil kira bahan yang digunakan untuk menghasilkan sofa tersebut. Tidak mustahil terkandung bahan kimia berbahaya. Secara tidak langsung, ia meningkatkan risiko kesihatan. Berikut adalah beberapa tip sihat yang boleh diamalkan bagi menghindarkan diri dari terkena penyakit disebabkan kebiasaan buruk ini.

Elak material mudah koyak
Duduk di atas sofa yang mempunyai material mudah koyak dikhuatiri boleh meningkatkan pendedahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam sofa tersebut. Oleh sebab itulah, sebelum membuat keputusan untuk membeli sofa teliti terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya agar tahap kesihatan sentiasa terpelihara.

Pilih bahan alami
Sofa yang menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dikatakan lebih selamat dan sihat untuk tubuh berbanding sofa yang menggunakan bahan proses seperti poliuretana. Ini kerana, bahan tersebut menyimpan banyak sumber kimia yang tentunya membahayakan kesihatan.

Jaga kebersihan
Menjaga kebersihan sofa juga penting bagi mendapatkan tubuh yang sentiasa sihat. Paling tidak, rajinkan diri untuk membersihkan sofa sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ingat, sofa mudah sahaja dicemari oleh debu, kuman serta kotoran yang terselit di celah-celahnya.

Jalani gaya hidup yang sihat
Menjaga kebersihan sofa sahaja sebenarnya tidak cukup sekiranya anda tidak mempraktikkan amalan gaya hidup yang sihat. Setelah mengamalkan pola hidup yang sihat merangkumi hal pemakanan, senaman, diet yang seimbang, waktu tidur yang cukup serta aktiviti riadah. Apabila semua ini telah dilengkapi, jangan pula mengambil kesempatan untuk 'berehat' lebih lama di atas sofa. Ia masih mengundang bahaya sekalipun anda telah menjalani gaya hidup yang sihat.



Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita, Februari 2015

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia