Abaikan
tuan rumah dan tetamu lain
Bergaul dan berbual mesralah dengan tuan
rumah serta tetamu lain. Jangan membawa diri kerana ia mencerminkan
sikap negatif.
Berbisik
dengan tetamu lain
Ini adalah satu tingkah laku kurang sopan
kerana tidak hormati perbualan di antara tuan rumah atau
tetamu-tetamu lain yang hadir. Pada tanggapan tetamu lain yang hadir,
anda sedang bergosip walaupun sebenarnya anda menyampaikan sesuatu
yang baik.
Menkritik
atau memburukkan anak-anak tuan rumah
Sebagai seorang ibu atau bapa, anda
pastinya akan berasa kecewa dan marah apabila anak-anak anda dikritik
tentang perangai atau perilaku oleh tetamu yang hadir di rumah anda.
Sebaliknya apabila anda sebagai seorang tetamu yang hadir di rumah
seseorang, anda perlulah menjaga sensitiviti dengan tidak menyentuh
soal yang berkaitan dengan hal-hal yang sememangnya negatif dari
pandangan mata kasar anda terhadap anak-anak tuan rumah.
Menkritik
masakan
Walaupun juadah yang dihidangkan oleh
tuan rumah kepada anda kurang enak untuk dinikmati, jangan
sekali-kali menkritik masakan yang telah disediakan oleh tuan rumah.
Perbuatan ini memang menyakitkan hati tuan rumah.
Tergesa-gesa
meninggalkan rumah
Setelah selesai menjamah juadah yang
telah disediakan oleh tuan rumah kepada anda, ambil masa untuk
berbual dengan tuan rumah berkenaan beberapa topik. Sebaiknya berikan
sedikit pujian tentang masakan yang telah dinikmati tersebut. Sikap
tergesa-gesa untuk pulang ini menggambarkan anda hanya datang untuk
makan.
Bertanya
soalan sensitif
Anda haruslah sentiasa mengetahui tentang
perkara-perkara yang tidak perlu untuk anda bertanyakan kepada tuan
rumah. Hormatilah sensitiviti tuan rumah anda dengan tidak
bertanyakan soalan di luar jangkaan atau tidak rasional untuk
dijawab.
Tidak
mengucapkan terima kasih
Terima kasih boleh dinyatakan dalam
pelbagai bentuk iaitu lisan, bertulis, atau beberapa hadiah kecil
semasa ketibaan di rumah seseorang. Menyatakan terima kasih adalah
penting bagi memaparkan penghargaan kerana anda telah dilayan dengan
baik oleh tuan rumah. Setiap jemputan untuk menghadirkan diri ke
rumah atau setelah selesai menjamah juadah yang telah disediakan
perlulah diselitkan dengan ucapan terima kasih. Tidak ketinggalan
juga apabila meninggalkan rumah seseorang. Ini menunjukkan anda
berasa gembira dan sangat berterima kasih dengan layanan yang telah
diberikan kepada anda.
Semestinya juga perkara di atas boleh
diadaptasikan di dalam persekitaran pekerjaan. Contohnya apabila anda
datang ke premis seseorang anda juga perlu menjaga adab dan tutur
kata. Selain itu, adab ini juga perlu diterapkan kepada anak-anak,
rakan-rakan serta ahli keluarga anda.
*SUMBER : PAKAR WENDY LEE, PRESIDEN MABIC
(MALAYSIAN ASSOC. OF BRAND & IMAGE
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...