MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, October 6, 2017

15 tips penting Windows 10

Image result for windows 10

1.       Fungsi Cortana - Secara lalai (default), fungsi Contana yang melengkapi PC dengan Windows 10 tidak mendengar arahan anda dengan serta merta. Jadi anda boleh membuka dan menetapkannnya dengan mengklik ruang carian di taskbar dan pilih menu pilihan tiga baris dalam kotak sebelah atas / kiri. Pilih Settings  dan aktifkan pilihan yang berlabel "Let Cortana respond when you say 'HeyCortana' ". Anda perlu mengaktifkan mikrofon untuk tujuan memberikan perintah kepada PC. Ingat kecekapan Cortana juga bergantung kepada sejauh mana fungsi ini mengenali anda.
2.   Apps Office - Peminat Windows yang menggemari aplikasi (apps) Office yang mesra sentuhan akhirnya dapat menggunakan apps ini pada peranti berasaskan Windows 10 tanpa mengira saiz dan reka bentuknya. Sebelum ini Microsoft juga telah melepaskan prebiu beta untuk apps MS Word, MS Excel, dan MS Powerpoint yang mesra sentuhan. Sehubungan dengan itu, penguji Windows 10 boleh menggunakan versi prebiu itu tanpa dikenakan sebarang bayaran.
3.       Baris perintah - Kini anda boleh menggunakan alat baris perintah dalam Windows 10 yang berciri baru, termasuk keupayaan menyalin dan menampal di dalam command prompt dengan menggunakan kombinasi kekunci Ctrl + C dan Ctrl + V. Bagi mengaktifkan ciri ini, buka command prompt, klik kanan pada 'title bar', kemudian pilih Properties.
4.       Menjadual boot - Jika anda mendapat kemaskini tertunda yang memerlukan anda melakukan boot semula PC, Windows 10 akan membolehkan anda menjadualkan masa tertentu untuknya berbuat begitu. Bagi mengaktifkan ciri ini, klik dan buka pilihan ketetapan dalam menu Start, kemudian pergi ke Update dan Recovery > Windows Update. Kalau ada sebarang kemaskini yang tertunda, anda akan melihat skrin di kirinya yang membolehkan anda menjadual boot semula selepas anda memilih butang pilihan "Select a restart time". 
5.       Pintasan baru - Windows 10 turut menawarkan pintasan papan kekunci yang baru untuk menjimatkan masa anda, antaranya :-

5.1.    Sistem operasi yang telah dirombak ini juga disertakan dengan pelbagai kekunci pintasan yang baru.
5.2.    Menangkap (snap) tetingkap : kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan - mod Snap paparan baru yang menyematkan apps kepada empat bahagian skrin.
5.3.    Bertukar kepada tetingkap terkini : Alt + Tab - Tahan untuk menunjukkan paparan tetingkap Task View  yang baru, lepaskan dan bertukar kepada apps.
5.4.    Paparan task : Windows + Tab - paparan Task baru dibuka dan kekal bersih.
5.5.    Mencipta dektop maya baru : kekunci Windows + Ctrl + D.
5.6.    Menutup desktop maya semasa : kekunci Windows + Ctrl + F4.
5.7.    Bertukar desktop maya : kekunci Windows + Ctrl + Anak panah kiri atau kanan

6.       Solitaire baru - Permainan (game) Solitaire yang baru dalam Windows 10 bukan dalam menu Start yang baru atau menu Start yang lama > Programs > Accessories  > Games. Tetapi anda boleh mengaksesnya kembali dalam All Apps, atau mencarinya melalui ruang carian. Hasil carian anda bakal memaparkan Microsoft Solitaire Collection Preview.
7.       Desktop maya – Ciri baru untuk multi tugas yang ditambah pada Windows 10 ini membolehkan pengguna mengasingkan apps terbuka ke dalam kawasan khas dengan mudah. Bertukar di antara desktop maya yang terbuka cukup mudah menggunakan Task View [ butang yang kelihatan seperti dua panel bertindihan di taskbar] atau kekunci Windows + Tab, sambil di + Tab pula membolehkan anda melompat di antara apps yang terbuka merentasi semua latar belakang.  Terdapat juga laluan kepada perubahan sebenar apps terbuka daripada satu desktop maya kepada yang lain jika anda mahu bertukar-tukar di antaranya. Mula-mula, pergi ke desktop maya yang menempatkan apps yang anda mahu gerakkan ke desktop maya yang lain, kemudian buka antaramuka Task View. Cuma klik dan tahan pada apps yang ingin dipindahkan, kemudian heret kepada desktop maya yang diingini di sebelah bawah skrin. Anda juga boleh mengheretnya kepada pilihan “+NewDesktop” di sudut bawah dan kanan skrin untuk mencipta desktop maya baru bagi menampatkan apps.
8.       Menukar warnaWindows 10 turut menawarkan lebih kawalan terhadap warna taskbar, menu Start dan ruang carian anda. Buka menu Start dan pergi ke Setting > Personalization > Colors untuk memulakan ubahsuai pilihan yang ada. Pilihan “Automatically pick a colour from my background” akan menjalankan fungsinya dan warna itu digunakan pada Cortana / ruang carian dan di bawah ikon apps terbuka. Pilihan “Show colour on taskbar and Start menu” juga menjalankan fungsinya, sementara pilihan “Make start Menu transparent” yang diaktifkan secara lalai (default) membuang kesan halus telus pandangan yang banyak memihak kepada latar belakang legap menu Start dan taskbar.
9.       Cuba Mod tablet - Continuum dalam Windows 10 telah mengubah secara dinamik desktop tradisional kepada antaramuka Metro apabila skrin sentuh digunakan. Fungsi ini mula bertindak apabila anda menyambungkan atau memutuskan papan kekunci daripada tablet atau peranti hybrid Windows anda. Namun, bagaimana jika anda menggunakan PC standard dan apps biasa yang seluas skrin dan skrin Start dengan Live Tiles bertaburan pada menu Start? Sekarang anda boleh mengaktifkan mod tablet dengan mudah. Buka tetingkap Action Center yang baru dalam Windows 10 dengan mengklik pada ikon kecil yang kelihatan seperti kotak dialog komik dan klik butang Tablet Mode. Apa sahaja akan diambil dari desktop anda, disimpan untuk menjarakkan ikon butang Start, Cortana, dan Task View. [Anda mahu apps terbuka dan kekal disematkan di taskbar? Pilihannya juga terdapat dalam tetapan Tablet Mode]. Menekan butang Start dengan serta merta akan memaparkan apps seluas skrin dan skrin Start.
10.   Automatik boot - Sebenarnya anda boleh memulakan proses boot Windows 10 secara automatik ke dalam Tablet Mode. Namun, kaedah ini tidak diperlukan jika anda menggunakan PC. Tetapi jika anda menggunakan tablet Windows dengan saiz skrin di bawah 10 inci, proses boot ke dalam Tablet Mode merupakan pilihan yang ditetapkan secara lalai.
11.   Rupa menu Start – Anda boleh menggunakan menu Start seluas skrin biarpun menggunakan tetikus dan mahu mengekalkan apps dengan tetingkap Metro. Caranya dengan membuka menu Start, dan tandakan butang “Expand Start” di sudut kanan / atas agar Windows 10 boleh meniru skrin Start dalam Windows 8 setiap kali anda menekan butang Start. Anda juga boleh menukar saiz menu Start dengan mengklik dan mengheret di atasnya dan tepi paling kanan.
12.   Ubah menu Start – Jika perlu, anda juga boleh mencipta menu Start sendiri. Ini tidak mustahil kerana Windows 10 menampilkan adunan antaramuka tradisional dengan Live Tiles. Contohnya anda boleh mengklik kanan pada sebarang jubin [tile] menu dan pilih Resize untuk mengubah dimensi tile seperti pada skrin Start yang ada dalam Windows 8.
13.   Ubah tetapan Mail Windows 10 telah dibina dengan apps Mail serta Calendar yang berkuasa, dan lebih baik berbanding apa yang ditawarkan dalam Windows 8. Apps ini pantas, lebih banyak ciri, dan lebih mesra tetikus. Lebih menarik lagi, Mail yang baru ini menambah pilihan boleh pilih yang membolehkan anda meletakkan tandatangan pada apps. Anda boleh menukar imej dalam ruang prebiu dengan imej pilihan anda, dan boleh mengkonfigurasi cara Mail berfungsi, contohnya membuat gerakan sapuan baru pada mesej. Bagi menetapkannya klik pada ikon di sudut bawah / kiri app itu dan pilih Option. Anda akan menjumpai semua pilihan gerakan di bahagian Quick Actions.
14.   Buang bahan lama – Apabila Windows 7 dan 8 yang sedia ada dinaik taraf kepada Windows 10, salinan sistem operasi disimpan dalam Windows 10. Tujuannya kalau-kalau anda ingin kembali kepada sistem operasi itu. Jika anda pasti tidak mahu kembali, anda boleh memadam folder itu untuk menuntut kembali kehilangan beberapa gigabait (GB) ruang yang digunakan. Caranya bukan semudah mengklik kanan folder itu dan memilih Delete. Sebaliknya cari pilihan “Free up disk space by erasing uneeded files”. Klik pintasan itu dan pilih pemacu keras utama anda (kalau anda memasang lebih daripada satu pemacu keras), dan dalam tetingkap yang muncul, klik pilihan “Clean up system files.” Selepas Windows berfikir beberapa saat, tandakan kotak “Previous Windows installations” dalam senarainya, kemudian klik OK untuk mengesahkan bahawa anda hendak mengedit  fail itu.
15.   Pengalaman pantas – Ingin melihat kemaskini terpantas dan terhebat sebaik sahaja Windows 10 sudah disediakan? Jika begitu, anda boleh untuk menyertai “Fast Ring” kelolaan Microsoft yang menawarkan peluang tersebut. Sebelum ini, versi Windows 10 Technical Preview juga menyertakan “Slow Ring” untuk orang ramai yang ingin mencuba sendiri OS itu, tetapi hanya selepas orang lain menghapuskan pepijat (bug) utama yang ditemui dalam kemaskininya. Cara menyertainya dengan pergi ke Settings > Update & Recovery > Windows Update > Advanced Options dan pilih sama ada “Fast” atau “Slow” daripada senarai menu di bawah “ Choose how preview  builds are installed.”


Info daripada : Majalah PC September 2015



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia