Rumah adalah tempat yang paling selesa
untuk beristirehat, apatah lagi setelah penat bekerja di pejabat.
Sungguhpun begitu, ia bukanlah lokasi yang paling selamat sama ada
dari segi kesihatan mahupun keselamatan.
Banyak penyakit boleh singgah ke tubuh
ketika berada di rumah sekiranya faktor kebersihan diabaikan. Sebagai
contoh, habuk yang menyebabkan anda bersin, gigitan nyamuk, alahan
daripada binatang peliharaan dan pelbagai lagi. Bagi menghindari
masalah tersebut, ikuti beberapa tip ini.
Proses
detoksifikasi rumah
Sebenarnya, terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan berlaku alahan di dalam rumah. Masalah batuk, selesema
dan sebagainya silih berganti setiap bulan walaupun telah dipastikan
kawasan persekitaran bersih dan selamat. Setelah diteliti
rupa-rupanya ada yang terlepas pandang pada si perokok. Asap rokok
yang dihembus keluar mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya
sekaligus memburukkan penyakit alahan. Oleh itu, sekiranya ada ahli
keluarga anda yang merokok sebaiknya sediakan ruangan khas di luar
rumah buat mereka agar keadaan di dalam rumah bersih dan terpelihara.
Bersihkan
rumah secara rutin
Adakah anda tahu, bahawa habuk adalah
penyumbang utama kepada alahan. Akibat habuk juga kita mudah
berhadapan masalah kesihatan seperti pernafasan. Bagi
menghilangkannya, lakukan kerja-kerja pembersihan debu secara rutin.
Beri lebih perhatian kepada bantal, selimut dan permaidani kerana
inilah kawasan tumpuan habuk.
Pasang
perangkap
Nyamuk, lalat dan beberapa jenis serangga
lain mampu mencetuskan alahan kepada penghuninya. Bagi mengelakkan
hal ini dari terus 'menguasai' maka segeralah pasang perangkap sama
ada dengan menggunakan ubat nyamuk atau apa sahaja alat yang mampu
menghalangnya daripada masuk ke dalam rumah.
Pastikan
aliran udara lancar
Terdapat kajian menunjukkan bahawa ada
individu yang bermasalah apabila terhidu bau-bau yang kuat seperti
tempoyak, petai, pewangi dan lain-lain lagi. Bagi mengelakkan masalah
seumpama ini maka sentiasalah menjaga pengaliran udara di dalam
kediaman. Setiap pagi, buka tingkap rumah agar udara dari luar bebas
masuk ke segenap ruang di rumah.
Jaga
kebersihan binatang peliharaan
Haiwan peliharaan juga boleh menyumbang
terjadinya masalah alahan. Seperti kucing, arnab dan burung,
bulu-bulu yang gugur menyebabkan anda mudah bersin sekali gus
membuatkan penyakit mudah merebak. Salah satu cara yang dicadangkan
adalah dengan cara memastikan binatang tersebut bersih. Mungkin
dengan memandikan atau memeliharanya dari terkena penyakit kulit,
kutu dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...