MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, April 4, 2014

KURANG TIDUR JEJAS DAYA INGATAN LELAKI


Lelaki sering dikaitkan suka berjaga malam. Sama ada menonton perlawanan bola sepak kegemaran atau leka melayari internet, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko kesihatan. Adakah anda tahu, kurang tidur yang kronik boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti, kemurungan, pengeluaran hormon yang tidak teratur, sistem imun yang lemah, masalah daya ingatan dan cepat marah berterusan. Menurut Presiden American Academy Of Sleep Medicine (AASM), Dr. Mary Susan Ester, tidur yang cukup penting untuk meneruskan hidup seperti mana kita memerlukan makanan. Justeru, adakah anda menghabiskan masa kualiti dengan tidur yang mencukupi? Berikut tanda yang menunjukkan anda perlu tidur yang mencukupi :

Tidak lapar untuk makan tengah hari
Kurang tidur boleh membuatkan anda sentiasa ingin makan lebih banyak, atau kerap berasa tidak lapar.

Tidak fokus
Anda mungkin mempunyai 'Attention Deficit Disorder'. Kekurangan tidur boleh menjejaskan fokus anda untuk melakukan beberapa perkara harian.

Tidak ingat di mana meletakkan kunci kereta
Otak anda memerlukan tidur untuk segar dan bekerja semula. Justeru itu, tanpa tidur yang cukup, memori jangka pendek anda mungkin terjejas. Berjaga di tengah malam jarang memberikan kualiti lebih baik berbanding anda melelapkan mata.

Tidak boleh bersembang dengan baik
Bekerja pada Sabtu malam misalnya, anda kelihatan seperti profesional. Namun kekurangan tidur menyebabkan anda bersembang dengan kata-kata yang pelik atau lari daripada topik yang dibualkan.

Mengantuk ketika memandu
Sewaktu memandu anda cuba melawan rasa mengantuk. Sebaiknya atasi rasa mengantuk sebelum memulakan pemanduan dengan minuman berkafein dan mendengar muzik rancak.

Rasa tidak sihat
Sistem imun anda akan mengalami proses pembaikan ketika sedang tidur. Tanpa tidur yang cukup anda mungkina akan berasa tidak sihat. Jadi, anda mungkin perlu mengambil suplemen untuk memastikan kecergasan tubuh anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia