Pengarang : Ji-Won Seo, Farahin Romli (Penterjemah)
Penerbit : PTS Pop Sdn Bhd
ISBN : 978-967-410-185-5
Sipnosis :
Manho mendapat markah 0 dalam ujian matematik! Atas sebab ini, semua pelajar sekolahnya tidak mahu membeli roti yang ibu dan bapa Manho jual di hadapan sekolah kerana takut mendapat markah 0 seperti Manho. Lebih teruk lagi, Manho dikurung di dalam rumah dan didenda menjawab 100 soalan matematik oleh ibu bapanya. Ini memang menyeksakan Manho.
Selepas beberapa ketika mengulang kaji bersendirian, ada sesuatu yang misteri berlaku. Telefon yang dijumpai Manho tiba-tiba berbunyi, dan yang menelefonnya adalah seseorang dari masa hadapan! Suara di telefon bimbit itu menceritakan kepada Manho kepentingan belajar pecahan.
Berpandukan suara dari masa hadapan itu, Manho mula sedar betapa senangnya belajar matematik!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...