Timun adalah sejenis sayur-sayuran paling banyak ditanam di seluruh dunia. Perlu diketahui, timun sering dijadikan sebagai ulam yang wajib ada bersama hidangan utama lain masyarakat di negara ini. Penyediaannya juga amat mudah apabila hanya perlu dibasuh dan dipotong sebelum boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya lebih lengkap jika dimakan bersama sambal belacan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai acar yang digaul dengan bawang, cuka, cili dan nanas.
Apapun cara hidangannya, tahukah anda bahawa timun bukan sahaja memberi manfaat kepada kecantikan diri malah baik untuk kesihatan?
Menghidratkan tubuh badan - Setiap sistem pada tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar tubuh terdiri daripada air. Cecair penting ini adalah satu ramuan diperlukan tubuh badan setiap hari. Pengambilannya dapat membantu memastikan air dalam badan mencukupi.
Kaya dengan vitamin - Timun mengandungi pelbagai jenis vitamin antara vitamin A, B, C dan K yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan. Vitamin ini dapat membantu menggalakkan sistem imunisasi. Selain itu, vitamin K dapat menguatkan tulang bagi menghalang masalah osteoporosis yang biasa berlaku terutama dalam kalangan wanita.
Baik untuk sistem penghadaman - Timun memiliki serat yang tinggi yang mampu membantu melancarkan sistem penghadaman, melegakan masalah sembelit dan melindungi kolon daripada kanser dengan menyingkirkan toksin yang berkumpul di dalam perut.
Kurangkan tekanan darah dan baik untuk jantung - Sayur ini memiliki sumber potasium yang baik, memiliki bahan antioksidan yang unik seperti beta karotin, vitamin C, vitamin A, Lutein, dan zeaxanthin. Zeaxanthin dan lutein adalah antioksidan hebat yang mampu melindungi mata daripada pelbagai masalah termasuk silau serta radikal bebas yang melemahkan otot mata.
Kesegaran kepada kulit - Mineral yang ada pada timun membantu memberi kesegaran, kesihatan dan nutrisi kepada kulit. Jadi, tidak hairanlah apabila anda melihat orang meletakkan timun di atas mata.
Kurangkan risiko kanser - Bahan seperti lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol sering dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai jenis kanser dan semua bahan terbabit terkandung dalam timun.
Atasi masalah mulut berbau - Menekan potongan timun di lelangit mulut selama 30 saat juga dapat membantu menyingkirkan masalah mulut berbau kerana bahan kimia di dalam sayur itu mampu membunuh bakteria penyebab mulut busuk.
Kurangkan masalah sakit kepala - Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala, boleh mencuba makan timun ini kerana ia mengandungi air, elektrolit, gula dan vitamin B yang mencukupi untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Membantu mengurangkan berat badan - Timun antara sayur-sayuran yang memiliki kandungan serat tinggi. Anda yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan boleh mencuba makan timun ini kerana ia melambatkan rasa lapar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...