MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 24, 2020

Sipnosis Buku : Ya, Dunia Kita Berbeza

Sipnosis Buku : Ya, Dunia Kita Berbeza

Pengarang : Razana Zakaria, Rahimah Zakaria, Zahiruddin Othman
Penerbit : Oasis Books Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5711-05-3

Sipnosis :
Buku ini ditulis dalam pencarian ilmu mendidik anak remaja. Tidak dapat dinafikan mendidik anak remaja merupakan satu cabaran terutama di dunia tanpa sempadan apabila anak-anak juga terdedah kepada pelbagai maklumat. 

Kita sebagai ibu bapa atau penjaga pastinya tidak mampu menyekat arus kemodenan ini tetapi kita mampu memantau anak remaja supaya mereka tahu batas-batas norma serta faham tentang perubahan sama ada dari sudut fizikal, emosi, kognitif, sosial dan kesihatan. Kefahaman ibu bapa tentang perubahan remaja juga penting dalam membantu anak-anak mereka mengharungi zaman yang penuh gelora ini serta mampu menangani apa jua permasalahan anak-anak dengan baik.

Buku ini juga sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak yang bakal meningkat remaja. Pelbagai persoalan tentang perubahan fizikal yang berlaku pada anak-anak dibincangkan secara saintifik tetapi mudah difahami.

Buku ini juga ditulis dalam format soal jawab untuk memudahkan pembaca menjawab pelbagai persoalan lazim berkaitan remaja dan diselitkan pelbagai fakta menarik untuk dikongsi bersama-sama para pembaca. Fakta yang terdapat dalam buku ini diharapkan dapat membantu mewujudkan remaja yang bijaksana.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia