Kadangkala apabila berada di meja makan,
kita menjadi sangat lapar sehinggakan tidak sedar kuantiti makanan
yang diambil melebihi sepatutnya. Selain bersenam bagi mengurangkan
berat badan, ada cara mudah bagi mengawal diet harian anda :
Tersenyum
sendiri
Bagi mengekalkan berat badan sihat, anda
boleh melakukan sesuatu untuk membuat diri tersenyum sendiri.
Ahli-ahli sains di Brazil menyatakan serotonin, iaitu sejenis hormon
gembira dikatakan boleh mengurangkan selera makan dan tahap yang
lebih tinggi ia akan membuat anda lebih cenderung membakar lemak.
Guna
penyepit semasa makan
Menggunakan sesuatu selain daripada
tangan yang memang menjadi kebiasaan anda sangat membantu. Contohnya,
menggunakan penyepit akan menjadikan anda lebih prihatin terhadap apa
yang anda makan dan akhirnya akan menyebabkan anda menyudahkan sesi
makan lebih awal. Ini kerana mengambil makanan dengan penyepit akan
membuatkan anda 'bekerja lebih' sekiranya anda bukan seorang yang
biasa menggunakannya.
Guna
pinggan khas
Dengan menggunakan pinggan khas atau
dikenali sebagai 'cheat plate' yang boleh didapati di kedai khusus,
anda boleh mengasingkan bahagian makanan bersama gambar dalam saiz
hidangan yang betul. Pinggan tersebut akan membahagikan beberapa
bahagian untuk daging, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
mengikut sukatan bagi pemakanan seimbang.
Tambah
menu daging organik
Bakar (grill) 100gram daging kerana ia
hanya mempunyai 148 kalori dan 4gram lemak. Tambahan pula, 26 gram
protein tanpa lemak dalam daging yang telah dibakar boleh membuat
anda cukup berpuas hati untuk menikmatinya.
Bangun
awal
Menurut kajian Universiti Northwestern,
mereka yang bangun lambat bukan sahaja makan lebih kalori (hampir 200
lebih pada majlis makan malam dan menjadi 375 lagi selepas lapan
malam) tetapi juga makan dengan lebih tidak sihat daripada mereka
yang bangun sekitar pukul lapan pagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...