JUDUL BUKU TERKINI
Wednesday, April 30, 2014
Rumah adalah tempat yang paling selesa untuk beristirehat, apatah lagi setelah penat bekerja di pejabat. Sungguhpun begitu, ia bukanlah lokasi yang paling selamat sama ada dari segi kesihatan mahupun keselamatan. Banyak penyakit boleh singgah ke tubuh ketika berada di rumah sekiranya faktor kebersihan diabaikan. Sebagai contoh, habuk yang menyebabkan anda bersin, gigitan nyamuk, alahan...
Continue ReadingTuesday, April 29, 2014
Kadangkala apabila berada di meja makan, kita menjadi sangat lapar sehinggakan tidak sedar kuantiti makanan yang diambil melebihi sepatutnya. Selain bersenam bagi mengurangkan berat badan, ada cara mudah bagi mengawal diet harian anda : Tersenyum sendiri Bagi mengekalkan berat badan sihat, anda boleh melakukan sesuatu untuk membuat diri tersenyum sendiri. Ahli-ahli sains di Brazil meny...
Continue ReadingMonday, April 28, 2014
Melanjutkan pengajian sebaik tamat alam persekolahan mungkin memerlukan remaja meninggalkan keluarga. Baik tinggal di kolej mahupun rumah sewa suasananya pasti tidak sama dengan tinggal di rumah sendiri. Masalah biasa yang dihadapi ketika ini adalah berhadapan dengan 'housemate' atau rakan serumah atau sebilik yang tidak sebulu dengan anda. Ada saja perkara yang dilakukan menjengkelkan anda. Buk...
Continue ReadingThursday, April 24, 2014
Hidup tidak selalunya indah. Ada kala kita di bawah dan pada hari lain kita gembira apabila berada di atas. Tangisan dan kegembiraan silih berganti dalam kehidupan. Inilah yang dikatakan lumrah kehidupan. Dalam menempuh sebuah perjalanan, ujian sentiasa datang menguji kekuatan diri sehingga pada suatu ketika kita berasa sangat lelah dan mahu berehat daripada onak dan duri ini. Saat diri diu...
Continue ReadingWednesday, April 23, 2014
- Jika saya melihat orang yang tidak dikenali, saya mesti memberitahu kepada ibu bapa atau penjaga dengan segera.
- Saya tidak akan membuka pintu rumah dan tidak akan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk.
- Saya tidak akan keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
- Jika ada orang yang tidak dikenali menemui saya sewaktu di sekolah, saya mesti memberitahu guru dengan segera.
- Saya tidak akan mengikut atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Jika mereka memaksa saya akan menjerit.
- Saya tidak akan menerima gula-gula, minuman atau hadiah daripada orang yang tidak atau baru dikenali.
- Saya tidak akan menumpang kenderaan atau mengikut mana-mana orang yang tidak saya kenali.
- Jika sesuatu perbuatan buruk dilakukan ke atas diri saya sewaktu di sekolah, di rumah atau di luar rumah, saya mesti memberitahu guru dan ibu bapa atau penjaga dengan segera.
Kejadian culik melibatkan kanak-kanak cukup memilukan. Kelekaan yang hanya beberapa minit kadangkala boleh membawa kepada suatu penyesalan yang tidak berkesudahan. Ibu bapa boleh mengambil tindakan awal dengan mengajar anak-anak tip ringkas di bawah yang cukup penting sebagai langkah memastikan keselamatan anak-anak apabila mereka tidak berada bersama anda. Jika saya meli...
Continue ReadingMonday, April 21, 2014
- Setiap anak dilahirkan dan dianugerahkan nama yang indah-indah. Bonus buat ibu bapa yang sedari kecil telah mengajar si kecil menghafal empunya nama sendiri, lengkap dengan nama ibu dan bapanya juga. Bagi yang sudah ke prasekolah, latih mereka untuk menghafal nombor telefon ibu bapa dan juga alamat rumah.
- Didik anak-anak cara untuk mendail nombor telefon anda mahupun nombor kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya.
- Peringatan kepada ibu bapa, anda wajib memberi peringatan kepada anak-anak bahawa nombor-nombor kecemasan itu hanya boleh digunakan apabila keadaan benar-benar darurat dan bahaya.
- Sekiranya anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa ditemani orang dewasa, pesan kepada anak-anak agar tidak membuka pintu rumah mahupun berbual dengan orang asing yang tidak dikenali.
- Sekiranya anda menggunakan khidmat pembantu rumah, pastinya perasaan curiga terselit juga. Ada baiknya sesekali anda lakukan lawatan mengejut dan pulang ke rumah tanpa memberitahu pembantu rumah itu. Anda mungkin boleh melihat warna sebenar pembantu baru anda ketika anda tiada di rumah.
- Sebagai ibu bapa adalah lebih baik anda terlebih dahulu mempunyai sedikit ilmu berkaitan dunia teknologi internet.
- Letakkan komputer di ruang yang mudah nampak, memudahkan urusan anda memantau apa yang dilayari oleh anak-anak. Buat aturan tentang penggunaan internet untuk anak serta awasi aktiviti online mereka.
- Gunakan pengaturan 'Privacy' pada web jaringan sosial untuk mencegah capaian pengguna yang tidak jelas asal usulnya, serta galakkan anak menggunakan nama samaran yang ditampilkan di profil laman sosial.
- Awasi dan ingatkan anak anda agar tidak memuat turun fotonya atau foto temannya yang melanggar norma kesopanan ketika ber'online'.
- Didik anak anda agar memaklumkan segala hal yang berkaitan dengan interaksi mereka dengan orang yang membuat anak anda berasa sedih, takut atau tidak selesa.
- Sebagai ibu bapa anda perlu memperkenalkan jalan, tempat yang mudah dikenali sepanjang jalan, dan tempat yang selamat untuk bersembunyi atau meminta bantuan sekiranya mereka diikuti oleh orang yang mencurigakan.
- Ingatkan anak agar sentiasa berteman apabila berjalan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Titipkan pesanan kepada anak-anak supaya tidak mudah menerima pelawaan orang yang tidak dikenali tanpa pengetahuan anda.
- Ingatkan anak anda bahawa tidak mengapa mengatakan 'tidak' terhadap sebarang perbuatan yang membuatkan mereka berasa takut dan tidak selesa.
- Ajar dan biasakan anak untuk meminta izin dahulu sebelum meninggalkan rumah.
- Ingatkan anak anda agar tidak bermain atau berjalan di luar rumah sendirian.
- Ajari anak anda agar tidak mendekati kenderaan yang mereka tidak kenal pemiliknya, dan pastikan mereka selalu didampingi orang tua atau orang yang mereka kenal.
- Jika anda terlibat dengan acara keluarga di luar, tentukan satu titik berkumpul yang mudah dicari apabila anda dan anak anda terpisah.
- Bantu anak anda untuk mengenali dan menghindari sesuatu yang berisiko membahayakan, sehingga mereka boleh mengatasinya apabila hal tersebut menimpa mereka.
Keselamatan anak-anak bukan sahaja melibatkan ketika mereka berada di luar rumah sahaja, bahkan di mana saja anak-anak terdedah dengan bahaya aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan. The National Center Of Missing & Exploited Children di Amerika memberikan tip yang sesuai untuk dipraktikkan demi keselamatan anak-anak anda. Saat berada di rumah Setiap anak dilahirkan dan dianugera...
Continue ReadingWednesday, April 16, 2014
Kita tertanya mengapa wang simpanan tidak mencukupi untuk sesuatu tujuan, sedangkan perancangan awal sudah dibuat. Wang yang disimpan masih sama jumlahnya. Masalah ini berlaku kerana simpanan di bank tidak dapat mengatasi masalah ini kerana kebiasaannya, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Hanya dengan membuat pelaburan, potens...
Continue ReadingTuesday, April 15, 2014
Abaikan tuan rumah dan tetamu lain Bergaul dan berbual mesralah dengan tuan rumah serta tetamu lain. Jangan membawa diri kerana ia mencerminkan sikap negatif. Berbisik dengan tetamu lain Ini adalah satu tingkah laku kurang sopan kerana tidak hormati perbualan di antara tuan rumah atau tetamu-tetamu lain yang hadir. Pada tanggapan tetamu lain yang hadir, anda sedang bergosip walaupun...
Continue ReadingMonday, April 14, 2014
Kopi biasanya dijadikan minuman untuk mengelakkan rasa mengantuk. Namun tabiat minum kopi sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan kafein. Pun begitu, masih terdapat cara mudah bagi anda untuk mengelakkan rasa mengantuk iaitu dengan mengambil makanan atau minuman berikut : Makanan pedas Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana ia...
Continue ReadingFriday, April 11, 2014
Kaki berbau antara masalah yang sering membelenggu bukan sahaja wanita malah lelaki. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia menyebabkan rasa kurang senang kepada orang di sekeliling. Lebih memburukkan keadaan, kaki berbau juga antara penyebab seseorang dipinggirkan. Apa tidaknya, ia memberi persepsi negatif kepada orang yang berada di sekitar. Golongan yang berdepan masalah...
Continue ReadingThursday, April 10, 2014
Buat berbanding beli Masa yang terhad membuatkan sesetengah orang lebih senang menempah atau membeli. Sama ada lemang, ketupat, nasi impit, rendang dan biskut raya, anda hanya perlu keluarkan wang dan makanan sudah tersedia. Sebenarnya melakukan sendiri adalah lebih menjimatkan....
Continue ReadingWednesday, April 9, 2014
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kembali lagi... Jom kita bawa semua ahli keluarga dan sanak saudara pergi ke sana untuk memeriahkan lagi pesta ini... Semakin banyak kita membaca, semakin luas pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Pelbagai buku boleh didapati di sana dengan harga yang sangat berpatutan... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini akan bermula pada 24 April sehingga 4 Mei 2014...
JUMPA ANDA DI SANA...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kembali lagi... Jom kita bawa semua ahli keluarga dan sanak saudara pergi ke sana untuk memeriahkan lagi pesta ini... Semakin banyak kita membaca, semakin luas pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Pelbagai buku boleh didapati di sana dengan harga yang sangat berpatutan... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini a...
Continue ReadingMonday, April 7, 2014
Hasil penelitian dan kajian yang dijalankan menunjukkan, kumbang ini amat tertarik kepada sumber cahaya buatan seperti lampu neon. Aktiviti maksimum kumbang ini adalah di antara bulan Mei dan September. Ia menggemari kawasan lembap dengan iklim panas tropika dan banyak terdapat di kawasan sawah padi dan berhampiran ladang kelapa sawit. Semut kayap atau semut semai tidak menggigit atau menyengat, tetapi apabila dihancurkan dan terkena kulit atau mata, cecair hemolimfa di dalam badannya yang mengandungi pederin boleh mengakibatkan kerengsaan dan kesan lepuh yang teruk pada kulit. Dalam tempoh 24 jam sahaja, pederin boleh menyebabkan kerengsaan dermatitis akut, dicirikan oleh rasa terbakar, yang boleh dikaitkan dengan kehadiran vesikel, bula atau pustul pada kawasan yang terkena dengannya.
Luka ini biasanya sangat gatal dan menyakitkan dengan pembentukan kuping mati yang akan tanggal dalam tempoh sepuluh hingga dua belas hari selepas terkena pederin. Kawasan kulit tersebut akan menjadi gelap, berpigmen yang mungkin berterusan untuk beberapa minggu atau bulan
Tiada rawatan khusus
Tiada rawatan khusus boleh diberikan kepada pesakit yang terkena pederin daripada kumbang ini. Rawatan adalah berdasarkan gejala dan bersifat sokongan sahaja. Penggunaan ubat tahan sakit dan krim antihistamin dan steroid didapati tidak begitu berguna dalam merawatnya. Walau bagaimanapun, luka-luka yang disebabkan oleh cecair ini perlu dilindungi untuk mengelakkan luka tersebut terkena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kompilasi lain.
Kesan pederin hanyalah pada kawasan yang bersentuhan dengannya sahaja dan sehingga ke hari ini, TIADA sebarang kesan sistemik telah dilaporkan. Namun demikian, pernah dilaporkan pederin boleh menyebabkan kebutaan setelah digosok pada mata. Oleh itu, jika cecair ini terkena mata atau mana-mana bahagian badan, mangsa hendaklah segera membilasnya dengan air yang banyak dan jangan sesekali menggosoknya pada bahagian badan yang lain.
Bagi mengurangkan kontak dengan serangga ini, jejaring kalis serangga boleh diletakkan di bahagian tingkap dan pintu rumah. Penggunaan racun serangga seperti 2-isopropoxyphenyl N-methylcarbamate, malation dan d-tetramethrin boleh disembur di sekitar sawah padi untuk mengurangkan populasinya.
*Nota : Pederin adalah sejenis alkaloid dengan ketoksidan yang lebih tinggi daripada venom Latrodectus (labah-labah) dan / atau parathion (pestisid paling toksik yang didaftarkan di bawah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA)(Pavan, 1959)
*Sumber : Sazaroni Md Rashid, Pegawai Farmasi, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia
Di kalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai semut kayap atau semut semai. Hakikatnya, haiwan kecil ini bukanlah sejenis semut sebaliknya kumbang atau Paederus littoralis. Secara morfologi, serangga ini mempunyai badan yang sempit dengan kepala hitam dan sekurang-kurangnya dua segmen abdomen iaitu protaks dan lima segmen abdomen yang berwarna kemerah-merahan. Bersaiz dari 10 hingga 15 mm p...
Continue ReadingFriday, April 4, 2014
Lelaki sering dikaitkan suka berjaga malam. Sama ada menonton perlawanan bola sepak kegemaran atau leka melayari internet, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko kesihatan. Adakah anda tahu, kurang tidur yang kronik boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti, kemurungan, pengeluaran hormon yang tidak teratur, sistem imun yang lemah, masalah daya ingata...
Continue ReadingThursday, April 3, 2014
- Jangan memberi akses terhadap sebarang gajet kepada anak-anak yang masih berumur dua tahun dan ke bawah.
- Wujudkan satu strategi media untuk keluarga dan sesuaikan dengan umur anak anda.
- Cuba hadkan masa menghadap semua jenis skrin kepada hanya dua jam sahaja dalam sehari.
- Pastikan telefon pintar dan tablet tidak berada dalam bilik tidur kanak-kanak.
- Fahami bahawa anak-anak anda memerlukan telefon bagi tujuan anda sendiri untuk menjejaki mereka. Tetapi dengan syarat sentiasa pantau penggunaannya.
- Letakkan semua alat anda dalam mode 'senyap', 30 minit sebelum masuk waktu tidur.
- Pastikan semua skrin gajet seperti televisyen, telefon pintar dan juga iPad ditutup semasa waktu makan.
- Pilih rancangan TV yang mesra kanak-kanak. Pada masa yang sama, sentiasa pantau rutin anak-anak dan hadkan masa menonton televisyen untuk dua jam sahaja.
- Tonton televisyen atau bermain permainan video bersama-sama dengan anak-anak.
- Pastikan anak-anak anda benar-benar sudah cukup umur sebelum membenarkan mereka melayari Facebook mahupun media sosial yang lain.
- Jangan berikan anak-anak anda yang masih kecil dengan telefon jika anda sentiasa bersama mereka.
Senario pada masa sekarang ramai ibu bapa mendedahkan komputer tablet kepada anak seawal usia sedangkan pendedahan pada usia terlalu awal iaitu dua tahun ke bawah akan mempengaruhi kesihatan dan psikologi kanak-kanak. Cara pendidikan terbaik adalah dengan membabitkan interaksi antara orang dewasa dan kanak-kanak lain, aktif secara fizikal, meneroka persekitaran dengan menggunakan semua der...
Continue ReadingPerpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
WebOpac Pencarian Buku (Ibu Pejabat)
WebOpac Pencarian Buku (Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah)
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2025
(437)
- ► March 2025 (63)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
▼
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
-
▼
April 2014
(16)
- CEGAH ALAHAN KETIKA DI RUMAH
- CARA MUDAH ELAK MAKAN BERLEBIHAN
- SERUMAH TAPI TAK SEKEPALA
- KEMBALI KUAT SELEPAS MUSIBAH
- AJAR ANAK BERWASPADA
- AWASI ANAK DI RUMAH
- 8 PANDUAN SEBELUM MELABUR
- ADAB SEBAGAI TETAMU ELAK 7 PERKARA INI!
- MAKANAN DAN MINUMAN ELAK MENGANTUK
- TIP ELAK KAKI BERBAU
- PANDUAN BERJIMAT DI MUSIM PERAYAAN
- PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KEMBALI LAGI
- BISA RACUN SEMUT KAYAP
- KURANG TIDUR JEJAS DAYA INGATAN LELAKI
- PANDUAN UNTUK IBU BAPA
- HILANG SEMANGAT KERJA ROSAKKAN KERJAYA
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
1. Lakukan Pemeriksaan Mata Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setah...
-
Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang or...
-
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap...