Kita tertanya mengapa wang simpanan tidak
mencukupi untuk sesuatu tujuan, sedangkan perancangan awal sudah
dibuat. Wang yang disimpan masih sama jumlahnya. Masalah ini berlaku
kerana simpanan di bank tidak dapat mengatasi masalah ini kerana
kebiasaannya, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah
lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Hanya dengan membuat
pelaburan, potensi untuk mengatasi masalah ini dapat dicapai. Namun
begitu perlu diingat, risiko pelaburan sangat tinggi, tanpa
pengetahuan yang jelas ia akan lebih merugikan anda. Berikut
merupakan beberapa tip yang dapat digunakan sebelum membuat
pelaburan.
Kenali
pelaburan
Jelas mengenai jenis pelaburan yang
terdapat di pasaran. Sebagai contoh, pelaburan dalam pasaran modal
seperti saham, bon, niaga hadapan, unit amanah ataupun dalam pasaran
bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya. Jangan
sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa
maklumat terlebih dahulu.
Tahu
matlamat pelaburan
Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang
bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek ataupun
sebaliknya. Akhir sekali fokuslah terhadap matlamat pelaburan anda
dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda
dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan
sebagainya.
Sasar
keuntungan yang diingini
Padankan matlamat pelaburan dengan profil
pelaburan anda iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan juga
risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang
menjanjikan pulangan lumayan, risikonya jua tinggi, sebagai contoh
melabur dalam bursa saham. Begitu juga yang sebaliknya.
Pilih
pelaburan mengikut kemampuan
Setelah mengetahui kehendak diri,
pastikan anda memilih produk pelaburan yang bertepatan dengan
kehendak dan kemampuan anda. Sebagai contoh saham dan unit amanah
adalah bersesuaian dengan pelabur runcit memandangkan modal awal yang
diperlukan kecil berbanding niaga hadapan dan bon yang memerlukan
modal awal yang besar.
Fokus
pelaburan jangka panjang
Cuba untuk fokus kepada matlamat
pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding
pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran
yang tidak menentu. Ini akan menjejaskan potensi pelaburan anda.
Wujudkan
portfolio
Jika anda mempunyai cukup masa, wujudkan
satu portfolio pelaburan peribadi. Ini adalah bertujuan mengurangkan
risiko seandainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami kegagalan.
Portfolio bermaksud melabur dalam lebih daripada satu produk
pelaburan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...