Keselamatan anak-anak bukan sahaja
melibatkan ketika mereka berada di luar rumah sahaja, bahkan di mana
saja anak-anak terdedah dengan bahaya aspek keselamatan amat perlu
dititikberatkan. The National Center Of Missing & Exploited
Children di Amerika memberikan tip yang sesuai untuk dipraktikkan
demi keselamatan anak-anak anda.
Saat
berada di rumah
- Setiap anak dilahirkan dan dianugerahkan nama yang indah-indah. Bonus buat ibu bapa yang sedari kecil telah mengajar si kecil menghafal empunya nama sendiri, lengkap dengan nama ibu dan bapanya juga. Bagi yang sudah ke prasekolah, latih mereka untuk menghafal nombor telefon ibu bapa dan juga alamat rumah.
- Didik anak-anak cara untuk mendail nombor telefon anda mahupun nombor kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya.
- Peringatan kepada ibu bapa, anda wajib memberi peringatan kepada anak-anak bahawa nombor-nombor kecemasan itu hanya boleh digunakan apabila keadaan benar-benar darurat dan bahaya.
- Sekiranya anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa ditemani orang dewasa, pesan kepada anak-anak agar tidak membuka pintu rumah mahupun berbual dengan orang asing yang tidak dikenali.
- Sekiranya anda menggunakan khidmat pembantu rumah, pastinya perasaan curiga terselit juga. Ada baiknya sesekali anda lakukan lawatan mengejut dan pulang ke rumah tanpa memberitahu pembantu rumah itu. Anda mungkin boleh melihat warna sebenar pembantu baru anda ketika anda tiada di rumah.
Ketika
menelusuri dunia maya
- Sebagai ibu bapa adalah lebih baik anda terlebih dahulu mempunyai sedikit ilmu berkaitan dunia teknologi internet.
- Letakkan komputer di ruang yang mudah nampak, memudahkan urusan anda memantau apa yang dilayari oleh anak-anak. Buat aturan tentang penggunaan internet untuk anak serta awasi aktiviti online mereka.
- Gunakan pengaturan 'Privacy' pada web jaringan sosial untuk mencegah capaian pengguna yang tidak jelas asal usulnya, serta galakkan anak menggunakan nama samaran yang ditampilkan di profil laman sosial.
- Awasi dan ingatkan anak anda agar tidak memuat turun fotonya atau foto temannya yang melanggar norma kesopanan ketika ber'online'.
Apabila
di luar rumah
- Didik anak anda agar memaklumkan segala hal yang berkaitan dengan interaksi mereka dengan orang yang membuat anak anda berasa sedih, takut atau tidak selesa.
- Sebagai ibu bapa anda perlu memperkenalkan jalan, tempat yang mudah dikenali sepanjang jalan, dan tempat yang selamat untuk bersembunyi atau meminta bantuan sekiranya mereka diikuti oleh orang yang mencurigakan.
- Ingatkan anak agar sentiasa berteman apabila berjalan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Titipkan pesanan kepada anak-anak supaya tidak mudah menerima pelawaan orang yang tidak dikenali tanpa pengetahuan anda.
- Ingatkan anak anda bahawa tidak mengapa mengatakan 'tidak' terhadap sebarang perbuatan yang membuatkan mereka berasa takut dan tidak selesa.
- Ajar dan biasakan anak untuk meminta izin dahulu sebelum meninggalkan rumah.
- Ingatkan anak anda agar tidak bermain atau berjalan di luar rumah sendirian.
- Ajari anak anda agar tidak mendekati kenderaan yang mereka tidak kenal pemiliknya, dan pastikan mereka selalu didampingi orang tua atau orang yang mereka kenal.
- Jika anda terlibat dengan acara keluarga di luar, tentukan satu titik berkumpul yang mudah dicari apabila anda dan anak anda terpisah.
- Bantu anak anda untuk mengenali dan menghindari sesuatu yang berisiko membahayakan, sehingga mereka boleh mengatasinya apabila hal tersebut menimpa mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...