Minat membeli dan menjual gajet terpakai di laman web seperti lelong, mudah dan e-bay boleh jadi agenda menarik yang mesti dilakukan oleh seorang peminat gajet terpakai atau ramai yang menyebutnya sebagai gajet second hand. Keseronokkan ini boleh ditingkatkan lagi dengan mengetahui beberapa tip membeli gajet terpakai yang perlu kita ambil tahu. Jangan fikir nak murah sahaja, kualiti pun mesti dijaga, barulah berbaloi.
1. Status waranti
Kebanyakan alat elektronik dilindungi oleh tempoh waranti tertentu. Boleh jadi gajet second hand yang anda beli masih mempunyai tempoh waranti dan ada juga yang sudah tidak sah tempoh jaminannya. Jika anda dapat yang masih mempunyai waranti, anda bernasib baik. Oleh demikian, periksa dengan pengeluar akan dasar-dasar waranti gajet yang anda ingin beli, meskipun ia second hand.
2. Keadaan
Perhatikan kondisi atau keadaan gajet. Bahagian-bahagian gajet yang kerap digunakan seperti butang, alat kawalan & skrin. Berkemungkinan butang menjadi mudah tanggal & kurang sensitif manakala skrin berkemungkinan retak, kabur dan calar. Buat apa beli benda rosak meskipun murah. Alatan elektronik adalah sensitif. Jika hendak beli, tengok betul-betul.
3. Aksesori tulen
Berlaku juga kes di mana gajet atau alat elektronik yang dijual second hand tidak didatangkan dengan aksesori. Alat penting seperti adapter, USB atau kabel data, pengecas atau software tertentu perlu diambil kira. Takut-takut nanti aksesori gajet yang anda beli itu sudah tidak terdapat di pasaran.
4. Test dulu
Sepertimana anda membeli gajet baru, begitu juga gajet second hand. Uji terlebih dahulu untuk melihat sebarang kemungkinan masalah. Jika penjual menyatakan hendak beli murah tidak boleh 'test'. Maka jawapan mudah adalah tidak payah beli langsung dari dia.
5. Harga
Buat perbandingan harga. Lazimnya gajet second hand boleh jadi murah sehingga 50 peratus daripada harga gajet baru. Ada juga penjual yang menjual gajet second hand lebih mahal sedikit kerana disertakan dengan tawaran waranti, kotak, aksesori penuh dan sebagainya. Nama pun kita nak beli second hand, jadi harganya kalau boleh tawar yang paling rendah pada kualiti yang paling tinggi.
Seronok beli gajet second hand ini. Bagi mereka yang gila gajet, ini mungkin cara terbaik untuk merasa memiliki gajet-gajet idaman meskipun dalam bajet yang ketat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...