MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 24, 2020

Sipnosis Buku : Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme

Sipnosis Buku : Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme

Pengarang : Adelle Jameson Tilton, Zamaliah Mohd Marjan (Penterjemah)
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
ISBN : 978-967-430-259-7

Sipnosis : 
Kira-kira1 dalam setiap 1000 kanak-kanak mengalami autisme, dan lebih kurang 70 hingga 75 peratus daripada kanak-kanak ini mengalami kecacatan mental.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap autisme, aktiviti harian seperti membeli belah atau memakaikan mereka pakaian boleh menjadi sesuatu yang amat mencabar. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian yang khusus, tidak semestinya layanan istimewa, sebaliknya strategi yang teliti perlu digunakan untuk mengetahui cara berfikir bersama anak tersebut berbanding menentangnya.

Panduan Lengkap Ibu bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme memberikan nasihat yang praktikal, kata-kata semangat yang menenangkan dan senario kehidupan sebenar untuk membantu ibu bapa yang terlibat mengharungi hari mereka. Jika anda adalah sebahagian daripada mereka, buku ini akan membantu anda :

  • Berkomunikasi secara berkesan dengan anak
  • Menyatukan ahli keluarga
  • Menangani amukan anak, sama ada semasa bersendirian atau di tempat awam
  • Mempelajari tentang alat bantuan, seperti komputer dan papan bergambar 
  • Memilih sekolah yang sesuai dengan keperluan anak anda, sama ada sekolah intergrasi atau sekolah pendidikan khas
  • Mencari kumpulan intervensi dan sokongan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia