Tiada orang lain boleh menjaga semangat
kerja, selain diri sendiri. Oleh itu, anda harus berjuang menjaganya
supaya tidak patah semangat. Akan tetapi, anda harus mencari penyebab
semangat kerja atau motivasi anda merudum. Setelah mengenali faktor
tersebut maka hindarinya atau elak dari terjadi. Berikut mungkin
faktor yang boleh menghancurkan semangat juang anda :-
1.
Hidup dan kerja tanpa tujuan
Ramai yang mengeluh tidak bermotivasi
melakukan sesuatu. Perasaan ini timbul kerana mereka tidak memiliki
tujuan hidup jelas yang akan menaikkan semangat mereka. Tanpa tujuan
hidup yang jelas, hidup kita hambar, mudah patah semangat dan mudah
kalah dalam menghadapi pelbagai soalan.
Cara
mengatasi : Fikirkan matlamat, tuliskan di atas kertas dan tampal
di ruang peribadi anda. Lembaran ini akan menjadi pemnadu
langkah-langkah anda.
2.
Terpengaruh dengan kata-kata orang
Sebagai contoh, ketika mahu membangun
komunikasi yang baik dengan atasan, lalu orang lain berkata, “Kamu
ini membodek ya.” Apa respon anda? Adakah anda akan berhenti
membuat hubungan baik dengan atasan, dan mendengar komentar orang
sekitar, atau sebaliknya? Apabila kita sering mendengar komen negatif
dari orang lain ini, ia akan membunuh semangat hidup anda. Semakin
kita merenungkan kata-kata negatif dari orang lain, semakin kita
tidak punya daya juang apabila berhadapan dengan kesulitan.
Cara
mengatasi : Ganti prinsip
hidup, “Apa kata orang lain tentang saya”, dengan prinsip hidup
anda “Apa kata Allah SWT tentang saya.”
3.
Pedulikan hal-hal negatif di pejabat
Sudah menjadi sifat insan yang suka
mencari kelemahan orang lain. Kebiasaan juga kita akan mendengar
orang yang berbicara tentang keburukan majikan, kebajikan syarikat
yang tidak disukai dan sebagainya. Jika anda terlalu fokus pada
hal-hal buruk yang terjadi di tempat kerja, maka anda akan mudah
sekali patah semangat. Anda tidak nampak kebaikan dan pelbagai
peluang yang muncul. Anda harus ingat ketika anda memberi fokus pada
aspek negatif, semangat juang ini akan hilang. Sebaliknya, bila anda
fokus pada hal-hal positif sahaja, maka motivasi kerja akan bangkit.
Cara
mengatasi : Latih diri melihat
orang lain dan pelbagai situasi dari sisi positif. Selalu mengucap
syukur mengenai apa saja yang dimiliki dan boleh dibuat. Jangan
terjebak fokus pada kekurangan diri sendiri.
4.
Tidak berani capai apa yang diingini
Bila anda hanya bermimpi atau merancang
saja, tanpa tindakan konkrit, anda hanya akan berada di tempat yang
sama. Membosankan. Tidak ada perkara baru dibuat. Tidak terjadi
perubahan apa-apa. Akhirnya semangat hidup akan padam. Jadi, apabila
anda sudah memiliki perancangan dan tujuan yang jelas, mulakanlah
dengan langkah pertama iaitu bertindak.
Cara mengatasi : Dapatkan
bantuan orang lain atau mentor. Minta mentor anda memberikan semangat
untuk bertindak. Mentor anda akan berfungsi sebagai pengingat sekali
gus menjadi pendorong.
5.
Takut pertaruhkan hasil kerja
Perasaan takut menunjukkan hasil kerja
kepada umum tidak membawa anda ke mana-mana. Anda bimbang apa yang
dihasilkan tidak diterima atau gagal sedangkan anda belum mencuba.
Cara
mengatasi : Jangan terlampau
memikirkan perkara negatif sebelum anda mencuba terlebih dahulu. Mana
tahu apa yang anda hasilkan adalah sesuatu yang bernilai dan
dinanti-nantikan oleh syarikat selama ini.
APAKAH
ANDA SERING FOKUS HAL-HAL DI BAWAH INI?
- Sering memikirkan kelemahan dan kejelikan pihak atasan.
- Sentiasa fikir pekerjaan anda tidak pernah tamat dan sering menyusahkan.
- Rakan kerja sukar memberi kerjasama dan ego.
- Kakitangan bawahan perilakunya menyebalkan dan sering membuatkan anda naik darah.
- Pihak atasan tidak memberikan semangat ketika anda berhadapan dengan kesukaran.
- Anda merasa gaji yang diterima tidak sesuai dengan keinginan atau kerja yang dibuat.
- Anda merasa tidak dihargai dan dipandang rendah oleh majikan.
- Anda fikir pihak atasan sering tidak adil terhadap anda.
Jika
majoritinya adalah YA,
bererti
anda senang patah semangat, tidak bermotivasi, cepat putus asa dan
tidak semangat ketika membuat kerja. Jalan keluarnya, ubah sudut
pandang anda secara positif, dan sentiasa mengucap syukur dengan apa
pun yang dimiliki.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...