Pengarang : Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 978-983-46-0311-3
Sipnosis :
Mengapa penjawat awam perlu memiliki buku ini?
Penegasan terhadap etika khasnya kepada penjawat awam adalah bertepatan dengan fokus Rancangan Malaysia ke-9 iaitu membangunkan modal insan kelas pertama yang mampu menjadi contoh kepada seluruh masyarakat.
Persoalan nilai dan etika dalam perkhidmatan telah dikupas dalam dua bab pertama buku ini. Selain itu, beberapa konsep dan nilai seperti Budaya Kerja Cemerlang, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Perancangan Strategik, Integriti, Kepuasan Kerja dan Penyelesaian Konflik dalam Organisasi juga disentuh.
Buku ini bukan sekadar menghuraikan persoalan "mengapa" nilai dalam perkhidmatan, tetapi membuka kefahaman dengan melontarkan perbahasan prelimanari tentang apa sebenarnya nilai dan etika dari perspektif moden dan Islam. Huraian ini adalah asas kepada suatu kefahaman yang akan membentuk keperibadian dan prinsip kerja serta mampu mengubah pemikiran seseorang penjawat awam. Apatah lagi apabila melihat persoalan "apa" itu dari sudut keperluan pembangunan insan ke arah pengukuhan keimanan dan ketakwaan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...